Mamanda merupakan kawasan yang meliputi kawasan pekan dalam daerah Ampang, Selangor. Kawasan ini juga ditadbir oleh (MPAJ). Kawasan Mamanda ini diambil dari perkataan "Para-para Pembesar Melayu". Perkataan ini telah dicatatkan pada nama-nama jalan disekitar kawasan itu. Kawasan Mamanda ini telah dimajukan oleh pemaju dari Syarikat Selaman Sdn.Bhd (sebuah anak syarikat kepada Kumpulan Selangor Berhad yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan) sekitar tahun 1989 sehingga 1992. Sehingga sekarang syarikat ini telah berjaya membangunkan beberapa kawasan baru di sekitar negeri Selangor. Keluasan Mamanda dianggarkan 1.5 hektar dan kos pembangunan dikawasan ini memakan hampir RM5 juta. Kawasan ini terletak di sempadan kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)dan terletak lebih kurang 5 kilometer dari dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Perjalanan ke pusat bandar amat strategik dimana terdapat lebih banyak jalan yang menghubungkan ke Ibu Kota Kuala Lumpur disamping Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Middle Ring Road 2 (MRR2). Sebagai merakamkan rasa penghargaan kepada Selaman Sdn. Bhd. yang telah banyak berbudi terhadap pembangunan kawasan Mamanda,beberapa batang lorong yang terdapat di dalam Dataran D'Palma yang berdekatan dengan pusat membeli belah Ampang Point telah diberi nama Lorong Selaman. Lorong ini telah dihubungkan dengan Jalan Mamanda 1 yang agak sesak kerana merupakan jalan yang menjadi salah satu laluan utama untuk memasuki Jalan Ampang (jalan terpanjang di Ampang yang menghubungkan laluan ke Pusat Bandar Kuala Lumpur).

Terdapat dua kawasan perumahan penting di kawasan Mamanda ini adalah:

  1. Taman Dato Ahmad Razali
  2. Flat Desa 288

Kemudahan dan tempat tumpuan awam sunting

Walaupun Mamanda merupakan kawasan pekan berpemukiman kecil, namun ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur awam yang serba lengkap dan moden, ditambah dengan kedudukan geografinya yang strategik dan sangat hampir/bersempadan dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Antara kemudahan yang terdapat disini termasuklah kompleks membeli-belah, masjid dan surau, kuil, gurdwara, tokong, gereja kecil, sekolah & institusi pengajian, hospital, balai polis bergerak, pejabat pos dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, tidak mempunyai rel pengangkutan awam, Stesen LRT Ampang adalah terhampir namun ia terletak diluar kawasan Mamanda, kira-kira 1 km dari pekan utama Mamanda. Pada tahun 2018, menerusi pemilihan Pakatan Harapan selaku kerajaan terkini di Malaysia, Dr Mahathir Mohamed telah mengesahkan bahawa jajaran MRT 3 dibatalkan. Terdapat 1 stesen MRT cadangan dalam jajaran tersebut yang berada tepat di kawasan Mamanda ini, namun ia telah berakhir [1].

Senarai kompleks membeli-belah sunting

Senario Ampang sunting

Senario Ampang’ di yang terletak di kawasan komersial Ampang Point merupakan tarikan baharu kepada penduduk sekitar selepas melalui proses baik pulih menerusi inisiatif pengindahan lorong belakang hasil kerjasama Jawatankuasa Kerja Bandar Selamat MPAJ dan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT). Senario Ampang berkeluasan sepanjang 145 kaki dan dinding 14 unit bangunan perniagaan setinggi 20 kaki.[2]

Penaik tarafan kawasan itu membabitkan kerja pembersihan, pemasangan lantai konkrit, penyediaan ‘interlocking paving’ menghubungkan ke kawasan sekitar, pemasangan lampu dekorasi, kamera litar tertutup (CCTV), kerja elektrikal dan lukisan mural 3D yang memaparkan aktiviti sinonim kawasan itu.

Pengindahan lorong belakang Jalan Mamanda 7 ini telah meningkatkan aspek keselamatan dan kebersihan seterusnya sebagai tarikan baharu di kawasan Ampang.

Senarai tempat ibadah sunting

  • Surau An-Najah


Institut pengajian sunting


Klinik/ Hospital sunting

Tempat pelancongan dan tumpuan umum sunting

  • Pusat Komuniti Ampang Point

Rujukan sunting

  1. ^ "Kerajaan batal projek HSR, laluan MRT 3". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-01. Dicapai pada 2019-10-25.
  2. ^ https://selangorkini.my/2019/09/senario-ampang-tarikan-baharu-di-ampang-point/