Malaysia For Syria

Malaysia For Syria (MFS),[1] juga dikenali sebagai Malaysian Life Line For Syria (MLL4S) ialah sebuah pertubuhan bukan keuntungan Malaysia yang didaftarkan di bawah Syarikat Berhad Menurut Jaminan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syahrir Azfar Saleh ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia pertubuhan ini.

Malaysia For Syria
Kerangka
KependekanMFS
Cogan kata"Rahmat dan Ihsan Merentasi Sempadan"
Jenis/bentuk sahPertubuhan bukan untung
Tapak webmalaysia4syria.org
Sejarah
Dibentuk20 September 2012; 11 tahun yang lalu (2012-09-20)
PengasasAngkatan Belia Islam Malaysia
Pengurusan
Ketua Pegawai EksekutifSyahrir Azfar Saleh
Organisasi utamaGlobal Peace Mission (GPM) Malaysia
Maklumat lain
Dahulunya dikenali sebagaiMalaysia Life Line For Syria (MLL4S)
Lokasi
Ibu pejabatWangsa Maju, Kuala Lumpur
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada awalnya, MLL4S telah ditubuhkan secara rasmi pada 20 September 2012 sebagai tindak balas kepada krisis peperangan yang berlaku di Syria sekitar awal 15 Mac 2011 untuk menghantar bantuan kecemasan yang mana terdiri daripada bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada penduduk Syria.

Semenjak itu, selain daripada giat menyalurkan bantuan kecemasan, MFS telah bergiat aktif menghantar bantuan kepada pelarian-pelarian Syria di beberapa negara antaranya Turki,[2] Lubnan, Jordan serta Malaysia[3] dari sudut keperluan asas kehidupan, pendidikan, perubatan dan juga kelangsungan hidup.

MFS sehingga kini telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dalam membantu pelarian-pelarian Syria secara terus di bumi Syria[4]. MFS juga terlibat secara langsung di dalam program-program bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada pelarian Syria di Malaysia.

Sejarah sunting

Mengambil kira keadaan yang meruncing di Syria, Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah ditubuhkan pada 20 September 2012 selepas satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) di Taman Melawati dalam usaha menghantar misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria. Gerakan yang dipengerusikan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ini turut mendapat kerjasama daripada tujuh buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Gabungan Selamatkan Syria, Pertubuhan Sinar Damsyik Diarkibkan 2019-06-18 di Wayback Machine (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM), Persatuan Pelajar Malaysia-Syria dan juga Malaysia Social Media Foundation (MSMF).

Gabungan ini seterusnya telah melancarkan sidang media pertamanya pada 23 Oktober 2012 di Hotel JW Marriott, Bukit Bintang. Sidang media tersebut yang dihadiri oleh beberapa media tempatan dan antarabangsa telah mengenengahkan isu terbaru Syria dan juga perancangan untuk menghantar misi bantuan kemanusiaan kali pertama ke Syria pada November 2012.

Moto sunting

Rahmat dan Ihsan Merentasi Sempadan

Misi tahunan sunting

  1. Selimut Untuk Syria
  2. Ramadhan Al-Habeeb
  3. Penyembelihan Agung Untuk Syria

Projek jangka panjang sunting

1. Pendidikan

  • Pusat Pendidikan Jasmine Ash Sham (JASEC)
  • Kompleks Dar Al-Hikmah

2. Kelestarian Hidup

  • Bantuan Telaga Air Bersih
  • Projek Penternakan Ayam (Kewangan Mikro)
  • Kilang Roti – Idlib

3. Kesihatan

  • Kesihatan dan Perubatan
  • Pusat Rehabitilasi (Pemulihan)

Rujukan sunting

  1. ^ For Syria, Malaysia. "Pengenalan Malaysia For Syria". malaysia4syria. Dicapai pada 11 March 2020.
  2. ^ http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fara-fauzana-sahut-cabaran-berpuasa-17-jam-bersama-pelarian-syria-177236
  3. ^ Awani, Astro (18 April 2017). "Pelarian Syria di Malaysia". Astro Awani. Dicapai pada 11 March 2020.
  4. ^ Hasanuddin, Nur Hanisa (February 25, 2020). "LAPAN NGO SASAR RM1 JUTA DANA KECEMASAN UNTUK IDLIB". AlHijrah Online. Dicapai pada 11 March 2020.

Pautan luar sunting