Mamak Cupcake ialah sebuah filem komedi Malaysia 2014 arahan Woo Ming Jin terbitan Grand Brilliance. Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Siti Saleha, ia ditayangkan pada 28 Ogos 2014.[1][2]

Mamak Cupcake
Poster keluaran tayangan
PengarahWoo Ming Jin
PenulisM. Zulkifli Abdul Jalil
Dihasilkan olehTengku Iesta Tengku Alaudin
Dibintangi
Disunting olehAkashdeep Singh
Muzik olehTunestone Entertainment
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 28 Ogos 2014 (2014-08-28) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM812 ribu.

Sinopsis sunting

Filem ini mengisahkan anak jati Pulau Pinang berketurunan mamak, MJ, (Shaheizy Sam) yang berdepan konflik terhadap minat dan matlamat hidupnya yang sangat berbeza. MJ amat meminati pembuatan kek cawan. Malangnya, hasrat itu terhalang kerana apabila si bapa ingin dia mewarisi perniagaan tradisi keluarga. MJ hampir berputus asa sehinggalah dia berjumpa seorang gadis, Juliana (Siti Saleha), yang mengembalikan semangatnya.

Pelakon sunting

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Woo Ming Jin dalam satu temu ramah mengenai pengalaman menghasilkan Mamak Cupcake berkata:

"Ianya satu pengalaman yang cukup menarik dapat bekerjasama dengan mereka semua yang cukup berbakat. Syukur filem ini dihasilkan dengan baik seperti yang dijangkakan. Ia adalah sebuah filem komedi yang sesuai ditonton setiap lapisan masyarakat."[3]

Filem ini diarahkan oleh Ming Jin yang sebelum ini mengarahkan filem Seru (2011) dan KL Zombi (2013) dengan skrip ditulis oleh M. Zulkifli Abdul Jalil. Ia merupakan hasil cetusan idea Ahmad Izham Omar untuk mewujudkan sebuah konsep bagi filem terbaru terbitan Grand Brilliance.[4] Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Siti Saleha yang digandingkan dalam sebuah filem buat pertama kalinya.[5][6]

Mamak Cupcake ialah filem masakan pertama Sam dan beliau berbangga menjadi sebahagian daripadanya. Beliau mengakui suka memasak dan kerana itulah beliau merupakan duta jenama Mamee.[7] Ia juga merupakan filem ketiga lakonan Siti Saleha dan yang kedua di bawah arahan Ming Jin selepas KL Zombi.[7]

Keluaran dan sambutan sunting

Mamak Cupcake ditayangkan pada 28 Ogos 2014 dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM812 ribu.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (22 Disemebr 2012). Filem Mamak Cupcake Lakonan Shaheizy Sam Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Mei 2014.
  2. ^ Filem Mamak Cupcake sarat adegan lawak Isu Kaki Panas. Diperoleh pada 28 September 2014.
  3. ^ Emy Suzira (20 September 2014). "Pengarah & pelakon Mamak Cupcake kongsi pengalaman". Yahoo! News. Dicapai pada 26 September 2014.
  4. ^ Aqmar Mustaza (30 Ogos 2014). "Bila Mamak & Cupcake bersatu". Sinar Harian. Dicapai pada 26 September 2014.
  5. ^ Aqmar Mustaza (25 Ogos 2014).Mamak Cupcake satukan Sam & Saleha Sinar Harian. Diperoleh pada 1 September 2014.
  6. ^ Jodoh Shaheizy Sam, Siti Saleha Diarkibkan 2017-10-26 di Wayback Machine Kosmo! (30 Ogos 2014). Diperoleh pada 1 September 2014.
  7. ^ a b Dennis Chua (29 Ogos 2014). "Drama in a cupcake". New Straits Times. Dicapai pada 26 September 2014.
  8. ^ https://twitter.com/FilemKita/status/515452110012289024

Pautan luar sunting