Manisnya Cinta ialah novel 2004 oleh penulis novel Malaysia, Anis Ayuni. Novel ini diterbitkan pada tahun 2004 oleh Alaf 21. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah filem yang ditayangkan pada 2014.[1][2]

Manisnya Cinta
Umum
PengarangAnis Ayuni
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitAlaf 21
Tarikh penerbitan
2004
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman480
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789675822001

Sinopsis sunting

Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana? Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah! Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya.

Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini? Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu? Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.

Keluaran dan legasi sunting

Manisnya Cinta telah diadaptasikan ke filem oleh Bernard Chauly dan ditayangkan pada 11 Disember 2014 dengan tajuk Manisnya Cinta Di Cappadoccia.[3] Filem ini merupakan kejayaan kritikal, menerima dua anugerah di Festival Filem Malaysia ke-27.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Anis Ayuni (2004). Manisnya Cinta. Alaf 21. ISBN 9831241541.
  2. ^ Manisnya Cinta by Anis Ayuni Goodreads. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  3. ^ Memorable moments working on 'Manisnya Cinta Di Cappadocia' The Star Online (10 Disember 2014). Dicapai pada 11 Disember 2014.
  4. ^ Ramlah Zainal (27 November 2014). Manisnya Cinta Di Cappadocia: Fazura sentuh emosi penonton Harian Metro. Dicapai pada 10 Mac 2015.