Mamee Double-Decker

Mamee Double-Decker Berhad (MYX: 5282) ialah sebuah syarikat rakyat Malaysia dengan kepentingan dalam sektor perkilangan, pemasaran dan pengedaran makanan ringan, minuman, dan produk lain. Pada 2014, ibu pejabat mula bertapak di Melaka, Malaysia dan mempunyai pejabat di Subang, Selangor di Metropolitan Lembah Klang.[1] Pada 2008, Mamee mempunyai pejabat berdaftarnya di City Plaza, Johor Bahru.[2] Syarikat ini mengedarkan jenama Mister Potato dan Mamee Noodles.

Mamee Double-Decker Berhad
Jenis/bentuk sahPerniagaan Sunting ini di Wikidata
IndustriPemprosesan makanan, Makanan ringan, Produk tenusu
Ditubuhkan1971; 53 tahun yang lalu (1971)
PengasasDatuk Pang Chin Hin
Ibu pejabatAyer Keroh Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatanMalaysia, Australia, Afrika Selatan, Antarabangsa
Tokoh pentingDatuk Pang Chin Hin, Pengerusi Eksekutif
KeluaranProduk tenusu, Manisan, Air botol, Makanan ringan, Minuman
Hasil RM 411.57 juta (2009)
Pendapatan bersih RM 44.38 juta (2009)
Jumlah aset RM 294.45 juta (2009)
Tapak webMamee
Instagram: mamee.my Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mamee diperbadankan pada 3 Ogos 1991 dan telah disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 18 Mac 1992.[3] Mamee-Double Decker akan dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia pada hari Isnin, 9 Januari 2012.[perlu rujukan]

Pada tahun 2011, Manchester United menandatangani perjanjian penajaan dengan Mamee Double-Decker.[4] Pada tahun 2012, syarikat itu memilih kumpulan Nidji sebagai "duta jenama."[5]

Jenama-jenama

sunting
  • Cheers adalah minuman berkarbonat dari Mamee-Double Decker.
  • Corntoz adalah makanan ringan dari Mamee-Double Decker.
  • Nutrigen adalah minuman kultur dari Mamee-Double Decker.
  • Mamee Mi Segera adalah jenama mi kedua terbesar Malaysia dari Mamee-Double Decker.
  • Mister Potato adalah jenama lagu Wok wok wok wok cip kentang oleh Mamee-Double Decker.
  • Monster adalah jenama mi ramen yang bertujuan untuk dimakan mentah. Makanan RIngan Monster Noodle bukan sahaja popular di kalangan kanak-kanak di tempat pengeluaran asal, tetapi juga banyak di negara-negara Asia yang lain seperti negara jiran Singapura dan sangat popular di Australia. Dalam masyarakat berbahasa Kantonis, makanan ringan ini yang secara rasmi dipanggil "Mummy Noodles (妈咪 面)" kerana Mamee bunyi seperti mumia dalam Kantonis.
  • Mi Timur adalah jenama mi ramen. Perisa semasa termasuk ayam, sayur-sayuran, udang, kari, daging lembu, dan cendawan.
  • Hollywood Pulpy Orange adalah jus oren dari Mamee-Double Decker telah dilancarkan pada 1 Disember 2012.

Rujukan

sunting
  1. ^ Laman Utama Diarkibkan 2014-04-07 di Wayback Machine (diakses selepas anda menekan "skip") Mamee Double Decker. Dicapai pada April 6, 2014. "Ibu pejabat: Lot 1, Air Keroh Industrial Estate 75470 Melaka, Malaysia" dan "Alamat Subang: Lot 793, Jalan SS 13/1K, Off Jalan Persiaran Subang Indah, Taman Industri Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan."
  2. ^ "Laporan Tahunan 2008." () Mamee-Double Decker. 9 (11/116). Dicapai pada 27 September 2009. "PEJABAT BERDAFTAR Suite 1301, Tingkat 13, City Plaza, Jalan Tebrau, 80300 Johor Bahru, Johor Darul Takzim"
  3. ^ "Oodles of crunchy delights from Mamee Diarkibkan 2012-11-02 di Wayback Machine." New Straits Times. 21 Mac 2004. Dicapai pada 27 September 2009.
  4. ^ Vallikappen, Sanat dan Tariq Panja. "Manchester United Said to Sign Mister Potato Deal Before Share Offering." Bloomberg. 22 Ogos 2011. Dicapai pada 7 April 2014.
  5. ^ Oh, Ing Yeen. "Popular band Nidji is Mister Potato brand ambassador." The Star (Malaysia). Selasa 20 Mac 2012. Dicapai pada 7 April 2014.

Pautan luar

sunting