Mandu (ladu)

(Dilencongkan dari Mandu)

Mandu adalah sejenis ladu dalam masakan Korea. Ia menyerupai pelmeni dan pierogi dalam budaya Slavik. Namanya mempunyai asal dengan ladu berisi daging di sepanjang Jalan Sutera di Asia Tengah, seperti manti Turkish dan manty Kazakh. Mantou cina juga asalnya ialah ladu berinti daging tetapi kini ia lebih merujuk kepada ban kukus tanpa inti.[1][2][3]

Mandu
JenisLadu
Tempat asalDinasti Goryeo
(kini Korea)
Bahan utamaDoh Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Mandu
Hangul만두
Hanja饅頭
Perumian Semakanmandu
McCune–Reischauermandu

Dalam masakan Korea, mandu sering dikaitkan dengan sejenis ladu yang serupa dengan buuz Mongolia dan mantı Turki, dan jenis-jenisnya mempunyai keserupaan dengan jiaozi Chna dan gyoza Jepun. Jika ladu dipanggang atau digoreng, ia dipanggil gunmandu (군만두); apabila dikukus, jjinmandu (찐만두); dan apabila direbus, mulmandu (물만두). [4]

Mandu lazimnya disaji dengan kimchi, dan sos pencicah yang diperbuat daripada sos soya, cuka dan cili. Ia sering diisi dengan inti dari daging kisar, tauhu, bawang hijau, bawang putih dan halia.[5]

Sejarah sunting

Mandu dipercayai mula dibawa ke Korea oleh orang Mongolia pada abad ke-14 semasa Dinasti Goryeo.[6] Agama rasmi Goryeo ketika itu ialah Buddhisme, yang tidak membenarkan pemakanan daging. Serangan Mongolia ke atas Goryeo menyebabkan larangan tersebut longgar, dan mandu antara makanan import baru yang terkandung daging.

Kebarangkalian lain ialah mandu datang ke Korea pada zaman awal lagi dari Timur Tengah melalui Jalan Sutera. Pakar sejarah menyatakan yang banyak masakan berasaskan gandung, seperti ladu dan mi berasal dari Mesopotamia dan lama kelamaan tersebar dari sana. Ia turut tersebar sepanjang Jalan Sutera, menyebabkan wujudnya pelbagai versi mandu di Asia Tengah dan Timur.[7]

Kepelbagaian sunting

  • Mulmandu (물만두), perkataan itu sendiri bermaksud "mandu air" kerana ia direbus.[8]
  • Gunmandu (군만두) ialah mandu goreng, terbit daripada guun-mandu 구운만두=>군만두 yang bermakna ladu "di kuali". Ia kadang kala dipanggil dengan nama Jepunnya, yakimandu. [9][10]
  • Jjinmandu (찐만두) dikukus, sama ada menggunakan pengukus buluh tradisional atau moden. [6]
  • Gullin mandu (굴린만두), atau dipanggil gulmandu iaitu sejenis mandu dalam bentuk bebola tanpa penutup. Ia selalu dimakan semasa musim panas.[11]
  • Wang mandu (왕만두), ialah roti ban berisi daging babi dan sayur, serupa dengan baozi versi Cina.
  • Pyeonsu (편수), mandu yang diintikan dengan sayur dalam bentuk petak. Ia dimakan semasa musim paas dan keisitimewaan Kaesong, Korea Utara.[12]
  • Eomandu (어만두), mandu dibungkus dengan hirisan filet ikan. Ia asalnya dimakan oleh keluarga diraja dan yangban (pembesar) Korea.[13]
  • Saengchi mandu (생치만두), mandu yang diinti dengan daging kuang bayas, lembu dan tauhu, dimakan oleh keluarga diraja Korea dan di kawasan Seoul semasa musim sejuk.[14]
  • Seognyu mandu (석류만두), secara harfiahnya "ladu buah delima" kerana bentuknya [15]
  • Somandu (소만두), mandu yang diinti dengan sayur semata-mata, yang asalnya dimakan di tokong-tokong Buddha.[16]
  • Gyuasang (규아상), mandu yang diinti dengan carikan timun dan daging lembu kisar dalam bentuk gamat. Ia dimakan semasa musim panas.[17][18]
  • Kimchi mandu (김치만두), intinya mengandungi kimchi. Penambahan kimchi memberikan rasa pedas yang lebih berbanding mandu yang lain.[19]

Makanan dibuat daripada mandu sunting

 
Manduguk

Manduguk ialah sejenis sup Korea (guk) dibuat dengan mandu dalam kuah rebusan lembu. Di istana diraja Korea, makanan ini dipanggil byeongsi () sementara di Eumsik dimibang, buku masakan abad ke-17, ia dipanggil "seokryutang" (석류탕).[20]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Anderson, E.N. (2005). Everyone Eats: Understanding Food and Culture. NYU Press. m/s. 294.
  2. ^ Millward, James (2013). The Silk Road: A Very Short Introduction. Oxford University Press. m/s. 76.
  3. ^ Davidson, Alan (2006). The Oxford Companion to Food. OUP Oxford. m/s. 480.
  4. ^ Favorite foods, Korean Tourism Organization
  5. ^ Goldberg, Lina "Asia's 10 greatest street food cities" CNN Go. 23 March 2012. Retrieved 2012-04-11
  6. ^ a b (Korea) Mandu at Doosan Encyclopedia
  7. ^ (Korea) Mandu Diarkibkan 2012-07-12 di archive.today, Hankook Ilbo, 2009-01-21
  8. ^ (Korea) Mulmandu recipe, Naver kitchen
  9. ^ (Korea) Gunmandu, Naver dictionary
  10. ^ (Korea) Yakimandu, Naver dictionary
  11. ^ (Korea) Gullin mandu at Encyclopedia of Korean Culture
  12. ^ (Korea) Pyeonsu Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
  13. ^ (Korea) Eomandu Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
  14. ^ (Korea) Saengchi mandu Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
  15. ^ (Korea) The three aesthetics of mandu, Lee Mi-jong (이미종), Yeoseong Chosun, 2008-02-14.
  16. ^ (Korea) Somandu Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
  17. ^ (Korea) Gyuasang Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
  18. ^ (Korea) Gyuasang at Doosan Encyclopedia
  19. ^ (Korea) Kimchi mandu at Doosan Encyclopedia
  20. ^ (Korea) Manduguk Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture

Pautan luar sunting