Malaysia Boleh ialah slogan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Mahathir Mohamad yang pada asalnya sinonim dengan sukan. Sejak itu, ia terus digunakan untuk pencapaian-pencapaian Malaysia dalam bidang-bidang lain seperti pendidikan, ekonomi mahupun pencapaian individu rakyat Malaysia.[1][2] Slogan ini mula popular sekitar awal 90-an, ketika Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan Piala Thomas dan Uber pada 1992, penyertaan Malaysia ke kejohanan Olimpik di Sepanyol pada tahun yang sama, dan kejohanan Sukan SEA di Singapura pada tahun berikutnya.

RujukanSunting

  1. ^ "Kuasa slogan 'Malaysia Boleh'". Kosmo Online. 25 Februari 2012. Dicapai pada 12 Disember 2012.
  2. ^ "Malaysia Boleh!". The Star Online. 6 April 2011. Dicapai pada 12 Disember 2012.

Pautan luarSunting