Mantra ialah sebuah filem seram Malaysia 2010 arahan Azhari Zain yang telah ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 15 Julai 2010.[1] Filem yang dibintangi Zul Handy Black, Ana Dahlia, Hasnul Rahmat dan Hamdan Ramli ini menunjukkan kelemahan iman dalam hati menjerimuskan insan ke lembah kedurjanaan.

Mantra
PengarahAzhari Zain
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 15 Julai 2010 (2010-07-15) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 2.74 juta

Sinopsis sunting

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir (Zul Handy Black) dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat)demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir, Rindiani (Ana Dahlia). Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah (Ruzaidi Abdul Rahman) yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long Eizam (Hamdan Ramli), seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Pak Long telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

Parodi sunting

Mantra diadaptasi sebagai parodi dalam episod ke-13 siri drama Kisah yang Hilang.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Pengarah Filem Seram 'Mantra' Sahkan Dia Takut Hantu". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-19. Dicapai pada 17 Januari 2011 – melalui mstar.com.my.

Pautan luar sunting