Malcon East 4 merupakan pasukan tentera Malaysia yang ditugaskan bagi mengawasi keamanan di negara Lubnan. Pasukan ini berkhidmat mulai 1 Mei 2009 hingga 29 Januari 2010.Malaysia kini menempatkan 50 pegawai dan 540 anggota UNIFIL di Lubnan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menghantar 150 anggota tambahan ke Lubnan di bawah misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil). Lubnan akan mengadakan pilihan raya pada Jun 2009. Kelulusan kabinet Malaysia masih ditunggu. Panglima Markas Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd Noor menjelaskan bahawa peranan ATM amat memuaskan di Lubnan.[1]

Malcon East 4 menggantikan Malcon East III dan diikuti oleh Kontinjen Malaysia East 5.

Rujukan sunting