Mansur Faqiryar

Pemain bola sepak

Mansur Faqiryar (lahir 3 Januari 1986 di Kabul, Afghanistan) merupakan pemain bola sepak Afghanistan yang bermain sebagai penjaga gol. Dia beraksi untuk VfB Oldenburg dalam Regionalliga Nord dan pasukan bola sepak kebangsaan Afghanistan.

Mansur Faqiryar
Maklumat peribadi
Nama penuh Mansur Faqiryar
Tarikh lahir (1986-01-03) 3 Januari 1986 (umur 38)
Tempat lahir Kabul, Afghanistan
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
VfB Oldenburg
Nombor 1
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2006 FC Union 60 Bremen
2006–2009 FC Oberneuland 44 (0)
2007–2008Goslarer SC (pinjam)
2009– VfB Oldenburg 101 (0)
Pasukan kebangsaan
2011– Afghanistan 17 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada Jun 07, 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga Jun 07, 2014

Karier kelab sunting

Pada tahun 2005 dia menyertai kelab amatur FC Union 60 Bremen. Dia bermain di sana selama satu musim sebelum berpindah ke FC Oberneuland pada tahun 2006. Semasa di kelab itu dia membuat 44 penampilan dalam liga dan 2 penampilan dalam DFB-Pokal.[1]

Pada tahun 2009 dia menyertai kelab Niedersachsenliga VfB Oldenburg.[2]

Karier antarabangsa sunting

Pada tahun 2011 dia membuat penampilan sulung untuk pasukan bola sepak kebangsaan Afghanistan,[3] ketika kemenangan 3-0 ke atas Bhutan.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting