Kumpulan Pendahuluan Pasukan Batalion Malaysia 2 (Malbatt 2) seramai 135 anggota dihantar ke Lubnan bagi menjalankan misi Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL) selama sembilan bulan. Kontinjen ini diketuai oleh Kol Mohd Nizam Jaafar .

Malbatt 2 terdiri daripada 440 anggota daripada dua kumpulan iaitu kumpulan pendahuluan dan kumpulan induk. Kumpulan induk seramai 305 anggota akan ke Lubnan pada 29 April 2010.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Kumpulan Pendahuluan Malbatt 2 terdiri daripada 32 pegawai dan 103 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) termasuk dua anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Berada di Pangkalan Tentera Diraja Udara ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Azizan Ariffin. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Timbalan Panglima Darat Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin.[1]

Malbatt 2 sunting

Malbatt 1 berada di Lubnan dari 29 Julai 2009 - 29 April 2010.

Rujukan sunting