Mamma Mia! (filem)

Mamma Mia! (dipromosi sebagai Mamma Mia! The Movie) ialah filem muzikal romantik komedi British/Amerika Syarikat/Sweden 2008 adaptasi daripada West End 1999/Broadway muzikal dengan 2001 dengan tajuk yang sama, berdasarkan lagu kumpulan pop ABBA, dengan tambahan muzik dikarang oleh ahli ABBA, Benny Andersson.

Mamma Mia!
PengarahPhyllida Lloyd
Lakon layarCatherine Johnson
BerdasarkanMamma Mia! oleh
Catherine Johnson
Dihasilkan olehJudy Craymer
Gary Goetzman
Tom Hanks
DibintangiMeryl Streep
Pierce Brosnan
Colin Firth
Stellan Skarsgård
Julie Walters
Dominic Cooper
Amanda Seyfried
Christine Baranski
SinematografiHaris Zambarloukos
Disunting olehLesley Walker
Muzik olehABBA
Syarikat
penerbitan
Littlestar
Playtone
Diedarkan olehUniversal Pictures
Tarikh tayangan
  • 30 Jun 2008 (2008-06-30) (United Kingdom)
  • 18 Julai 2008 (2008-07-18) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
109 minit
NegaraUnited Kingdom
Amerika Syarikat
Sweden
BahasaInggeris
Bajet$52 juta
Pecah panggung$609.8 juta[1]

Filem ini diarahkan oleh Phyllida Lloyd dan diedarkan oleh Universal Pictures dengan kerjasama bersama Playtone dan Littlestar,[2] dan tajuk filem ini berasal daripada lagu 1975 ABBA, "Mamma Mia". Meryl Streep mengetuai barisan pelakon, melakonkan watak ibu tunggal, Donna Sheridan. Pierce Brosnan (Sam Carmichael), Colin Firth (Harry Bright) dan Stellan Skarsgård (Bill Anderson) melakonkan watak tiga bapa kemungkinana anak perempuan Donna, Sophie (Amanda Seyfried).

Plot sunting

Ramai orang datang ke pulau Greek, Kalokairi, khususnya ke resort hotel desa dikenali sebagai Villa Donna, dimiliki dan dikendalikan oleh ibu tunggal Donna Sheridan, untuk perkahwinan anak perempuannya yang berusia dua puluh tahun, Sophie dengan teman lelakinya, Sky. Tiga daripada orang-orang yang datang ke majlis perkahwinan tetapi Donna tidak tahu yang datang adalah arkitek Sam Carmichael, jurubank Harry Bright dan kelasi Bill Andersson, tiada daripada mereka yang Donna pernah melihat dalam tempoh lebih dua puluh tahun. Tidak diketahui olehnya, Sophie menjemput ketiga-tiga itu kerana dia mengumpul maklumat dengan rahsianya membaca diari Donna, mengetahui bahawa ketiga-tiga lelaki itu terlibat dalam kehidupan ibunya apabila dia telah mengandung dan dengan itu mengandaikan bahawa salah seorang daripada mereka mesti bapanya. Dia mahu lelaki itu berjalan dengannya di lorong dan melepaskannya. Dengan bantuan daripada pengiring pengantinnya, Lisa dan Ali, Sophie cuba untuk memikirkan yang mana satu adalah bapanya. Apabila Donna melihat ketiga-tiga lelaki itu, dia, dengan bantuan kawan baiknya dan bekas rakan kongsi nyanyian, Rosie Mulligan dan Tanya Wilkinson, juga cuba untuk mencari tahu apa yang dia akan lakukan dengan ketiga-tiga lelaki ini. Sementara itu, lelaki-lelaki ini, yang tidak mengenali satu sama lain sebelum tiba di pulau itu, dengan cepatnya mengandaikan sebab kenapa mereka dijemput, masing-masing percaya bahawa dia memang bapa Sophie. Sebagai komplikasi terjadi akibat salah faham, perkahwinan Sophie dan Sky hubungan boleh terjejas, manakala mencari apa yang benar-benar di dalam hati mereka, ramai mungkin mendapati perjalanan cinta sejati.

Pelakon sunting

Penampilan kameo dan watak tidak dikredit

Nombor muzikal sunting

  1. "I Have a Dream" – Sophie
  2. "Honey, Honey" – Sophie, Ali dan Lisa
  3. "Money, Money, Money" – Donna, Tanya, Rosie dan Company
  4. "Mamma Mia" – Donna, Sophie, Ali, Lisa dan Greek Chorus
  5. "Chiquitita" – Rosie, Tanya dan Donna
  6. "Dancing Queen" – Tanya, Rosie, Donna dan Company
  7. "Our Last Summer" – Harry, Bill, Sam dan Sophie
  8. "Lay All Your Love on Me" – Sky, Sophie, Sky's Bachelor party friends.
  9. "Super Trouper" – Donna, Tanya dan Rosie
  10. "Gimme! Gimme! Gimme! (A Man After Midnight)" – Sophie, Donna, Tanya, Rosie, Ali, Lisa dan Greek Chorus
  11. "Voulez-Vous" – Donna, Sam, Tanya, Rosie, Harry, Bill, Sky, Ali, Lisa dan Pepper
  12. "The Name of the Game" – Sophie (babak dibuang)
  13. "SOS" – Sam, Donna dan Greek Chorus
  14. "Does Your Mother Know" – Tanya, Pepper, Lisa, Guys dan Girls
  15. "Slipping Through My Fingers" – Donna dan Sophie
  16. "The Winner Takes It All" – Donna
  17. "I Do, I Do, I Do, I Do, I Do" – Sam, Donna dan Company
  18. "When All Is Said and Done" – Sam, Donna dan Company
  19. "Take a Chance on Me" – Rosie, Bill, Tanya, Pepper, Harry dan Company
  20. "Mamma Mia!" (Reprise) – Company
  21. "I Have a Dream" (Reprise) – Sophie
  22. "Dancing Queen" (Reprise) – Donna, Rosie dan Tanya
  23. "Waterloo" – Donna, Rosie, Tanya, Sam, Bill, Harry, Sky dan Sophie
  24. "Thank You for the Music" – Sophie

Produksi sunting

 
Gereja The Agios Ioannis semasa pengambaran babak perkahwinan dalam Mamma Mia!.

Kebanyakan babak di luar menjalani pengambaran di pulau Greek, Skopelos (semasa Ogos/September 2007),[5] dan perkampungan desa tepi laut Damouchari di kawasan Pelion, Greece. Di Skopelos, pantai Kastani di pantai barat selatan merupakan lokasi pengambaran utama filem.[5] Penerbit membina bar pantai dan jeti di pantai tetapi merobohkannya selepas produksi tamat.[5] Set villa Greek Donna dibina di Pinewood Studios dan kebanyakan filem ini menjalani pengambaran di sana. Pokok sebenar digunakan dalam set.

Bahagian di dalam filem dimana karakter Brosnan, Sam, meninggalkan pejabatnya di New York untuk pergi ke Pulau Greek sebenarnya menjalani pengambaran di Lloyd's Building, Lime Street, London.

 
Filem menjalani pengambaran di Pulau Greek, Skopelos

Meryl Streep mengambil pelajaran nyanyian opera ketika kanak-kanak dan ketika dewasa, dia telah menyanyi dalam beberapa filem termasuk Postcards from the Edge, Silkwood, Death Becomes Her dan A Prairie Home Companion.[6] Dia merupakan peminat rancangan pentas Mamma Mia! sejak melihatnya di Broadway pada bulan September 2001.

Tayangan sunting

Walaupun tayangan perdana filem ini berlaku di tempat lain, kebanyakan media bertumpu kepada tayangan perdana Sweden dimana Anni-Frid Lyngstad dan Agnetha Fältskog menyertai Björn Ulvaeus dan Benny Andersson dengan barisan pelakon di Rival Theatre, Mariatorget, Stockholm, dimiliki oleh Andersson pada Julai 4, 2008. Ia merupakan kali pertama kesemua empat ahli ABBA berada dalam gambar yang sama sejak tahun 1986.[7]

Penerimaan sunting

Mamma Mia! menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 54% pengkritik memberi filem ini ulasan positif berdasarkan 175 ulasan dengan purata rating 5.5/10.[8] The Times memberi filem ini empat daripada lima bintang,[9] sama seperti Channel 4 (Britain).[10] The Guardian memberi filem ini satu bintang,[11]

Box office sunting

Mamma Mia! mengutip $602,609,487 di seluruh dunia dan merupakan filem kelima dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2008.[1] Ia menjadi filem muzikal dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa. Ia merupakan filem dengan pendapatan ketiga tertinggi pada tahun 2008 di peringkat antarabangsa (i.e., luar Amerika Utara) dengan jumlah anatarabangsa sebanyak $458,479,424 dan filem ketiga belas tertinggi pada tahun 2008 di Amerika Utara (AS dan Kanada) dengan $144,130,063. Di United Kingdom, Mamma Mia! mengutip £69,166,087 setakat Januari 23, 2009 dan merupakan filem keenam dengan pendapatan tertinggi dalam box office UK (di belakang Skyfall, Avatar, Titanic, Toy Story 3 dan Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2).[12]

Sekuel sunting

Kerana kejayaan kutipan filem ini, ketua studio Hollywood David Linde, pengerusi Universal Studios berkata kepada The Daily Mail kemungkinan ada sekuel tetapi ia akan mengambil masa.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Mamma Mia! (2008)". Box Office Mojo. Dicapai pada 2009-02-05.
  2. ^ "Mamma Mia! (2008) – Company Credits". IMDb.com. Dicapai pada 2008-04-05.
  3. ^ "Amanda Seyfried". Imdb.com. Dicapai pada 2009-01-17.
  4. ^ BBC Staff (2007-03-07). "Brosnan set for Abba show movie". BBC. Dicapai pada 2008-03-09.
  5. ^ a b c Mansfield, Paul (2008-07-15). "Mamma Mia! – Unfazed by the fuss in Skopelos". London: The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-10. Dicapai pada May 12, 2010.
  6. ^ Hiscock, John (2008-07-04). "Meryl Streep the singing and dancing queen". London: The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-09. Dicapai pada May 12, 2010.
  7. ^ Sandra Wejbro (2008-07-04). "ABBA återförenades på röda mattan (Swedish)". Aftonbladet. Dicapai pada 2008-07-06.
  8. ^ "Mamma Mia! Reviews". Rotten Tomatoes. Rotten Tomatoes. Dicapai pada 2012-07-07.
  9. ^ Times Online
  10. ^ Channel 4 review
  11. ^ Guardian Review
  12. ^ "UK all time top grossing films". 25thframe.co.uk. Dicapai pada 2012-05-25.

Pautan luar sunting