Pemampatan video

(Dilencongkan daripada Mampatan video)

Pemampatan video bermaksud pengurangan kuantiti data yang digunakan untuk mewakili imej video dan merupakan kombinasi langsung pemampatan imej dan pemampasan gerakan. Rencana ini membincangkan aplikasinya: video yang dimampatkan boleh mengurangkan lebar jalur yang diperlukan untuk memancarkan video digital melalui siaran perkhidmatan televisyen terestrial, kabel, atau satelit.

Mutu video

sunting

Kebanyakan pemampatan video ada kehilangan, iaitu beroperasi dalam anggapan bahawa kebanyakan data yang ada sebelum pemampatan adalah tidak perlu untuk mencapai mutu gambar yang dilihat sebagai bagus. Contohnya, DVD menggunakan piawaian pengekodan video MPEG-2 yang boleh memampatkan lebih kurang 2 jam data video 15 hingga 30 kali sambil mampu menghasilkan mutu gambar yang boleh dianggap bermutu tinggi untuk video definisi biasa. Pemampatan video, sama seperti pemampatan data, adalah satu keseimbangan antara ruang cakera, mutu video dan kos perkakas yang diperlukan untuk menyahmampatkan video dalam jangka masa yang sesuai. Walaupun begitu, jika video dimampatkan terlalu banyak, maka kelihatan artifak yang boleh menganggu penonton.

Pautan luar

sunting