Katapel pesawat

(Dilencongkan dari Manjanik pesawat)

Katapel pesawat atau peluncur kapal terbang ialah sejenis alat yang digunakan untuk melancarkan pesawat dari kapal, paling biasa digunakan atas kapal pengangkut pesawat, sebagai satu bentuk sokongan pelepasan. Ia terdiri daripada trek yang dibina dalam geladak penerbangan, yang dibawahnya terdapat piston besar atau bolak-balik yang disangkutkan menerusi trek itu dengan gear muncung pesawat, atau dalam beberapa kes tali dawai, yang dipanggil tali kekang katapel, dipasang pada pesawat dan bolak-balik katapel. Cara yang berbeza telah digunakan untuk mendorong katapel, seperti berat dan derik, serbuk letupan, roda tenaga, tekanan udara, hidraulik, dan kuasa stim. Pihak U.S. Navy membangunkan penggunaan Sistem Pelancaran Pesawat Elektromagnetik dengan pembinaan kapal pengangkut pesawat kelas-Gerald R. Ford. Pesawat katapel mendarat seperti pesawat konvensional, kadangkala dengan bantuan gear penahan.

Pesawat Rafale bersiap untuk disambungkan dengan katapel di atas USS Harry S. Truman

Lihat juga sunting

Petikan sunting

Bibliografi sunting

  • London, Peter. British Flying Boats. Stoud, UK: Sutton Publishers Ltd., 2003. ISBN 0-7509-2695-3.
  • Werrell, Kenneth P. (1985), The Evolution of the Cruise Missile, Maxwell Air Force Base, Alabama: Air University Press.