Manoharan Malayalam

(Dilencongkan dari Manoharan A/L Malayalam)

Manoharan a/l Malayalam atau lebih dikenali sebagai M Manoharan (lahir 13 September 1961) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa India yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kota Alam Shah mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP). [1]

Tuan

M Manoharan
M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N48 Kota Alam Shah
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului oleh Ching Su Chen
Digantikan oleh Ganabatirau Veraman
Majoriti7,184
Butiran peribadi
Lahir (1961-09-13) 13 September 1961 (umur 62)
Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik DAP
PasanganS Pushpaneela
Anak-anak3 Hariharan Shivaranjini Ganendra
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Latar belakang sunting

Beliau berkahwin dengan S Pushpaneela dan mendapat 3 orang anak.

Kerjaya politik sunting

Penglibatan di dalam HINDRAF sunting

Beliau lebih masyhur disebabkan penglibatan beliau dengan pergerakan Hindraf, sebuah pertubuhan yang belum berdaftar di Malaysia bagi memperjuangkan nasib kaum India. Beliau merupakan seorang peguam handalan dan banyak memenangi kes-kes di Malaysia.

Penahanan ISA sunting

Pada 13 Disember 2007, beliau telah ditahan bersama beberapa pemimpin Hindraf yang lain kerana menganjurkan dan menyertai perhimpunan haram di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 25 November 2007 dan membuat kenyataan menghasut menentang kerajaan Malaysia. Akhirnya pada 13 Disember 2007, beliau ditahan di bawah ISA[2]

Dikatakan ramai pihak UMNO terutama pemimpin Melayu mendesak penganjur Hindraf ditangkap di bawah ISA kerana dirasakan oleh mencetuskan rusuhan antara kaum, dan mengangap tindakan menangkap dikira agak terlambat dilakukan.

Bertanding dalam pilihan raya sunting

M Manoharan telah mendaftarkan diri sebagai calon Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 26 Februari 2008 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor Kota Alam Shah. Ketika itu beliau masih lagi ditahan di bawah ISA oleh pihak berkuasa Malaysia kerana kesalahan mengadakan perhimpunan tanpa permit dari polis.

Dalam pilihan raya itu beliau tidak berkempen kecuali oleh para penyokongnya yang terdiri dari parti DAP, PKR dan PAS. Apabila keputusan pilihan raya diumumkan, beliau diistiharkan menang di kawasan Kota Alam Shah berikutan gelombang politik yang melanda Malaysia.

Beliau yang mewakili DAP menewaskan Ching Su Chen dari Barisan Nasional dengan majoriti 7,184 undi.

Angkat sumpah sunting

Pada 22 April 2008, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim mengumumkan bahawa M Manoharan akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Upacara angkat sumpah hendaklah dilakukan sebelum 6 bulan selepas sesuatu pilihan raya.

Pengalaman sejarah menunjukkan pada 1978, Speaker Parlimen Dewan Rakyat Malaysia Tun Syed Nasir Ismail pergi ke kem tahanan untuk mengadakan istiadat mengangkat sumpah dua bekas anggota Parlimen DAP yang ditahan ISA. Mereka ialah Chan Kok Kit - (Sungai Besi) dan Chian Heng Kai - (Batu Gajah).

Andainya angkat sumpah M.Manoharan tidak dibuat dalam tempoh 6 bulan, maka pilihan raya kecil Kota Alam Shah perlu diadakan. Kementerian Dalam Negeri terutamanya PDRM dan Jabatan Penjara Malaysia perlu memberi ruang dan peluang kepada beliau melakukan angkat sumpah kerana beliau telah dipilih oleh rakyat, walaupun rakyat tahu beliau masih berada di dalam tahanan.[3]

Tidak dibebaskan sunting

Pada 17 Februari 2009, Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur memutuskan M.Manoharan tidak dibebaskan dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).3 hakim iaitu Hakim Dato' Nik Hashim Nik Ab Rahman, Dato' Augustine Paul dan Dato' Zulkefli Ahmad Makinuddin menolak permohonan habeas corpus yang dikemukakan pada tahun 2008. Ini merupakan penolakan kali ke-2. Penolakan kali kedua pada 26 disember 2007. Rayuannya di Mahkamah Persekutuan ditolak pada 8 September 2008. 12 November 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan habeas corpus. Timbalan Pendakwaraya Najib Zakaria bertindak bagi pihak Menteri Dalam Negeri. Peguam A. Srimurugan bertindak sebagai peguam M.Manoharan.[4] Isterinya, S Pushpaneela terpaksa menjaga empat anak, menjaga firma guamannya dan kawasan pilihan raya. Pada April 2009, kemungkinan pilihan raya kecil akan diadakan berikutan masalah ini.[5]

Dibebas dari ISA sunting

Akhirnya pada 9 Mei 2009, beliau dibebaskan secara bersyarat bersama-sama pemimpin HINDRAF yang lain.[6] Pada 3 Oktober 2009, beliau dibebaskan sepenuhnya daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Kementerian Dalam Negeri membolehkan beliau pergi ke Tanzania untuk menghadiri Persidangan Persatuan Anggota Parlimen Komanwel (CPA)mulai 28 September hingga 6 Oktober.[7]

Saman terhadap kerajaan sunting

Pada 11 September 2009, sebagai penasihat HINDRAF, beliau menfailkan kerajaan yang dinamakannya iaitu ketua polis negara, peguam negara dan tiga yang lain, The Star, The New Straits Times dan Utusan Malaysia. Kemudian pada 3 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membenarkan permohonan kerajaan, ketua polis negara, peguam negara dan tiga yang lain, untuk membatalkan saman fitnah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), M Manoharan berhubung dakwaan yang mengaitkannya dengan pengganas.[8]

Tukar bendera sunting

Pada 23 September 2011, Keahlian M Manoharan digantung enam bulan oleh jawatankuasa disiplin DAP ekoran kenyataan biadapnya mahu menukar bendera Jalur Gemilang Malaysia dengan bendera lain. Pengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai mengumumkan keputusan itu di Kuala Lumpur hari.Pada 16 September 2011, Manoharan dalam Facebook mahu menukar Jalur Gemilang kerana rekabentuknya tidak menggambarkan Malaysia, tetapi lebih kepada BN.Timbalan Ketua Polis Negara ,Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengingatkan semua pihak agar jaga mulut. Bendera itu hasil pertandingan peringkat kebangsaan tapi jalur 14nya menyamai bendera Amerika Syarikat.

Menurut lapuran reuter pada 3 September melaporkan bahawa penembak sebenar adalah oleh anggota AMISOM dan anggota bantuan manusia dikenali ramai di Samolia.[9]. Sebaliknya Penang Daily pada 5Sep melaporkan bahwa punca jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor ditembak di Mogadishu kononnya kerana mengibarkan bendera Malaysia mirip AS. Ia turut mendakwa bahawa kumpulan-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah mendengar nama Malaysia. Sentimen anti AS sangat tinggi di sana. Amaran telah diberikan tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia.[10][11][12] Beliau telahpun memohon maaf dan memadam tulisannya di Facebook tapi ramai yang tidak puas hati dan membuat polis.

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Selangor: N48 Kota Alam Shah[13]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Majoriti
2008 M. Manoharan (DAP) 12,699 69.72% Ching Su Chen (Gerakan) 5,515 30.28% 7,184
Parlimen Malaysia : P106 Segambut, Wilayah Persekutuan[13]
Tahun Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts Majoriti
1999 M. Manoharan (DAP) 16,338 39.59% Tan Kee Kwong (Gerakan) 24,926 60.41% 8,588

Rujukan sunting

  1. ^ "Anak Karpal, tahanan ISA antara calon DAP Selangor", Utusan Online, 24 Februari 2008.
  2. ^ "Lima ditahan ISA -- *Pemimpin Hindraf gugat keselamatan awam *PM puas hati bukti polis", Utusan Online, 14 Disember 2007.
  3. ^ Angkat sumpah tahanan ISA sebagai Adun diatur secepat mungkin Diarkibkan 2008-04-25 di Wayback Machine, Berita Harian.
  4. ^ ISA: Mahkamah tolak pembebasan Adun Kota Alam Shah
  5. ^ Pilihanraya kecil di Selangor?
  6. ^ "Tiada siapa berhak beri kata dua – PM", Utusan Online, 19 Mei 2009.
  7. ^ "Manoharan dibebaskan sepenuhnya daripada ISA ", Utusan Online, 3 Oktober 2009.
  8. ^ "Mahkamah Tinggi batal saman fitnah Manoharan", Malaysiakini.com.3 Mac 2010
  9. ^ [http:// mobile.reuters.com/article/idUSTRE7820L020110903?irpc=932 Malaysian TV cameraman shot dead in Somali capital MOGADISHU | Sat Sep 3, 2011 4:10am EDT]
  10. ^ Pejuang Somalia keliru bendera Malaysia punca ditembak
  11. ^ Isu bendera: DAP gantung ADUN 6 bulan
  12. ^ Tukar Jalur Gemilang: Keahlian Manoharan Digantung Enam Bulan
  13. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 28 June 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)