Malim gunung ialah orang yang bekerja membantu pendaki gunung . Mereka selalu mendaki gunung , mahir tentang selok belok kemuncak gunung, lurah, cenuram , gua dan sumber air yang amat diperlukan. Pendaki gunung warga asing tentulah tidak mahir akan pantang larang dan laluan pintas yang diperlukan. Kebanyakan gunung atau bukit tidak mempunyai stesen trigonometri iaitu titik puncak sesebuah bukit atau gunung yang dibuat daripada besi berbentuk tiga segi. Malim gunung yang ternama ialah Tenzing Norgay dari Nepal yang membantu __mendaki Gunung Everest.

Biasanya mereka mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat untuk mengangkat beg pendaki gunung , tong gas, perkakas perkhemahan , tong air , papan iklan malah membawa turun mangsa kemalangan , mayat pendaki gunung atau sampah sarap yang ditinggalkan . Mereka mencari sumber rezeki menerusi ramainya pelancong yang datang ke sesebuah gunung . Semakin ramai pendaki, semakin banyak bilangan malim gunung diperlukan serta semakin lebat rezeki mereka. Biasanya mereka bekerjasama di antara satu dengan yang lain dan berasal dari kampung berdekatan dan mempunyai tali persaudaraan .

Bagi menyelaraskan tugas mereka, sesebuah jabatan pelancongan boleh dihubungi menerusi telefon bagi mendapatkan khidmat nasihat mereka.

Rujukan sunting