Malwarebytes Inc.

Malwarebytes Inc. merupakan syarikat keselamatan Internet Amerika Syarikat yang berpangkalan di Santa Clara, California; Clearwater, Florida; Tallinn, Estonia and Cork, Ireland.[3] Syarikat ini mengkhusus dalam melindungi komputer rumah, telefon pintar dan syarikat-syarikat.

Malwarebytes Inc.
Syarikat swasta
IndustriPerisian komputer
Perisian keselamatan
Ditubuhkan21 Januari 2008; 13 tahun yang lalu (2008-01-21)
Illinois, Amerika Syarikat
PengasasMarcin Kleczynski
Bruce Harrison
Ibu pejabatSanta Clara, California, Amerika Syarikat (Global)
Cork, Ireland (EMEA)[1]
Tempat diberi khidmat
Seluruh dunia
Tokoh penting
Marcin Kleczynski (CEO dan pengasas)
Tom Fox (CFO)
Raj Mallempati (SVP)
Pedro Bustamante (VP Teknologi)
KeluaranMalwarebytes Anti-Malware, Malwarebytes Anti-Exploit, Malwarebytes Anti-Ransomware, Malwarebytes AdwCleaner, Malwarebytes Endpoint Security, Malwarebytes Anti-Malware Mobile, Malwarebytes Anti-Malware for Mac
Bilangan kakitangan
500+[2]
Laman web rasmi
www.malwarebytes.com

Ketiga-tiga perkhidmatan ini telah digabungkan dalam satu atur cara yang dinamakan sebagai Malwarebytes 3.0 Premium. Ia merupakan atur cara berbayar dengan tempoh percubaan percuma selama 14 hari. Malwarebytes Anti-Exploit tidak lagi tersedia sebagai produk yang tersendiri.[4]

SejarahSunting

Sejarah pengasasan dan latar belakangSunting

Malwarebytes Inc. diasaskan secara tidak rasmi pada tahun 2004.[5] Pada ketika itu, CEO dan pengasasnya, Marcin Kleczynski, yang berasal dari Poland, masih merupakan seorang remaja yang belajar di sekolah menengah Beensville, Illinois dan bekerja sebagai seorang juruteknik di kedai membaiki komputer di Chicago selepas sesi persekolahan.[6] Semasa beliau bekerja di kedai tersebut, beliau menyedari bahawa apabila komputer yang dijangkiti oleh perisian hasad tiba di kedai mereka, komputer itu kebiasaannya akan diformatkan, walaupun jangkitan itu hanyalah sedikit. Sehinggalah pada satu masa, komputer ibunya dijangkiti perisian hasad ketika beliau menggunakannya untuk mencari permainan video di Internet, maka ketika itu Marcin mula mempelajari lebih lanjut tentang kenapa 'virus' itu tidak dihapuskan secara terus. Beliau mendapati bahawa perisian antivirus McAfee dan Symantec tidak dapat menghapuskan perisian hasad tersebut daripada sistem komputernya, maka cara yang terbaik pada masa itu adalah dengan memformatkannya. Beliau pernah menyebut, “Saya tidak pernah berasa begitu marah sebagaimana ketika komputer saya dijangkiti”, dan beliau juga mengakui bahawa ibunya menyuruh beliau membaikinya juga. Sehinggalah selepas Marcin membuat kiriman di dalam forum SpywareInfo yang popular pada waktu itu, beliau dapat mempelajari cara untuk memulihkannya. Beliau mengambil masa tiga hari. Syarikat ini telah diasaskan selepas peristiwa tersebut, semasa Marcin berbual-bual dan berkawan dengan beberapa orang penyunting forum tersebut yang memujuknya untuk membeli domain daripada mereka.[7]

Bersama dengan salah seorang anggota tetap tapak sesawang itu, Bruce Harrison, Marcin telah menuliskan versi yang pertama bagi perisian syarikat ini. Pada tahun 2006, beliau bekerjasama dengan rakan sebiliknya di kolej untuk menghasilkan atur cara percuma yang dinamakan sebagai RogueRemover, iaitu utiliti yang mengkhusus dalam mencegah sejenis jangkitan yang dikenali sebagai rogues, yang memperdaya pengguna komputer untuk memberikan maklumat kad kredit mereka melalui perisian antivirus palsu. RogueRemover telah menjadi faktor utama yang menjurus kepada penghasilan perisian Malwarebytes Anti-Malware. Marcin juga telah mencipta forum yang membolehkan beliau menambah baik perisian tersebut melalui maklum balas. Marcin dan Bruce secara rasminya telah melancarkan Malwarebytes pasa 21 Januari 2008. Pada ketika itu, Marcin masih sedang belajar sains komputer di Universiti Illinois. Bruce dilantik sebagai naib presiden dalam bidang penyelidikan untuk syarikat Malwarebytes, dan seterusnya beliau mengambil Doug Swanson yang berpengalaman dalam membangunkan perisian percuma untuk bekerja dengan mereka. Marcus Chung, seorang pakar e-perdagangan yang dahulunya bekerja di syarikat GreenBorder, telah dilantik sebagai ketua pegawai pengendalian. Marcin dan Bruce menurut laporan, telah berjaya memungut $600,000 pada tahun pertama mereka memasarkan perisian itu, walaupun tidak bertemu secara bersemuka pada masa itu.

RujukanSunting

  1. ^ "Developments – Cork Invest". www.CorkCity.ie. Dicapai pada 31 Disember 2017.
  2. ^ "Malwarebytes". LinkedIn. Dicapai pada 11 November 2017. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  3. ^ "Malwarebytes – Talent Community". jobs.Malwarebytes.com. Dicapai pada 31 Disember 2017.
  4. ^ Katherine, Styne (Januari 18, 2018). "Malwarebytes for Pc". Malwarebytes Antivirus support.
  5. ^ "Company Overview of Malwarebytes Corporation". Bloomberg. Dicapai pada 12 Oktober 2016.
  6. ^ "Q&A: Marcin Kleczynski, CEO of Malwarebytes, on cybersecurity and startups". mercurynews.com. Dicapai pada 26 April 2015.
  7. ^ "Interview with Malwarebytes' founder, Marcin Kleczynski". Techspot. 11 October 2012. Dicapai pada 12 Oktober 2016.

Pautan luarSunting