Orang Mapuche merupakan sebuah kaum peribumi dari kawasan Chile selatan tengah dan Argentina barat daya, termasuklah kawasan Patagonia. Istilah "Mapuche" memaksudkan keetnikan yang terdiri daripada pelbagai suku yang berkongsi sama struktur sosial, keagamaan dan ekonomi di samping warisan bahasa sepunya sebagai penutur bahasa Mapudungun. Pengaruh mereka pernah terbentang dari Sungai Aconcagua ke Kepulauan Chiloé dan kemudian merebak ke arah timur hingga kawasan pampas Argentina. Kini suku-suku Mapuche merupakan lebih 80% daripada jumlah penduduk pribumi Chile, dan sekitar 9% daripada keseluruhan penduduk Chile. Mereka tertumpu sekali di Araucanía. Ramai yang telah berhijrah ke kawasan Santiago untuk mencari rezeki.

Mapuche
Wanita Mapuche berpakaian istiadat
digambarkan di Argentina, 1924
Kawasan ramai penduduk
Chile, Argentina
Chile1,508,722 (2012)[1]
 Argentina205,009 (2010)[2]
Bahasa
Mapudungun, Sepanyol
Agama
Kristian (Katolik dan Evangelis) disesuaikan dengan kepercayaan asli
Kumpulan etnik berkaitan
Picunche, Huilliche, Chileans, Benei Sión

Gelaran Mapuche mencakupi suku Picunche (orang utara), Huilliche (orang selatan) dan Moluche atau Nguluche dari Araucanía. Ekonomi tradisional Mapuche berasaskan pertanian. Susun atur sosial tradisional terdiri daripada keluarga-keluarga besar di bawah pimpinan lonko atau ketua kampung. Sewaktu perang, mereka berhimpun ramai-ramai dan memilih seorang toki ("pembawa kapak") untuk memimpin mereka. Mereka terkenal dengan hasil tekstil tenunan kaum perempuan yang dijadikan barang dagangan berabad-abad lagi sebelum kedatangan orang Eropah.

Ketika kedatangan orang Sepanyol, suku Mapuche Araucanía menduduki kawasan lembah di antara sungai Itata dan Toltén. Di selatan sekali, suku Huilliche dan Cunco tinggal di tempat sejauh Kepulauan Chiloé. Pada abad ke-17 hingga ke-19, suku-suku Mapuche berhijrah ke arah timur hingga kawasan Andes dan pampas lalu menjalinkan hubungan dengan suku Poya dan Pehuenche. Pada masa yang sama, suku-suku pampas seperti Puelche, Ranquel dan Aonikenk utara bertemu dengan suku-suku Mapuche. Suku Tehuelche memeluk bahasa Mapuche dan sedikit budaya Mapuche dalam proses "araukanisasi".

Penjajah Sepanyol di Amerika Selatan dahulu menggelar suku Mapuche dengan istilah araucanos. Kini istilah ini dianggap menghina oleh sesetengah pihak. Istilah ini barangkali datangnya daripada nama tempat rag ko (Arauco dalam bahasa Sepanyol) yang bermaksud "air liat".[3][4]

Sesetengah orang Mapuche bergaul dengan orang Sepanyol ketika zaman penjajahan, maka keturunannya membentuk sebahgian besar golongan mestizo (campuran) di Chile. Akan tetapi masyarakat Mapuche di Araucanía dan Patagonia kekal merdeka sehingga negara Chile menduduki Araucanía sementara Argentina menakluki gurun pada akhir abad ke-19. Semenjak itu kaum Mapuches menjadi taklukan, kemudian menjadi warga negara masing-masing. Kini ramai orang Mapuche terlibat dalam perebutan tanah dan perjuangan hak pribumi di Argentina dan Chile.

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "2012 census". Censo.cl. Dicapai pada 2013-09-25.
  2. ^ "Censo Nacional de Población, Hogares y Viviendas 2010: Resultados definitivos: Serie B No 2: Tomo 1" (PDF) (dalam bahasa Spanish). INDEC. m/s. 281. Dicapai pada 5 December 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ http://www.serindigena.cl/territorios/recursos/biblioteca/monografias/lenguas/monografia_lenguas_mapuche2.htm Mapuche o Araucano (Sepanyol)
  4. ^ Antecedentes históricos del pueblo araucano (Sepanyol)