Mandi bunga atau mandi sintok merupakan satu amalan mandian yang diamalkan secara meluas dalam kalangan masyarakat Melayu melibatkan campuran bunga-bungaan yang disimbahkan untuk memulih dan meningkatkan minda, semangat dan fizikal badan empunya yang dimandikan.[1] Amalan ini lazim untuk menaikan semangat seseorang yang akan menjalani ujian persilatan[2], memulih semangat seseorang yang mengalami kejutan, memulih dan menaik seri seseorang yang mencari jodoh.[3]

Persediaan sunting

Campuran bunga utama dalam permandian ini dipilih dari lebih dari satu jenis bunga:

Bahan tambahan lain seperti sintok dan daun limau purut turut ada diterapkan.[5]

Dari segi kajian moden sunting

Dari segi amalan perubatan moden, amalan mandi bunga tidak dianggap memberi sebarang perubahan fizikal, kecuali bagi menambah keyakinan diri (self esteem). Ia bertujuan menambah keyakinan seseorang dengan itu akan lebih yakin untuk melalui sebarang cabaran dari melalui ujian sehingga untuk bergaul dengan lebih mesra.

Sifat menyejukkan dan mewangikan dalam amalan ini juga berpotensi dimanfaatkan sebagai langkah mencegah dan merawat penyakit mental kerana perkaitannya dengan kebolehan merangsang deria bau dan penglihatan, meningkatkan daya peka sistem saraf serta mendorong tahap endorfin darah sambil mengurangkan kortisol yang menyebabkan stres.[6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ The message & the monsoon: Islamic art of Southeast Asia. the Islamic Arts Museum Malaysia. 2005.
  2. ^ Farrer, Douglas S. (2009). Shadows of the Prophet: Martial Arts and Sufi Mysticism. Springer Science & Business Media.
  3. ^ Asian cinema: a publication of the Asian Cinema Studies Society, Volumes 6-7
  4. ^ a b c d e f g h i j k l m Faridah Qamaruz Zaman, penyunting (2007). Mandian terapi herba. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia. ISBN 9789834148720.
  5. ^ a b c d e f g Siti Sofia Md Nasir (24 Mac 2018). "Mandi bunga selit elemen puja makhluk halus". Berita Harian. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  6. ^ Wan Husni Wan Abdullah; Mohammad Naqib Hamdan; Aminudin Hehsan; Zulkiflee Haron; Arieff Salleh Rosman; Mohd Nasir Ripin (2019). "Terapi Mandi Bunga Dalam Perubatan Melayu Untuk Penjagaan Kesihatan Mental". UMRAN. Universiti Teknologi Malaysia. 6 (2–2). doi:10.11113/umran2019.6n2-2.389.