Maman ialah seorang penyanyi lelaki popular era 1990an yang berasal dari Singapura dan mula mencipta nama menerusi kumpulan Teacher's Pet pada tahun 1995. Beliau kini menetap dan berkecimpung dalam industri muzik di Singapura. Lagu-lagu seperti Warisan Wanita Terakhir, Layar Lara, Kasih Ku Pinjam WajahMu, Cinta Kita, Di Wajahmu Ku Lihat Bulan, Ku Miliki Bayanganmu (duet bersama Nora Ariffin dan Seringkali telah membawa Maman Teacher’s Pet ke satu taraf yang tinggi dalam persada seni. Untuk mengulangi dan mencapai ke tahap itu sekali lagi memanglah sukar tetapi Maman tetap meneruskannya dengan cara tersendiri.

Setelah album Eh…Keras Tu bersama kumpulan Teacher’s Pet dan kemudiannya album solo Di Suatu Hari Di Suatu Waktu, Maman telah mencipta banyak lagu untuk filem dan juga beberapa projek khas. Selain dari itu, Maman juga telah tampil sebagai pelakon di beberapa filem dan drama di Malaysia. Popularitinya pada tahun 1995 melayakkan beliau tercalon untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

AlbumSunting

  • Di Suatu Hari Di Suatu Waktu (1995)
  • Taqwa (2009)