Man Kadir

pelakon veteran lelaki Malaysia

Man Kadir Samsi (lahir Abdul Kadir bin Abdul Manaf; 1949 – 7 September 2017) merupakan seorang pelakon dan pelawak lelaki Malaysia yang terkenal dalam siri-siri filem arahan Mamat Khalid.

Man Kadir
Kelahiran
Abdul Kadir bin Abdul Manaf

1949
Meninggal dunia7 September 2017(2017-09-07) (umur 67–68)
Pusat Kesihatan Lanchang, Lanchang, Pahang
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Lanchang, Pahang
Nama lainPak Jabit
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1981–2017

KematianSunting

Pak Jabit meninggal dunia di Lanchang, Pahang kira-kira pukul 7.10 pagi Khamis. Berita kematian itu dimaklumkan oleh anaknya menerusi laman sosial Facebook. Allahyarham yang turut dikenali sebagai Ngah Kadir dipercayai meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan di Lanchang. Pak Jabit mula terkenal dalam beberapa filem komedi kebanyakannya arahan Mamat Khalid iaitu Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem lain antara Aliff Dalam 7 Dimensi. Nama Pak Jabit itu adalah salah satu wataknya dalam Zombi Kampung Pisang yang ditayangkan di pawagam pada 2007. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Rantau Panjang, Lanchang selepas solat Zohor pada hari Khamis bertarikh 7 September 2017.[1]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1981 Bintang Pujaan Wartawan
1982 Langit Petang Mat Ekor
2006 Man Laksa Che Man MC
2007 Zombi Kampung Pisang Pak Jabit
2010 Hantu Kak Limah Balik Rumah
2013 Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
2014 Zombie Kilang Biskut Abang J
2015 Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Pak Jabit
2016 Aliff Dalam 7 Dimensi Pak Zain
2020 Manap Karaoke Tok Imam Dikeluarkan secara anumerta

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1998 Rombongan Che Kiah Ke Sukan Komanwel ntv7
2001 Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys Cik Mankadir
2004 15 Puasa YB
2014 Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya Astro First Eksklusif
2017 16 Puasa AJKKK Kampung

RujukanSunting

Pautan luarSunting