Mari Alkatiri

(Dilencongkan dari Marí Alkatiri)

Dr Mari Bin Amude Alkatiri (lahir 26 November 1949; umur 74 tahun) ialah Perdana Menteri pertama Timor Leste. Dia meletakkan jawatan pada 26 Jun 2006 berikutan dengan krisis politik di negara berkenaan.[1]

Mari Alkatiri
Perdana Menteri Timor Leste 1
Dalam jawatan
19 Mei 2002 – 26 Jun 2006
Didahului olehNicolau dos Reis Lobato
Digantikan olehJosé Ramos Horta
Butiran peribadi
Lahir (1949-11-26) 26 November 1949 (umur 74)
Dili
Parti politikFRETILIN

Alkatiri dilahirkan di Dili, Timor Leste dan mempunyai 10 orang adik-beradik. Dia meninggalkan Timor Leste pada tahun 1970 untuk menyambung pelajarannya di Angola.

Sebelum memasuki arena politik, Alkatiri ialah seorang pemantau di Angola dan tinggal dalam buangan di sana dan Mozambique semasa pendudukan Indonesia. Dia juga mempelajari bidang undang-undang di Universiti Eduardo Mondlane, Maputo, Mozambique. Alkatiri pernah menjadi Penasihat Kanan Undang-undang disebuah syarikat swasta di Maputo di antara tahun 1992 sehingga tahun 1998.

Dia adalah berbangsa Arab Yaman dan seorang Muslim.[2]

Pada bulan Mei 2006, kerajaan beliau menghadapi keadaan yang menghampiri Perang Saudara apabila hampir separuh daripada anggota pasukan keselamatan memberontak disamping demonstrasi di ibu negara Timor Leste, Dili. Pada 21 Jun 2006, Presiden Xanana Gusmão meminta supaya Alkatiri supaya meletakkan jawatan atau beliau akan meletak jawatan.[3] Ahli-ahli kanan FRETILIN telah mengadakan perjumpaan pada 25 Jun untuk berbincang masa depan Alkatiri sebagai Perdana Menteri, disamping protes rakyat supaya Alkatiri meletakkan jawatan berbanding Gusmao.[4] Parti bersetuju untuk mengekalkan Alkatiri sebagai Perdana Menteri; Menteri Luar, José Ramos Horta meletakkan jawatan serta-merta selepas keputusan ini diumumkan.[5] Pada hari yang sama Ketua Polis Timor Leste Paulo Martins menggesa supaya Alkatiri ditahan kerana konspirasi untuk membunuh pesaing politiknya.[6]

Alkatiri meletakkan jawatan pada 26 Jun, 2006.

Rujukan sunting

  1. ^ Agence France-Presse (2006). East Timor PM quits. Didapati Jun 26, 2006.
  2. ^ [1]
  3. ^ ABC News Online (2006). Perletakkan jawatan Alkatiri akan melemahkan kerajaan. Didapati Jun 25, 2006.
  4. ^ Reuters (2006). East Timor ruling party meets to debate PM's future Diarkibkan 2006-07-05 di Wayback Machine. Retrieved June 25, 2006.
  5. ^ Associated Press (2006). Alkatiri kekal sebagai PM. Didapati Jun 25, 2006.
  6. ^ Murdoch, Lindsay (26 Jun 2006). "PM Timor Leste meletakkan jawatan". The Age. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting

Didahului oleh
Nicolau dos Reis Lobato
Perdana Menteri Timor Leste
2002–2006
Diikuti oleh:
José Ramos Horta