MSM Malaysia Holdings

MSM Malaysia Holdings Berhad (dahulu dikenali sebagai Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd atau MSM) ialah sebuah syarikat pengilang gula Malaysia yang terlibat dalam perniagaan berasaskan proses penapisan gula. MSM ialah anak syarikat kepada FGV Holdings Berhad.[1]

MSM Malaysia Holdings Berhad
Anak syarikat
Ditubuhkan
  • 1959; 61 tahun yang lalu (1959)
  • Dikorporatkan pada 10 Mac 2011
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tempat dibekalkan
Malaysia
KeluaranGula
IndukFelda Global Ventures Holdings Berhad
Laman sesawangwww.msmsugar.com

SejarahSunting

Pada tahun 1959, Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd telah diasimilasikan dengan misi untuk mengasaskan sebuah kilang penapisan gula di Malaysia.[2] Kemudian, Malaysia masih lagi bergantung kepada gula pasir putih yang diimpot dari Britain dan Hong Kong. Tiga syarikat - satu dari Malaysia dan dua dari Jepun - melibatkan diri sebagai rakan kongsi usaha sama untuk membentuk sebuah syarikat yang diberi nama Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd. (MSM). Sebuah logo segitiga telah dipilih untuk mewakilkan perkongsian tiga pihak daripada tiga syarikat yang membentuk MSM.

Pada Oktober 2009, PPB Group yang dimiliki tokoh perniagaan, Tan Sri Robert Kuok mengumumkan penjualan keseluruhan ekuiti dalam MSM; 50 peratus saham Kilang Gula FELDA Perlis Sdn Bhd (KGFP); ladang tebu seluas 5,797 hektar di Chuping, Perlis dan 20 peratus saham dalam Tradewinds (M) Bhd, kepada FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) sebanyak RM1.2 bilion. Susulan transaksi itu, FELDA Global kini menguasai sehingga 70 peratus pembekalan gula di dalam negara, sekali gus menamatkan monopoli Kuok yang dikenali sebagai ‘Raja Gula’ dalam sektor itu di negara ini sejak 45 tahun sebelumnya. [3]

Struktur OrganisasiSunting

Struktur organisasi syarikat adalah seperti di bawah:-

 

RujukanSunting

  1. ^ Corporate Profile MSM Malaysia Holdings Berhad. Dicapai pada 20 Disember 2010.
  2. ^ Strategise to beat a large competitor Focus Malaysia (11 Disember 2015). Dicapai pada 20 Disember 2015.
  3. ^ "PPB jual operasi gula kepada Felda Global", Utusan Online. 11 Mac 2009.

Pautan luarSunting