Mamad Puteh

ahli politik Malaysia

Dr. Haji Mamad bin Puteh telah dilahirkan di Kampung Rhu Dua, Marang, Terengganu pada tahun 1956 dan menetap di Kampung Sungai Petai, Kuala Berang melebihi 30 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai ADUN Kuala Berang bermula pada tahun 1999 hingga 2004. Beliau sekali lagi bertanding di PRU14 sebagai calon PAS bagi DUN Kuala Berang.[1]

Yang Berhormat Dr. Haji

Mamad Puteh

SMZ, PJK (Terengganu); MD (UKM)
Mamadputeh.png
Pengerusi Jawatankuasa
Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti
dan Teknologi Hijau
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Memegang jawatan
2018
SultanSultan Mizan Zainal Abidin
TimbalanSaiful Azmi Suhaili
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk N23 Kuala Berang
Memegang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehTengku Putera Tengku Awang
Majoriti1,070
Dalam jawatan
1999–2004
Digantikan olehKomarudin Abdul Rahman
Majoriti1,844
Butiran peribadi
Lahir (1956-08-05) 5 Ogos 1956 (umur 66)
TerengganuFlag of Marang, Terengganu.svg Kampung Rhu Dua, Marang, Terengganu
Parti politikPAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia
PasanganHajah Noraini Mohamed
Anak-anak6 orang
KediamanKampung Sungai Petai, Kuala Berang,Hulu Terengganu
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor

KerjayaSunting

Beliau pernah menjadi doktor pelatih di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1982 hingga 1984. Pada tahun 1984 hingga 1985, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.[perlu rujukan] Kerjayanya diteruskan lagi sebagai pegawai perubatan Hospital Desa Kuala Berang pada tahun 1986 dan seterusnya membuka klinik persendirian beliau iaitu Klinik Mamad Sdn. Bhd. di Kuala Berang.[petikan diperlukan]

KemarasyakatanSunting

  • 1985 - Menjadi petugas pegawai perubatan Tabung Haji
  • 2002 - Menyertai Misi Bantuan Kesihatan ke Sempadan Afghanistan Pakistan
  • 2004 - Menyertai Misi Bantuan Kesihatan ke Acheh (Tsunami)
  • 2005 - Menyertai Misi Bantuan Kesihatan ke Kawasan Gempa Bumi Pakistan

PendidikanSunting

  • Ijazah doktor Perubatan (MD UKM) pada tahun 1976 hingga 1982

PolitikSunting

Pilihan raya umum ke-14Sunting

Kerusi DUN Kuala Berang diramalkan kerusi paling sengit pada PRU14 ini dalam Parlimen Hulu Terengganu kerana tiga nama besar bertembung bagi misi menawan N23. Pertembungan tiga penjuru itu melibatkan penyandang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang (BN), Dr Mamad Puteh (PAS) serta Mohd Nor Othman (PKR). Dr Mamad Puteh telah berjaya menawan kembali DUN 23, Kuala Berang dengan majoriti 1,070.[2]

Dr Mamad yakin mampu menang kerana PAS juga ada kekuatan tersendiri dan PRU10 sebagai salah satu bukti. Menurutnya, berdasarkan isu-isu semasa terutamanya kos beban hidup rakyat yang kian meningkat kini, tidak mustahil sejarah tercipta pada tahun 1999 lalu berulang kembali khususnya di Kuala Berang.[petikan diperlukan]

Keputusan pilihan rayaSunting

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Mamad Puteh
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Lawan Parti Undi
1999 N23 Kuala Berang Mamad Puteh   PAS 4,968 Abdullah Ismail     BN (UMNO) 3,124
2004 N23 Kuala Berang Mamad Puteh   PAS 4,231 Komarudin Abdul Rahman     BN (UMNO) 5,926
2018 N23 Kuala Berang Mamad Puteh   PAS 7,707 Tengku Putera Tengku Awang     BN (UMNO) 6,637
Mohd Nor Othman     PH (PKR) 969

Anugerah dan penghargaanSunting

  •   Terengganu
    • Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z) - 2022[3]

RujukanSunting

  1. ^ Endut, Radhuan Hussain dan Mohd. Lazim. "Pas Terengganu ketengah 19 calon muka baharu". Utusan Online. Dicapai pada 2018-05-11.
  2. ^ Mamat, Noor Hayati. "Kuala Berang milik siapa?". Dicapai pada 2018-05-11.
  3. ^ ZAID MOHD NOOR (14 Ogos 2022). "91 terima darjah, pingat hari keputeraan Sultan Terengganu". Utusan. Dicapai pada 16 Ogos 2022.

Pautan LuarSunting

  1. Laman Facebook
  2. Senarai penuh calon PAS Terengganu PRU14