Buka menu utama

Manuel Luis Pellegrini Ripamonti (Sebutan Sepanyol: [maˈnwel peleˈɣɾini]; lahir 16 September 1953) merupakan seorang pengurus bola sepak Chile dan bekas pemain bola sepak. Dia merupakan pengurus semasa kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United. Dia pernah mengurusi pasukan di Sepanyol, Argentina, Chile dan Ecuador. Dia juga merupakan seorang jurutera awam. Selepas bersara sebagai pemain, dia berpindah ke bahagian kejurulatihan di negara asalnya, Chile dan kemudiannya Argentina. Pellegrini telah memenangi liga kebangsaan di empat negara berbeza.

Manuel Pellegrini
Manuel Pellegrini(2).jpg
Pellegrini pada tahun 2009
Maklumat peribadi
Nama penuhManuel Luis Pellegrini Ripamonti
Tarikh lahir (1953-09-16) 16 September 1953 (umur 65)
Tempat lahirSantiago, Chile
Ketinggian1.84 m (6 ka 0 in)[1]
Posisi permainanPertahanan tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniWest Ham United (pengurus)
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1973–1986Universidad de Chile451(7)
Pasukan kebangsaan
1973–1986Chile28(1)
Pasukan diurus
1988–1989Universidad de Chile
1990–1992Palestino
1992–1993O'Higgins
1993–1995Universidad Católica
1998Palestino
1999–2000LDU Quito
2001–2002San Lorenzo
2002–2003River Plate
2004–2009Villarreal
2009–2010Real Madrid
2010–2013Málaga
2013–2016Manchester City
2016–2018Hebei China Fortune
2018–West Ham United
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Pellegrini berpindah ke Eropah pada tahun 2004 untuk mengambil alih jawatan pengurus di Villarreal, sebuah kelab berhampiran Valencia. Di bawah Pellegrini, Villarreal berjaya menduduki tempat ketiga La Liga pada musim 2004–05, layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2005–06 dan berjaya muncul naib juara La Liga pada musim 2007–08.

Rekod konsisten Pellegrini di Villarreal mendapat perhatian Real Madrid dan dia dilantik sebagai pengurus di sana pada tahun 2009. Dia berjaya mengumpulkan sebanyak 96 mata, satu rekod kelab sebelum dilepasi oleh José Mourinho pada musim 2011-12 tetapi gagal menjuarai liga selepas hanya ketinggalan tiga mata dibelakang Barcelona. Dia dikeluarkan selepas semusim dan kemudiannya menuduh polisi Galácticos di Real yang menghalangnya daripada membina satu pasukan yang seimbang.

Pellegrini kemudiannya mengambil alih peranan pengurus di Málaga pada bulan November 2010. Dia membawa Málaga ke tempat keempat liga dalam musim penuh pertamanya dan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah. Dia berjaya membawa mereka ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2012–13, menjadikan dia satu-satunya pengurus yang berjaya membawa dua pasukan berbeza ke peringkat suku akhir dalam musim pertama mereka dalam pertandingan itu. Pada 22 Mei 2013, Pellegrini mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan Málaga pada akhir musim 2012–13. Pada 14 Jun 2013, dia dilantik sebagai pengurus Manchester City dengan kontrak tiga tahun.[2] Pada 11 Mei 2014, bersama Manchester City, dia menjadi pengurus utama dari luar Eropah untuk memimpin pasukan memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Isi kandungan

Karier sebagai pemainSunting

Dilahirkan di Santiago, Chile kepada ibu-bapa berbangsa Itali, Pellegrini menghadiri Pontifical Catholic University of Chile di Santiago,[3] di mana dia menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam pada tahun 1979. Dia memulakan tahun formatifnya sebagai pemain bola sepak di divisyen belia Audax Italiano. Dia kemudiannya ke Club Universidad de Chile dan bermain secara profesional untuk mereka di posisi pertahanan. Dia bermain keseluruhan kariernya di kelab itu, membuat 451 penampilan dan menjaringkan tujuh gol dalam Divisyen 1 Chile, termasuk satu gol ketika menentang Colo-Colo, seteru utama Universidad de Chile.

Pada era 1970an, Club Universidad de Chile telah melalui salah satu tempoh paling sukar dalam sejarah, tidak memenangi Copa Chile sejak tahun 1969. Perkara itu berubah pada tahun 1979, apabila mereka berjaya memenangi trofi tersebut dan mendapat tempat di dalam Kejohanan Kelab Amerika Selatan, Copa Libertadores, pada tahun 1980, mengalahkan seteru utama, Colo-Colo dalam kedua-dua pertandingan.

Pellegrini mengambil keputusan untuk bersara sebagai pemain pada tahun 1984 selepas perlawanan menentang Cobreandino. Dia menjelaskan: "Kami bermain perlawanan Copa Chile menentang Cobreandino. Penjaga gol kami menolak percubaan pemain lawan, saya melompat untuk mengeluarkan bola, dan dari belakang datang seorang budak 17 tahun yang melompat satu meter setengah di atas saya, dan membuat jaringan. Pada hari itu, saya membuat keputusan yang saya tidak boleh terus bermain". Budak itu ialah Iván Zamorano, yang merupakan Pichichi La Liga pada musim 1994–95 bersama Real Madrid. Pellegrini mengaku: "Kalau saya tahu sejauh mana budak itu akan pergi, saya tidak akan bersara. Saya akan terus bermain untuk dua tahun lagi." [4]

Pellegrini mahu membantu projek-projek pembinaan semula di zon tengah Chile selepas Gempa bumi Algarrobo 1985 mengetahui bahawa pengalamannya sebagai seorang jurutera awam yang layak.

Karier sebagai pengurusSunting

Tahun-tahun awalSunting

Sebagai seorang pengurus, Pellegrini pernah mengurusi pasukan-pasukan di Sepanyol, Argentina dan Chile. Dia mula dengan melatih Universidad de Chile semasa musim 1988, tetapi meninggalkan pasukan itu pada pertengahan musim untuk mengambil kursus kejurulatihan di Eropah. Persembahan buruk pasukan menyaksikan penyingkiran mereka ke Divisyen 2, walaubagaimanapun pada tahun 1989, mereka memenangi kejuaraan Divisyen 2 dan kembali semula ke Divisyen 1 dimana mereka bermain sehingga sekarang.

Pada tahun 1990, Arturo Salah dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan Chile dan dia mengambil Pellegrini sebagai pembantu jurulatih dan pengurus pasukan bawah-20. Pada tahun 1990, Pellegrini dilantik sebagai pengurus Palestino, dimana dia berada sehingga tahun 1992. Kemudiannya, pada tahun 1992, dia mengambil alih sebagai pengurus O'Higgins untuk setahun, sebelum berpindah pada tahun 1993 untuk menjadi jurulatih Universidad Católica, salah satu kelab paling terkenal di Chile. Di sana, dia mengurusi pemain-pemain terkenal seperti Alberto Acosta dan Nestor Gorosito dan membawa pasukan itu kepada kejayaan memenangi Copa Interamericana pada tahun 1994 dan Copa Chile 1995. Walau bagaimanapun, dia hanya mampu muncul di tempat kedua kejuaraan Campeonato Nacional pada tahun 1994 dan 1995, sebuah pertandingan yang diuruskan oleh Persekutuan Bola Sepak Chile selari dengan Divisyen 1.

Pada tahun 1998, Pellegrini kembali semula ke Palestino sebelum dibeli oleh Liga Deportiva Universitaria de Quito. Dia membawa kelab Ecuador itu memenangi liga kebangsaan pada tahun 1999, memulakan tradisi jurulatih-juralith selepasnya kepada pasukan Ecuador itu. Pellegrini juga membawa kelab itu kepada aksi yang baik dalam Copa Libertadores, menarik perhatian pengurus-pengurus Amerika Selatan.

San LorenzoSunting

Pellegrini menyertai kelab Argentina, San Lorenzo de Almagro pada tahun 2001, menjadikannta salah seorang daripada dua bukan orang Argentina untuk mengurusi pasukan Buenos Aires itu, dan membawa mereka ke kejuaraan antarabangsa pertama mereka iaitu Copa Mercosur. Dia telah dicadangkan kepada kelab itu oleh ikon San Lorenzo, Nestor Gorosito, yang pernah bekerja bersama Pellegrini di Universidad Católica. Cadangan itu membuahkan hasil apabila Pellegrini membawa San Lorenzo memenangi Clausara Argentina 2000–01 dan Copa Mercosur, satu pertandingan Amerika Selatan yang setaraf Piala UEFA.

River PlateSunting

Pellegrini mengurusi kelab Argentina, River Plate dari tahun 2002 sehingga 2003 dan memenangi kejuaraan Clausura pada tahun 2003, di mana dia digunakan bakat Andrés D'Alessandro, salah seorang daripada ramai perancang Argentina yang disamakan dengan Diego Maradona. Penjualannya kepada Vfl Wolfsburg, membuktikan satu halangan yang sukar untuk Pellegrini untuk mengatasi dan pasukannya gagal untuk mempertahankan status mereka sebagai juara Argentina semasa Torneo Apertura 2003. Dia meletak jawatan selepas tamat kempen.

VillarrealSunting

Pellegrini mengambil alih peranan pengurus di Villarreal CF pada 1 Julai 2004. Dalam musim pertamanya di kelab itu, Villarreal layak ke Liga Juara-Juara Eropah selepas menduduki tempat ketiga liga dan layak ke suku akhir Piala UEFA. Pada musim berikutnya, Villarreal layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2005–06 sebelum tewas kepada Arsenal. Villarreal kemudiannya menduduki tempat ketujuh dalam La Liga pada tahun itu. Pada dua musim berikutnya menyaksikan Villarreal menduduki tempat kelima dan tempat kedua di dalam liga, yang merupakan satu pencapaian bersejarah untuk kelab. Pellegrini membawa El Submarino Amarillo ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah dimana mereka diundi menentang Arsenal sekali lagi semasa peringkat suku akhir, kalah 4–1 secara agregat.

Semasa akhir-akhir tahun 2007, Villarreal menawarkan Pellegrini kontrak lanjutan sehingga tahun 2011. Pada 31 Mei 2009, selepas perlawanan terakhir La Liga untuk Villarreal, Pellegrini berkata: "Tiada sesiapa dari Real Madrid yang bercakap dengan saya. Saya ada kontrak bersama Villarreal, kami menamatkan liga hari ini, dan esok kami akan pergi bercuti," selepas ditanya oleh media berkenaan khabar angin bahawa dia sedang berbincang dengan Madrid.[5] Pada 1 Jun 2009, seorang eksekutif Villarreal mengumumkan bahawa Pellegrini tidak akan terus bersama kelab itu. Eksekutif kelab Valencia itu mengatakan bahawa jika Real Madrid ingin menandatangani jurulatih Chile itu, mereka perlu membayar klausa penamatan Pellegrini sebanyak €4 juta.[6]

Real MadridSunting

 
Manuel Pellegrini bersama Real Madrid pada bulan Oktober 2009.

Pada 2 Jun 2009, Pellegrini dilantik sebagai pengurus Real Madrid, menandatangani kontrak dua tahun. Semasa dibentangkan di balkoni presiden Santiago Bernabéu, dia berkata, " Sukar untuk mengambarkan menerusi kata-kata kegembiraan dan kebanggaan yang dirasai kerana dipilih untuk mengarahkan kelab yang paling penting di dunia."[7] Dia menyertai Real Madrid sebagai pengurus pertama semasa tempoh kedua Florentino Pérez sebagai presiden Real Madrid. Selepas beberapa hari, Pellegrini membeli Kaká dari Milan, berkata, "Jika kita mahu memenangi Liga Juara-Juara dan menjadi pasukan terbaik di dunia, kita perlukan pemain-pemain terbaik di dunia."[8] Mereka kemudiannya membeli Cristiano Ronaldo dengan harga £80 juta dari Manchester United, Karim Benzema dari Olympique Lyonnais dengan harga £30 juta, dan Xabi Alonso dengan harga £30 juta dari Liverpool.

Pada bulan Julai 2009, Pellegrini bertanding dalam piala pertamanya sebagai pengurus, Peace Cup 2009. Kelab itu menamatkan pertandingan di peringkat separuh akhir, selepas disingkarkan Juventus dengan kekalahan 2–1. Pada 29 Ogos, Real Madrid menang 3–2 ke atas Deportivo La Coruña dalam perlawanan La Liga pertama Pellegrini sebagai pengurus.

Pada 27 Oktober 2009, kelab itu tersingkir daripada Copa del Rey semasa pusingan 16 terakhir oleh kelab Segunda División B, Alcorcón dengan kekalahan agregat 4–1. Akhbar harian Sepanyol Marca menamakan perlawanan ini "Alcorconazo" dab membuat ejekan merujuk kepada Pellegrini. Pada 10 Mac 2010, Madrid disingkirkan daripada Liga Juara-Juara Eropah oleh Lyon dalam peringkat 16 terakhir dengan agregat 2–1. Florentino Pérez mengeluarkan kata dua kepada Pellegrini selepas perlawanan ini, memberi amaran kepadanya dia akan dipecat jika tidak memenangi kejuaraan La Liga.[9] Real Madrid mencapai 96 mata dalam La Liga, mata tertinggi yang pernah dicapai oleh Real Madrid dalam La Liga (telah dilepasi pada musim 2011-12 dibawah José Mourinho), tetapi hanya muncul sebagai naib juara, mengakhiri liga dibelakang seteru utama, Barcelona, yang mempunyai 99 mata. Pada 26 Mei 2010, pengarah Real Madrid mengumumkan bahawa Pellegrini telah dipecat, dan akan digantikan oleh Mourinho, tetapi mereka akan mengekalkanya jika peluang untuk melantik Mourinho tidak tiba.[10]

Pellegrini kemudiannya mengambarkan kekecewaannya kerana tidak dapat membina pasukan di Real Madrid kerana polisi kontroversi kelab itu Galácticos: "Saya tidak mempunyai suara atau undi di Madrid. Mereka menandatangani pemain-pemain terbaik, tetapi bukan pemain-pemain terbaik yang diperlukan di posisi tertentu. Ianya tidak bagus mengadakan orkestra dengan 10 pemain gitar terbaik jika saya tidak mempunyai seorang pemain piano. Real Madrid mempunyai pemain-pemain gitar terbaik, tetapi jika saya meminta mereka untuk bermain piano mereka tidak akan dapat melakukannya dengan baik. Dia [Pérez] menjual pemain-pemain yang saya anggap penting. Kami tidak memenangi Liga Juara-Juara Eropah kerana kami tidak mempunyai skuad yang distruktur dengan betul untuk memenanginya."[11][12]

MálagaSunting

 
Manuel Pellegrini bersama Málaga CF pada tahun 2012.

Selepas dilepaskan oleh Real Madrid, pada 22 Julai 2010, Pellegrini menerima tawaran dari pasukan kebangsaan Mexico; Javier Aguirre meletak jawatan susulan kekalahan di peringkat 16 terakhir Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.[13] Pellegrini, walau bagaimanapun, menyertai kelab La Liga, Málaga dengan perjanjian tiga tahun, jurulatih mereka Jesualdo Ferreira telah dipecat. Pada 5 November, dia diumumkan secara rasmi sebagai jurulatih baru Málaga semasa sidang media bersama pemilik kelab Abdullah bin Nasser Al Thani,[14] dan memerhati dari tempat duduk ketika kekalahan 1–0 mereka kepada Espanyol pada hari berikutnya.[15] Pada 11 November 2010, dia membuat penampilan sulungnya sebagai jurulatih Málaga ketika menentang Hércules dan Berjaya mencipta kemenangan 3-2 dalam Copa del Rey di Stadium La Rosaleda , yang membawa mereka ke peringkat 16 terakhir selepas pasukan itu seri 0–0 dalam perlawanan pertama di Estadio José Rico Pérez dua minggu sebelum itu,[16]. Dia meneruskan kemenangan sebagai jurulatih baru Malaga dengan mengalahkan Levante 1–0 dalam penampilan sulung liga empat hari kemudian.[17] Pada musim itu Malaga hanya mampu menduduki tempat ke-11.

Selepas musim penuh pertamanya di Málaga, dia membawa mereka ke tempat keempat liga dengan rekod baru 58 mata. Di bawah bimbingannya, Málaga memasuki peringkat kelayakan Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali dalam sejarah kelab itu. Pada 10 Ogos 2012, Pellegrini menyatakan secara terbuka bahawa dia ingin kekal di kelab itu walaupun masalah kewangan yang melanda dan kehilangan pemain-pemain penting seperti Santi Cazorla dan José Salomón Rondón.[18]

Málaga berjaya melayakkan diri ke peringka seterusnya liga Juara-Juara, dimana mereka diundi menentang Milan, Zenit Saint Petersburg dan Anderlecht. Kelab itu melayakkan diri ke peringkat kalah mati dengan rekod tanpa kalah, menang tiga kali dan seri tiga kali dalam peringkat kumpulan. Málaga kemudiannya mengalahkan FC Porto 2–1 secara peringkat dalam peringkat 16 terakhir. Mereka disingkirkan oleh Borussia Dortmund selepas dua jaringan dalam masa tambahan menyebabkan mereka terlepas slot separuh akhir.[19]

Pada 22 Mei 2013, ketika majlis anugerah akhir musim Málaga, Pellegrini mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim dengan Málaga menduduki tempat keenam dan dikecualikan daripada bola sepak Eropah akibat Financial Fair Play.[20][21]

Manchester CitySunting

 
Manuel Pellegrini bersama trofi Liga Perdana ketika perarakan kemenangan, Mei 2014.

"Salah satu sebab saya di sini adalah cara kita bermain . Penyokong Manchester City akan menyaksikan corak permainan berbeza daripada apa yang mereka lihat tahun-tahun sebelum ini . Kami akan cuba menjadi pasukan yang menarik."

Pellegrini semasa sidang media pertamanya sebagai pengurus Manchester City pada bulan Julai 2013[22]

Pada 30 Mei 2013, Pellegrini menyatakan bahawa dia mempunyai perjanjian lisan untuk menjadi pengurus baru kelab Liga Perdana Inggeris , Manchester City.[23] Pada 14 Jun 2013, Manchester City mengesahkan pelantikan Pellegrini sebagai pengurus baru pasukan dengan kontrak tiga tahun.[24] Pellegrini dipetik berkata dia "gembira menerima peluang yang sangat menarik."[25] Apabila menyertai Manchester City, Pellegrini menjadi jurulatih kelima daripada luar Eropah untuk menjadi pengurus dalam Liga Perdana dan yang pertama dari Chile.[26]

Pellegrini pada mulanya membuat permulaan goyah dengan empat kekalahan liga sehingga akhir bulan November tetapi kemenangan besar ke atas Newcastle United, Manchester United dan Norwich City menunjukkan potensi pasukan itu. Selepas kekalahan keempat liga menentang Sunderland pada 10 November 2013, City berjaya mencatat 20 perlawanan tanpa kalah (dalam semua pertandingan) termasuk kemenangan 6–0 ke atas Tottenham Hostpur, kemenangan 3–2 di tempat lawan ke atas juara Eropah, Bayern Munich dan kemenangan 6–3 ke atas pendahulu liga, Arsenal.

Selepas tempoh Krismas yang sibuk, persembahan City tidak menunjukkan tanda-tanda semakin reda dan kemenangan 9–0 secara agregat ke atas West Ham United dalam separuh akhir Piala Liga (rekod pertandingan) dan kemenangan 5–1 ke atas Tottenham Hotspur di White Hart Lane mengekalkan purata tiga gol dalam satu perlawanan City. Daripada 20 perlawanan, mereka hanya mencatat dua seri ketika menentang Southampton dan Blackburn Rovers dalam Piala FA – kedua-duanya berakhir dengan keputusan 1–1. Sesetengah pasukan lawan secara terbuka menyatakan City sebagai pasukan terbaik di dunia dan percakapan tentang City memenangi trofi quadruple muncul dalam media.[27][28]

Pellegrini memenangi pengurus bulanan Liga Perdana untuk bulan Disember 2013 dan terus terang dipuji kerana gaya pengurusan corak serangan, sikap tenang dan pengurusan. Begitulah kekejaman Manchester City di depan gol dari semua sudut - hantaran rumit, hantaran silang, larian solo dan penyudah - The Daily Telegraph menyamakan corak City sebagai "kematian dengan geometri indah".[29]

Pada 18 Januari 2014, City melepasi 100 gol untuk musim itu dalam semua pertandingan hanya selepas 34 perlawanan – terpantas dalam era Liga Perdana mengalahkan rekod 2012-13 Chelsea dengan lapan perlawanan. Semasa akhir bulan Januari 2014, mereka telah menjaringkan 115 gol dalam semua pertandingan – gol terbanyak yang dijaringkan oleh mana-mana kelab di Eropah. Mengekalkan kadar jaringan seperti itu akan menyaksikan mereka melepasi rekod Liga Perdana Chelsea iaitu 103 gol dalam musim 2009–10, dan 143 gol dijaringkan oleh Manchester United pada era "Busby Babes" dalam musim 1957–58.[30]

Pada 2 Mac 2014, pasukan Manchester City Pellegrini mengalahkan Sunderland 3–1 di Stadium Wembley dalam perlawanan akhir Piala Liga 2014, memberikannya trofi utama pertamanya dalam bola sepak Eropah. Pada 11 Mei, Manchester City menjadi juara Liga Perdana selepas mengalahkan West Ham United 2–0 dengan gol dari Nasri dan Kompany di Stadium Bandaraya Manchester, menjadikan Pellegrini jurulatih pertama dari luar Eropah untuk memenangi trofi Liga Perdana.[31]

Pada 29 Oktober 2014, City dikalahkan 2–0 oleh Newcastle United dalam Piala Liga sekaligus gagal mempertahankan kejuaraan mereka.[32] Pada 24 Januari 2015, pasukan Pellegrini tersingkir daripada Piala FA selepas kekalahan 2–0 kepada pasukan Championship, Middlesbrough.[33]

Walaupun menjadi pendahulu bersama Liga Perdana menjelang tahun baru, Manchester City mengalami penurunan prestasi menyaksikan mereka hanya mencatat 18 mata daripada 36.[34][35] City juga disingkirkan daripada Liga Juara-Juara di peringkat 16 terakhir selepas kekalahan 3–1 secara agregat kepada Barcelona.[36]

Pada 7 Ogos 2015, Manchester City mengumumkan bahawa Pellegrini telah menandatangani kontrak lanjutan selama setahun yang akan mengekalkannya di Etihad sehingga bulan Jun 2016. Pada 1 Februari 2016, Manchester City mengesahkan Pellegrini akan meninggalkan kelab ini pada bulan Jun 2016 selepas kontraknya tamat dengan Pep Guardiola mengambil alih jawatan bermula musim 2016–17.

Hebei China FortuneSunting

Pada 27 Ogos 2016, Pellegrini dinamakan sebagai pengurus kelab Liga Super China, Hebei China Fortune, menggantikan Li Tie.[37]

West Ham UnitedSunting

Pada 22 Mei 2018, kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United melantik Pellegrini sebagai pengurus dengan kontrak perjanjian tiga tahun.

KejayaanSunting

PengurusSunting

Universidad Católica
LDU Quito
San Lorenzo
River Plate
Villarreal
Manchester City

IndividuSunting

  • Trofi Miguel Muñoz (1): 2007–08
  • Pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (4): Disember 2013, Januari 2014, Disember 2014, Ogos 2015
  • Majlis Daerah Málaga: Perisai Emas

Statistik pengurusanSunting

Pasukan Dari Ke Rekod
P M S K Menang %
Villarreal 1 Julai 2004 1 Jun 2009 &&&&&&&&&&&&0259.&&&&&0259 &&&&&&&&&&&&0123.&&&&&0123 &&&&&&&&&&&&&072.&&&&&072 &&&&&&&&&&&&&064.&&&&&064 &&&&&&&&&&&&&047.50000047.5
Real Madrid 1 Jun 2009 26 Mei 2010 &&&&&&&&&&&&&048.&&&&&048 &&&&&&&&&&&&&036.&&&&&036 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&075.&&&&&075.0
Málaga 5 November 2010 14 Jun 2013 &&&&&&&&&&&&0129.&&&&&0129 &&&&&&&&&&&&&053.&&&&&053 &&&&&&&&&&&&&030.&&&&&030 &&&&&&&&&&&&&046.&&&&&046 &&&&&&&&&&&&&041.10000041.1
Manchester City 14 Jun 2013 30 Jun 2016 &&&&&&&&&&&&0167.&&&&&0167 &&&&&&&&&&&&0100.&&&&&0100 &&&&&&&&&&&&&028.&&&&&028 &&&&&&&&&&&&&039.&&&&&039 &&&&&&&&&&&&&059.90000059.9
Hebei China Fortune 27 Ogos 2016 19 Mei 2018 &&&&&&&&&&&&&052.&&&&&052 &&&&&&&&&&&&&022.&&&&&022 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018 &&&&&&&&&&&&&042.30000042.3
West Ham United 22 Mei 2018 sekarang &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 !
Jumlah &&&&&&&&&&&&0655.&&&&&0655 &&&&&&&&&&&&0334.&&&&&0334 &&&&&&&&&&&&0147.&&&&&0147 &&&&&&&&&&&&0174.&&&&&0174 &&&&&&&&&&&&&051.&&&&&051.0

RujukanSunting

  1. ^ "Manuel Pellegrini". Goal.com. Dicapai 30 Disember 2014. 
  2. ^ Hunter, Andy (14 Jun 2013). "Manuel Pellegrini confirmed as Manchester City manager". The Guardian. London. 
  3. ^ "Pellegrini no para: Ahora es elegido ex alumno distinguido de la PUC". Emol.com. 17 Jun 2009. Dicapai 15 Disember 2013. 
  4. ^ Pellegrini, el hombre al que retiró Zamorano futbol.as.com, 1 Jun 2009
  5. ^ "Pellegrini denies Madrid talks". USA Today. 30 Mei 2009. Dicapai 12 Mei 2010. 
  6. ^ "Pellegrini neuer Real-Coach" (dalam bahasa Jerman). Kurier. 1 Jun 2009. Diarkibkan daripada asal pada 3 Jun 2009. Dicapai 12 Januari 2014. 
  7. ^ "Real Madrid appoint Manuel Pellegrini as head coach". Sofia Echo. 2 Jun 2009. Dicapai 2 Jun 2009. 
  8. ^ "Real appoint Pellegrini as coach". BBC Sport. 1 Jun 2009. Dicapai 2 Jun 2009. 
  9. ^ Lowe, Sid (10 Mac 2010). "Manuel Pellegrini's nightmare becomes Real as Madrid begin blame game". The Guardian. London. Dicapai 11 Mac 2010. 
  10. ^ "Real Madrid clear the way for Jose Mourinho". BBC Sport. 26 Mei 2010. Dicapai 17 Jun 2010. 
  11. ^ "Manuel Pellegrini is proving to Real Madrid he is one of the world's top coaches". goal.com. 21 November 2012. Dicapai 11 Mei 2013. 
  12. ^ Liew, Jonathan (18 April 2013). "Chelsea's veteran stars had better beware, Manuel Pellegrini is a man who likes to build teams his way". The Daily Telegraph. London. Dicapai 11 Mei 2013. 
  13. ^ "Former Real Madrid Coach Manuel Pellegrini Has Mexico Offer". goal.com. Goal. 26 May 2010. Dicapai 5 February 2011. 
  14. ^ "Manuel Pellegrini agrees to coach Malaga in La Liga coup". espn.com. ESPN. Dicapai 5 November 2010. 
  15. ^ Elkington, Mark (6 November 2010). "Soccer-Malaga lose to Espanyol with Pellegrini looking on". Reuters. Dicapai 12 January 2014. 
  16. ^ "Pellegrini leads Malaga to dramatic debut win". Four Four Two. 11 November 2010. Dicapai 12 January 2014. 
  17. ^ "Malaga edge tight affair". ESPN Soccernet. 14 November 2010. Dicapai 12 January 2014. 
  18. ^ "Pellegrini pledges future to Malaga". ESPN Soccernet. 10 August 2012. Dicapai 30 November 2012. 
  19. ^ "Malaga owner blames racism for Champions League exit". BBC Sport. 9 April 2013. Dicapai 12 May 2013. 
  20. ^ "CFCB adjudicatory chamber decisions". UEFA.org. Dicapai 15 December 2013. 
  21. ^ "Man City target Manuel Pellegrini announces he will leave Malaga". BBC Sport. 22 May 2013. 
  22. ^ Chowdhury, Saj (10 July 2013). "Manchester City: Manuel Pellegrini 'not concerned' about title pressure". BBC Sport. Dicapai 30 January 2014. 
  23. ^ "Manchester City have verbal agreement with me, says Manuel Pellegrini". The Guardian. London. 29 May 2013. Dicapai 30 May 2013. 
  24. ^ "Manuel Pellegrini appointed Manchester City manager". Mcfc.co.uk. Dicapai 15 December 2013. 
  25. ^ "Manchester City appoint Chilean as manager". BBC Sport. 17 June 2013. Dicapai 18 June 2013. 
  26. ^ Hudd, Maria (14 May 2013). "Manuel Pellegrini set to become fourth South American to manage in the Premier League". The Independent. London. Dicapai 28 July 2013. 
  27. ^ "Man City best in world, says Tottenham boss Tim Sherwood". BBC Sport. 30 January 2014. Dicapai 30 January 2014. 
  28. ^ "Man City 5-0 Blackburn: Gary Bowyer hails 'best in world'". BBC Sport. 16 January 2014. Dicapai 30 January 2014. 
  29. ^ Hayward, Paul (29 January 2014). "Jose Mourinho's is right - Manchester City have a duty to win title". The Daily Telegraph. London. Dicapai 30 January 2014. 
  30. ^ "Premier League review: Man City landmark and did Suarez dive?". BBC Sport. 19 Januari 2014. Dicapai 30 Januari 2014. 
  31. ^ "Man City 2-0 West Ham". BBC Sport. 
  32. ^ "Manchester City 0 – 2 Newcastle United". BBC Sport. 29 October 2014. Dicapai 10 April 2015. 
  33. ^ "Manchester City 0 – 2 Middlesbrough". BBC Sport. 24 Januari 2015. Dicapai 10 April 2015. 
  34. ^ "Manuel Pellegrini: Man City's ageing squad an issue as pressure builds". Sky Sports. 9 April 2015. Dicapai 10 April 2015. 
  35. ^ McNulty, Phil (7 April 2015). "Manuel Pellgrini: Manchester City's manager under pressure". BBC Sport. Dicapai 10 April 2015. 
  36. ^ "Barcelona get past City despite Hart heroics". uefa.com. 18 Mac 2015. Dicapai 10 April 2015. 
  37. ^ "Manuel Pellegrini: Ex-Manchester City manager joins Hebei China Fortune". BBC. 27 Ogos 2016. Dicapai 28 Ogos 2016. 

Pautan luarSunting

Templat:Trofi Miguel Muñoz