Malcolm MacDonald

ahli politik dan diplomat Britain

Malcolm John MacDonald (17 Ogos 1901 – 11 Januari 1981) merupakan seorang ahli politik dan diplomat United Kingdom.


Malcolm MacDonald

Gabenor-Jeneral Kenya
Dalam jawatan
12 Disember 1963 – 12 Disember 1964
RajaElizabeth II
Perdana MenteriJomo Kenyatta
Didahului olehDirinya sendiri (sebagai Gabenor Kolonial)
Digantikan olehJomo Kenyatta (sebagai Presiden Kenya pertama)
Gabenor Kenya
Dalam jawatan
4 Januari 1963 – 12 Disember 1963
RajaElizabeth II
Didahului olehSir Eric Griffith-Jones (Pelaksana tugas)
Digantikan olehDirinya sendiri (sebagai Gabenor-Jeneral)
Butiran peribadi
LahirMalcolm John MacDonald
(1901-08-17)17 Ogos 1901
Lossiemouth, Moray, Scotland
Meninggal dunia11 Januari 1981(1981-01-11) (umur 79)
Maidstone, Kent, United Kingdom
KerakyatanUnited Kingdom
Parti politikParti Buruh Inggeris
Pertubuhan Buruh Kebangsaan
PasanganAudrey Marjorie Fellowes Rowley (k. 1946)
Anak-anak3 (2 adopsi)
Ibu bapa
SaudaraIshbel MacDonald (saudari)
Alma materThe Queen's College, Oxford

MacDonald ialah anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Britain, Ramsay MacDonald. Beliau menghabiskan pelajarannya di The Queen's College dan menjadi ahli parlimen Britain melalui Parti Buruh, tetapi pada tahun 1931, beliau mengikuti jejak ayahnya bergabung dengan Pemerintahan Kebangsaan, dan keluar dari Parti Buruh.

Pada Disember 1946, beliau berkahwin dengan Audrey Marjorie Fellowes Rowley, seorang janda ketenteraan Kanada yang beranak dua.[1] Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Fiona (dengan Bob McElwain).

Audrey meninggal dunia di Ottawa pada 9 Mei 2015 pada usia 99 tahun, tiga minggu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-100.[2][3]

MacDonald juga ialah pengumpul seni yang produktif dari pelbagai genre, terutamanya koleksi seramik Cina, menjangkau lebih daripada 500 keping dengan kronologi dari tahun 2000 SM hingga sekitar tahun 1940 M. Koleksinya kini dibahagi dan ditempatkan di Muzium Oriental Universiti Durham, Muzium Seni Asia di Universiti Malaya di Kuala Lumpur, dan Muzium Universiti Nasional Singapura. [4]

Rujukan sunting

  1. ^ http://picclick.co.uk/Engagement-Of-Malcolm-John-MacDonald-Audrey-Marjorie-Rowley-152301922357.html
  2. ^ https://www.theglobeandmail.com/life/facts-and-arguments/lives-lived-audrey-macdonald-99/article26094484/
  3. ^ http://v1.theglobeandmail.com/servlet/story/Deaths.20150513.93360375/BDAStory/BDA/deaths[pautan mati kekal]
  4. ^ Alexander Nicholas Shaw, 'A Diplomat and a Collector: Malcolm MacDonald's Pursuit of Beauty during the Cold War and End of Empire', Journal of the History of Collections, vol. 30 issue 3, 2018, pp. 511-527