Manuel Luis Quezon y Molina (19 Ogos 18781 Ogos 1944) ialah presiden pertama Komanwel Filipina. Di dalam negara Filipina, beliau dianggap sebagai Presiden kedua, selepas Emilio Aguinaldo (pentadbiran Aguinaldo tidak menerima pengiktirafan antarabangsa ketika itu dan tidak dianggap sebagai presiden Filipina yang pertama oleh Amerika Syarikat). Beliau merupakan seorang tokoh yang unggul kerana merupakan Presiden Senat pertama yang dipilih menjadi presiden, presiden pertama yang dipilih melalui pilihan raya umum, dan juga penjawat kini yang dipilih semula (untuk tempoh kedua yang separa, tetapi kemudian dilanjutkan melalui pindaan Perlembagaan 1935).

Manuel L. Quezon
Presiden Filipina ke-2
Presiden Komanwel Pertama
Dalam jawatan
15 November 1935 – 1 Ogos 1944 [1]
Naib PresidenSergio Osmeña
Didahului olehtiada
Digantikan olehSergio Osmeña
Butiran peribadi
Lahir19 Ogos 1878
Baler, Aurora
Meninggal dunia1 Ogos 1944
Tasik Saranac, New York, Amerika Syarikat
Parti politikCoalicion Nacionalista
PasanganAurora Aragon
Tandatangan


Kehidupan awal dan kerjaya sunting

Dilahir dan dibaptiskan di Baler, Provinsi Tayabas (kini di Provinsi Aurora), Quezon menerima pendidikan rendahnya daripada ibunya, seorang Mestizo-Sepanyol serta guru sekolah di tempat asal mereka, serta daripada guru-guru peribadi. Ayahnya yang merupakan seorang Mestizo-Cina dari Paco, Manila, adalah seorang Sarjan dalam Tentera Sepanyol. Quezon kemudian belajar di Colegio de San Juan de Letran, sebuah sekolah berasrama, dan tamat pendidikan menengahnya di sana.

Ketika berkhidmat sebagai adikung kepada Emilio Aguinaldo, Quezon bertempur bersama-sama dengan pejuang-pejuang kebangsaan dalam Perang Filipino-Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang Leftenan, dan kemudiannya menjadi Mejar di dalam sektor Bataan semasa pengunduran dan penyerahan kalah pada tahun 1901.

Selepas perang, Quezon menyertai kursus undang-undang di Universiti Santo Tomas dan lulus dalam peperiksaan dengan tempat keempat pada tahun 1903. Beliau bekerja sebentar waktu sebagai kerani dan juruukur, dan memasuki perkhidmatan awam sebagai fiskal lantikan di Mindoro dan kemudiannya di Tayabas.

Quezon kemudian menjadi seorang anggota Majlis Perbandaran dan sebagai calon bebas, dipilih menjadi gabenor Tayabas pada tahun 1906. Pada tahun 1907, beliau dipilih kepada Dewan Undangan Filipina yang pertama dan menjadi ketua majoriti serta pengerusi jawatankuasa penguntukan. Antara tahun 1909 dan 1916, Quezon berkhidmat sebagai salah satu daripada dua Pesuruhjaya Residen Filipina kepada Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan melobi untuk pelulusan Akta Autonomi Filipina, juga digelarkan Undang-undang Jones.

Manuel Quezon berkahwin dengan sepupunya, Aurora Aragón Quezón dan mendapat empat orang anak; María Aurora "Baby" Quezón (1919–1949), María Zeneida "Nini" Quezón-Avancena (born 1921), Luisa Corazón Paz "Nenita" Quezón (1923–1923) dan Manuel L. "Nonong" Quezón, Jr. (1926–1998).

Nota sunting

  1. ^ Dilantik untuk tempoh kedua pada 30 Disember 1941; tempoh itu dilanjutkan oleh Akta Kongres Amerika Syarikat pada 15 November 1943

Rujukan sunting

  • McArthur, Douglas (1964). Reminiscences.
  • Quezon, Manuel L. (1946). The Good Fight.
  • Perret, Geoffrey (1996). Old Soldiers Never Die: The Life of Douglas MacArthur.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Jawatan diasaskan
Presiden Senat Filipina
19161935
Diikuti oleh:
Gil Montilla
Didahului oleh
Emilio Aguinaldo
Presiden Filipina
19351944
Diikuti oleh:
José P. Laurel