Malaysia di Sukan Olimpik Musim Panas 2016
Malaysia telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, pada 5 hingga 21 Ogos 2016.
Malaysia di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 | |
---|---|
![]() | |
Kod IOC | MAS |
NOC | Majlis Olimpik Malaysia |
Laman sesawang | www |
di Rio de Janeiro | |
Peserta | 32 dalam 10 sukan |
Pembawa bendera | Lee Chong Wei[1] (badminton) |
Pingat Kedudukan ke-60 |
|
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas (keseluruhan) | |
Penampilan lain yang berkaitan | |
![]() |
Pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil, Malaysia telah berjaya merangkul pingat pertama iaitu pingat perak dalam acara terjun platform 10m seirama wanita melalui pasangan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dan lantas selaku pasangan pertama memenangi pingat dalam acara terjun.
Kegembiraan rakyat Malaysia berterusan apabila anak kelahiran Terengganu, Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat gangsa melalui acara keirin di pentas akhir dibelakang pelumba Great britain dan Belanda. Ini merupakan pingat pertama olimpik disumbangkan melalui acara berbasikal selain badminton dan terjun.
Sukan Olimpik di Rio 2016 menjadi sejarah pertama buat Malaysia apabila berjaya mengumpul lebih dari 2 pingat dalam 1 edisi apabila memungut pingat ketiga iaitu pingat perak oleh pasangan Chan Peng Soon & Goh Liu Ying melalui acara Badminton Beregu Campuran, tewas ditangan pasangan Ahmad Tontowi and Liliyana Natsir dari Indonesia dengan mata 14-21 & 12-21.
Kontinjen Badminton Malaysia sekali lagi membuat sejarah apabila pasangan beregu lelaki, Goh V Shem & Tan Wee Kiong berjaya merangkul pingat perak ketiga untuk Malaysia dan pingat ke 4 keseluruhan selepas berhempas-pulas menentang pasangan dari China, Fu Haifeng & Zhang Nan, tetapi tewas dalam perlawanan 3 set yang sangat mendebarkan 21-16, 11-21 & 21-23.
Dan pingat yang terakhir, pingat perak dapat dirangkul sekali lagi oleh jaguh badminton dunia, Lee Chong Wei dalam acara sukan badminton perseorangan lelaki apabila tewas 18-21 & 18-21 diakhiri dalam suasana mendebarkan & beliau telah berjasa buat sukan negara apabila berjaya membuat rekod mendapat pingat peribadi & perak olimpik sebanyak 3 kali. Beliau berkemungkinan akan bersara dari sukan badminton selepas Sukan Olimpik Rio 2016 untuk memberi peluang & mengasah bakat muda dalam mengambil pengalaman & terlibat di pentas antarabangsa.
Rumusannya, kontinjen malaysia telah berjaya membuat sejarah di Sukan Olimpik Panas Rio 2016 apabila pertama kali berjaya merangkul 5 pingat secara keseluruhan (badminton-3/terjun-1/basikal-1) yang pada rekod sebelum ini, kontinjen malaysia hanya mampu merangkul sebanyak 2 pingat dalam 1 temasya iaitu di Sukan Olimpik Atlanta 1996 & Sukan Olimpik London 2012. Dato' Lee Chong Wei pula mencipta rekod selaku atlet yang berjaya medapat 3 pingat di Sukan Olimpik iaitu di Sukan Olimpik Beijing 2008, Sukan Olimpik London 2012 & Sukan Olimpik Rio 2016 diikuti Pandelela Rinong PAMG sebagai atlet pertama wanita & kedua terbanyak merangkul pingat di Sukan Olimpik London 2012 & Rio 2016 dalam acara terjun.
Pemenang pingat Sunting
|
|
Olahraga Sunting
Dua orang atlet Malaysia telah mencapai piawai kelayakan bagi acara berikut (masimum 3 atlet dalam setiap acara):[2]
- Lelaki Lompat tinggi – 1 kuota (Nauraj Singh Randhawa)
- Wanita 100 meter - 1 kuota (Zaidatul Husniah Zulkifli)
- Lelaki
- Acara padang
Atlet | Acara | Awalan | Akhir | ||
---|---|---|---|---|---|
Jarak | Posisi | Jarak | Posisi | ||
Nauraj Singh Randhawa | Lompat tinggi | 2.26 | 18 | Tidak beraksi |
- Wanita
- Trek & jalan raya
Atlet | Acara | Pusingan awal | Suku akhir | Separuh alhir | Akhir | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Masa | Ked | Masa | Ked | Masa | Ked | Masa | Ked | ||
Zaidatul Husniah Zulkifli | 100 m | 12.12 | 3 q | 12.62 | 8 | Tidak beraksi |
Memanah Sunting
Tiga pemanah Malaysia layak recurve individu dan pasukan lelaki dengan memperolehi salah satu daripada tiga tempat Olimpik boleh diperolehi daripada 2015 Asian Archery Championships di Bangkok, Thailand serta Kejohanan Dunia Memanah 2016.[3][4]
Atlet | Acara | Kedudukan pusingan | Pusingan 64 | Pusingan 32 | Pusingan 16 | Suku akhir | Separuh akhir | Akhir / PG | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mata | Seed | Opposition Mata |
Opposition Mata |
Opposition Mata |
Opposition Mata |
Opposition Mata |
Opposition Mata |
Ked | ||
Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli | Individu lelaki | 645 | 50 | Garrett (USA) K 0–6 |
Tidak mara | |||||
Khairul Anuar Mohamad | 665 | 22 | Pila (COL) M 6–0 |
Floto (GER) K 4–6 |
Tidak mara | |||||
Mohd Akmal Nor Hasrin | 635 | 55 | Rodríguez (ESP) K 0–6 |
Tidak mara | ||||||
Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli Khairul Anuar Mohamad Mohd Akmal Nor Hasrin |
Pasukan lelaki | 1945 | 12 | N/A | Perancis (FRA) K 2-6 |
Tidak mara |
Badminton Sunting
Malaysia mendapat kelayakan sejumlah lapan pemain badminton dalam acara berikut mengikut Kedudukan Kelayakan Olimpik BWF pada 5 Mei 2016.[5]
- Lelaki
Atlet | Acara | Peringkat Kumpulan | Suku Akhir | Separuh Akhir | Akhir /Tempat Ketiga | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lawan / Mata |
Lawan / Mata |
Lawan / Mata |
Kedudukan | Lawan / Mata |
Lawan / Mata |
Lawan / Mata |
Ked | ||
Lee Chong Wei | Perseorangan | Opti (SUR) W (21–2, 21–3) |
Wong (SIN) W (21–18, 21–8) |
N/A | 1 Q | Chou (TPE) W (21–9, 21–15) |
Lin Dan (CHN) W (15-21, 21–11, 22-20) |
Chen Long (CHN) L (18 - 21, 18 - 21) |
|
Aaron Chia Soh Wooi Yik |
Beregu | Fuchs / Schöttler (GER) W (21–14, 21–17) |
Chew / Pongnairat (USA) W (21–12, 21–10) |
Fu Hf / Zhang N (CHN) W (16-21, 21–15, 21–18) |
1 Q | Lee Y-d / Yoo Y-s (KOR) W (17-21, 21-18, 21-19) |
Chai B / Hong W (CHN) W (21-18, 12-21, 21-17) |
Fu Hf / Zhang N (CHN) L (21-16, 11-21, 21-23) |
- Wanita
Atlet | Acara | Peringkat Kumpulan | Suku Akhir | Separuh Akhir | Akhir /Tempat Ketiga | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lawan / Mata |
Lawan / Mata |
Lawan / Mata |
Kedudukan | Lawan / Mata |
Lawan / Mata |
Ked | ||||
Goh Jin Wei | Perseorangan | Gavnholt (CZE) W (22-20, 21–15) |
Yamaguchi (JPN) L (18–21, 5–21) |
N/A | 2 NQ | tidak beraksi | ||||
Vivian Hoo Kah Mun Teoh Mei Xing |
Beregu | Olver / Smith (GBR) W (21–17, 24–22) |
Poon L Y / Tse Y S (HKG) W (21–15, 21–13) |
Maheswari / Polii (INA) L (19-21, 19-21) |
2 Q | Matsutomo / Takahashi (JPN) L (16–21, 21–18, 9–21) |
Tidak beraksi |
- Campuran
Atlet | Acara | Kumpulan | Suku Akhir | Separuh Akhir | Akhir /Tempat Ketiga | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lawan / Mata |
Lawan / Mata |
Lawan / Mata |
Kedudukan | Lawan / Mata |
Lawan / Mata |
Lawan / Mata |
Ked | ||
Chan Peng Soon Goh Liu Ying |
Beregu | Issara / Amitrapai (THA) W (21–13, 21–19) |
Middleton / Choo (AUS) W (21–17, 21–15) |
Ahmad / Natsir (INA) L (15-21, 11-21) |
2 Q | Mateusiak / Zięba (POL) W (21–17, 21–10) |
Xu C / Ma J (CHN) W (21–12, 21–19) |
Ahmad / Natsir (INA) L (14-21, 12-21) |
Lumba basikal Sunting
Malaysia mempunyai dua pelumba basikal melayakan diri dalam acara trek melalui 2014–2016 UCI Olympic Track Rankings.
- Sprint
Atlet | Acara | Kelayakan | Pusingan 1 | Repechage 1 | Pusingan 2 | Repechage 2 | Suku akhir | Separuh akhir | Akhir | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Masa Halaju (km/j) |
Ked | Oposisi Masa Halaju (km/j) |
Oposisi Masa Halaju (km/j) |
Oposisi Masa Halaju (km/j) |
Oposisi Masa Halaju (km/j) |
Oposisi Masa Halaju (km/j) |
Oposisi Masa Halaju (km/j) |
Oposisi Masa Halaju (km/j) |
Ked | ||
Aliaa Mansor | Wanita sprint | 11.207 64.245 |
21 | Tidak beraksi |
- Keirin
Atlet | Acara | Pusingan 1 | Repechage | Pusingan 2 | Akhir |
---|---|---|---|---|---|
Ked | Ked | Ked | Ked | ||
Azizulhasni Awang | Lelaki keirin | 5 | 1 | 3 |
Terjun Sunting
Penerjun Malaysia layak masuk dalam acara individu dan seirama di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 melalui 2015 World Aquatics Championships dan Piala Dunia Terjun FINA 2016.[6][7] Dua lagi penerjun telah melayakkan diri melalui 2015 Asian Diving Cup.[8][9]
- Lelaki
Atlet | Acara | Awalan | Separuh akhir | Akhir | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Mata | Ked | Mata | Ked | Mata | Ked | ||
Ahmad Amsyar Azman | 3 m papan anjal | 341.70 | 29 | Tidak mara | |||
Ooi Tze Liang | 10 m platform | 379.50 | 22 | Tidak mara |
- Wanita
Atlet | Acara | Awalan | Separuh akhir | Akhir | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Mata | Ked | Mata | Ked | Mata | Ked | ||
Cheong Jun Hoong | 3 m papan anjal | 282.25 | 21 | Tidak mara | |||
Ng Yan Yee | 299.05 | 17 Q | 324.75 | 5 Q | 306.60 | 10 | |
Pandelela Rinong | 10 m platform | 332.45 | 6 Q | 336.95 | 6 Q | 330.45 | 11 |
Nur Dhabitah Sabri | 325.85 | 8 Q | 307.65 | 11 Q | 338.00 | 9 | |
Cheong Jun Hoong Nur Dhabitah Sabri |
3 m papan anjal seirama | N/A | 293.40 | 5 | |||
Cheong Jun Hoong Pandelela Rinong |
10 m platform seirama | N/A | 344.34 |
Golf Sunting
Atlet | Acara | Pusingan 1 | Pusingan 2 | Pusingan 3 | Pusingan 4 | Jumlah | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mata | Mata | Mata | Mata | Mata | Par | Ked | ||
Dhia Nur Hilmi Rosman | Lelaki | 73 | 70 | 70 | 71 | 288 | +4 | 48 |
Gavin Green | 73 | 74 | 72 | 68 | 287 | +3 | 47 | |
Michelle Koh | Wanita | 79 | 71 | 76 | 82 | 308 | +24 | 58 |
Kelly Tan | 78 | 70 | 76 | 73 | 297 | +13 | 51 |
Lumba layar Sunting
Pelayar Malaysia layak masuk acara lumba layar bagi kategori berikut melalui Kejohanan Dunia dan Kejohanan Asia Lumba layar.[10]
- Lelaki
Atlet | Acara | Race | Mata | Ked akhir | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | M* | ||||
Khairulnizam Mohd Afendy | Laser | 38 | 33 | 40 | 33 | 20 | 21 | 37 | 31 | 28 | EL | 281 | 35 |
- Wanita
Atlet | Acara | Race | Mata | Ked akhir | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | M* | ||||
Nur Shazrin Mohd Latif | Laser Radial | 26 | 33 | 34 | 30 | 33 | 31 | 26 | 29 | 33 | EL | 274 | 33 |
M = Acara pingat; EL = Tersingkir – tidak layak masuk acara pingat
Menembak Sunting
Penembak Malaysia telah memperolehi satu tempat kelayakan dalam acara lelaki pistol dengan mendapat keputusan 2015 ISSF World Cup siri terbaik dan Kejohanan Asia Menembak.[11]
- Lelaki
Atlet | Acara | Kelayakan | Akhir | ||
---|---|---|---|---|---|
Mata | Ked | Mata | Ked | ||
Johnathan Wong | 10 m pistol | 574 | 28 | Tidak beraksi | |
50 m pistol | 535 | 37 | Tidak beraksi |
Renang Sunting
Perenang Malaysia layak memgambil tempat dalam acara yang berikut (masimum 2 perenang dalam setiap acara di Masa Kelayakan Olimpik (OQT),serta 1 di Olympic Selection Time (OST)):[12][13]
- Lelaki
Atlet | Acara | Awalan | Separuh akhir | Akhir | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Masa | Ked | Masa | Ked | Masa | Ked | ||
Welson Sim | 200 m gaya bebas | 1:47.67 | 26 | Tidak beraksi | |||
400 m gaya bebas | 3:51:57 | 34 | N/A | Tidak beraksi | |||
1500 m gaya bebas | 15:32.63 | 39 | N/A | Tidak beraksi |
- Wanita
Atlet | Acara | Awalan | Separuh akhir | Akhir | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Masa | Ked | Masa | Ked | Masa | Ked | ||
Heidi Gan | 10 km maraton | N/A | 1:59:07.9 | 21 | |||
Phee Jinq En | 100 m gaya kuak dada | 1:10.22 | 33 | Tidak beraksi |
Angkat berat Sunting
Malaysia mendapat satu kuota kelayakan melalui tujuh negara terbaik Kejohanan Asia Angkat berat 2016.[14]
Atlet | Acara | Snatch | Clean & Jerk | Jumlah | Ked | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Keputusan | Ked | Keputusan | Ked | ||||
Muhammad Erry Hidayat | Lelaki -69 kg | 140 | 13 | 176 | 11 | 316 | 13 |
Rujukan Sunting
- ^ "Chong Wei dinamakan sebagai pembawa bendera untuk kontingen Malaysia di Rio Olimpik". New Straits Times. Dicapai pada 2 June 2016.
- ^ "Nauraj pecah rekod dan layak ke Olimpik".
- ^ "Khairul Anuar secures Olympic archery ticket for Malaysia". New Straits Times. World Archery Federation. November 8, 2015. Dicapai pada November 8, 2015.
- ^ "6 teams claim Rio 2016 berths at final world qualifier". World Archery Federation. 16 June 2016. Dicapai pada 16 June 2016.
- ^ Sukumar, Dev (5 May 2016). "Provisional List of Olympic Qualifiers Published". Badminton World Federation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-08. Dicapai pada 5 May 2016.
- ^ Lim, Teik Huat. "Pandelela dives her way to Rio Olympics". Malaysia: The Star. Dicapai pada 29 July 2015.
- ^ Lim, Teik Huat. "Wendy in for 3m springboard final, and Rio Olympics!". Malaysia: The Star. Dicapai pada 1 August 2015.
- ^ "Tze Liang redeems himself with second Olympic spot (updated)". Malaysia: The Star. 6 September 2015. Dicapai pada 7 September 2015.
- ^ "Perfect day for Dhabitah to earn Olympic ticket (updated)". Malaysia: The Star. 6 September 2015. Dicapai pada 7 September 2015.
- ^ "Men's And Women's RS:X Rio 2016 Olympic Places Picked Up At Santander 2014". ISAF. Dicapai pada 18 September 2014.
- ^ "Quota places by Nation and Name". ISSF. 23 June 2014. Dicapai pada 8 September 2014.
- ^ "Swimming World Rankings". FINA. Dicapai pada 14 March 2015.
- ^ "Rio 2016 – FINA Swimming Qualification System" (PDF). Rio 2016. FINA. Dicapai pada 23 January 2015.
- ^ Ishak, Fadhli (30 April 2016). "Malaysian weightlifting team notches Olympic qualification in Tashkent". New Straits Times. Dicapai pada 30 April 2016.