Marah-Marah Sayang
Marah-Marah Sayang merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1987. Filem Marah-Marah Sayang diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Marah Marah Sayang | |
---|---|
Pengarah | Johari Ibrahim |
Penerbit | Nik Mohd Fadzil Dato' Nik Hassan |
Penulis | Osman Abadi |
Dibintangi oleh | Ebby Saiful, Norlida Ahmad, Shah Rezza, Isma Aliff, Liza Abdullah, Suhaina Yahya |
Disunting oleh | Johari Ibrahim Mariam Ibrahim |
Mula ditayangkan | 1987 |
Tempoh tayangan | 1 jam 45 minit |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Marah-Marah Sayang mula ditayangkan pada 1987 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Ebby Saiful, Norlida Ahmad, Shah Rezza, Isma Aliff, Liza Abdullah, Suhaina Yahya dan ramai lagi.
PengarahSunting
Filem Marah-Marah Sayang diarah oleh pengarah Johari Ibrahim pada 1987.
RingkasanSunting
Rostam, Roslan dan Rosdin dibuang kerja kerana terlalu leka dengan muzik. Mereka masing-masing jatuh cinta dengan Salina, Sarina dan Satina, tetapi gadis-gadis itu menolak cinta mereka. Rostam, Roslan dan Rosdin tidak pernah putus asa walaupun Salina, Sarina dan Satina melakukan pelbagai cara untuk menolak cinta mereka. Akhirnya tiga pasangan itu berkahwin dengan syarat-syarat tertentu. Tetapi setelah berkahwin Rostam, Roslan dan Rosdin telah melanggar semua syarat berkenaan dan akibatnya rumahtangga mereka porak peranda.
PelakonSunting
- Ebby Saiful sebagai Roslan
- Norlida Ahmad sebagai Sarina
- Shah Rezza sebagai Rosdin
- Liza Abdullah sebagai Satina
- Isma Aliff sebagai Rostam
- Suhaina Yahya sebagai Salina
- Norlia Ramli sebagai Tukang Masak
- A.R. Ayappan sebagai Tukang Masak
- Aida Salma sebagai Marina
- Melanie Carl sebagai Riska
- Kasmadiana sebagai Vika
- Sahar Amin sebagai Kamal
- S. Ismail sebagai Jamal
- Halil Rahman sebagai Murad
Lagu Lagu OSTSunting
- Sekuntum Bunga Berduri dinyanyikan oleh Liza Abdullah, Suhaina Yahya dan Norlida Ahmad·
- Marah Marah Sayang dinyanyikan oleh Isma Aliff, Ebby Saiful, Shah Rezza, Liza Abdullah, Suhaina Yahya dan Norlida Ahmad.
- Ku Tetap Mengenangmu dinyanyikan oleh Isma Aliff, Ebby Saiful dan Shah Rezza.
- Buka Pintu dinyanyikan oleh Isma Aliff, Ebby Saiful dan Shah Rezza.
- Nasi Goreng dinyanyikan oleh Isma Aliff
- "Sejak Di Saat Itu" dinyanyikan oleh Isma Aliff, Ebby Saiful dan Shah Rezza.
- "Marah Marah Sayang (Versi Gitar)" dinyanyikan oleh Liza Abdullah
PencapaianSunting
Lihat jugaSunting
Pautan luarSunting
- Marah-Marah Sayang di Sinema Malaysia
- Marah-Marah Sayang di Filem Kita