Malcon East III ialah singkatan bagi Kontinjen Malaysia (Malcon) "East III" yang diberi peranan mengawal keselamatan di timur Lubnan, berhampiran dengan sempadan Israel. Misi ini dibawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Unifil. Mereka pergi pada 30 Julai 2008 hingga 30 April 2009. Malcon East 3 diketuai Kolonel Mohd Ezam Wan Chik selamat pulang ke Malaysia tanpa mengalami sebarang kejadian yang tidak diingini.Malcon East 3 akan diganti dengan Malcon East 4 mulai 1 Mei 2009.

Seramai 160 anggota termasuk 6 askar wanita ditugaskan di sana.Antara yang pergi ialah Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Arman Rumaizi Ahmad, Koperal Azizah Ibrahim dan Lans Koperal Hazlina Sakiman. Tiada kecederaan dan kemalangan berlaku.

Pada 23 April 2009, mereka selamat pulang ke Malaysia. Mereka tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Malaysia (TUDM) jam 8.30 malam dan disambut Penolong Ketua Staf Bahagian Perancang Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Ismail Ibrahim mewakili Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Zainal.[1]

Rujukan sunting