Marc-André ter Stegen

Marc-André ter Stegen (Sebutan bahasa Jerman: [ˌmaʁk ʔanˈdʁeː teːɐ̯ ˈsteːɡn̩; - ʔãˈd-];[4] lahir 30 April 1992) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab FC Barcelona dan pasukan kebangsaan Jerman di posisi penjaga gol.[5][6][7]

Marc-André ter Stegen
Ter Stegen bermain untuk Barcelona pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Marc-André ter Stegen[1]
Tarikh lahir (1992-04-30) 30 April 1992 (umur 31)[2]
Tempat lahir Mönchengladbach, Jerman
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)[3]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Barcelona
Nombor 1
Kerjaya remaja
1996–2010 Borussia Mönchengladbach
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2011 Borussia Mönchengladbach II 18 (0)
2011–2014 Borussia Mönchengladbach 108 (0)
2014– Barcelona 262 (0)
Pasukan kebangsaan
2007–2008 Jerman B16 7 (0)
2008–2009 Jerman B17 16 (0)
2009–2010 Jerman B18 8 (0)
2010–2011 Jerman B19 5 (0)
2012– Jerman B21 9 (0)
2012– Jerman 36 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023 (UTC)

Selepas empat musim di Bundesliga bersama Borussia Mönchengladbach, membuat 108 penampilan liga, dia menyertai Barcelona dengan harga € 12 juta pada tahun 2014. Dia memenangi treble pada musim pertamanya di Sepanyol, bermain untuk Barcelona di Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara UEFA.

Ter Stegen mewakili Jerman di beberapa peringkat belia dan membuat debut antarabangsa seniornya pada tahun 2012. Dia adalah sebahagian daripada pasukan Jerman yang mara ke separuh akhir UEFA Euro 2016 dan memenangi Piala Konfederasi FIFA 2017, dan juga merupakan ahli Jerman pasukan yang mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2018.

Kerjaya kelab sunting

Borussia Mönchengladbach sunting

Ter Stegen memulakan kerjayanya di kelab Borussia Mönchengladbach. Pada separuh pertama musim 2010-11, beliau menjadi bintang pasukan kedua kelab. Pada 14 Februari 2011, Lucien Favre menggantikan Michael Frontzeck sebagai tempat pengurus kelab untuk meningkatkan prestasi kelab selepas hanya mengutip 16 mata apabila tinggal 22 hari sahaja lagi sebelum akhir musim.

Penjaga gol pertama kelab, Logan Bailly memaperkan aksi baik apabila pasukannya menang ke atas Werder Bremen. Favre kemudian menurunkan ter Stegen pada 10 April 2011 untuk perlawanan menentang 1. FC Köln. Pemain muda Jerman itu tidak menyedihkan pengurusnya dan digunakan sehingga perlawanan baki musim. Beliau membuat empat perlawanan "clean sheet" sehingga Mönchengladbach selamat daripada zon penyingkiran.

Ter Stegen menjadi penjaga gol pertama apabila Bailly dipinjam ke kelab Switzerland, Neuchâtel Xamax dan menyarung jersi nombor 1 daripada jersi 21.

Pada perpindahan musim panas 2011-12, FC Bayern Munich berjaya mengikat Manuel Neuer dari FC Schalke 04. Neuer membuat debut menentang Mönchengladbach di Allianz Arena dan ter Stegen diturunkan untuk menghadapi pasukan gergasi Jerman itu. Malangnya, perlawanan debut Neuer menjadi malang apabila Bayern tewas 1-0 kepada pasukan ter Stegen.

Selepas Marco Reus berpindah ke Borussia Dortmund dan Dante ke Bayern Munich, ter Stegen menjadi bintang Mönchengladbach musim 2012-13. Pada Februari 2013, ter Stegen dilaporkan telah melakukan rundingan dengan FC Barcelona. Perundingan itu telah ditolak oleh ter Stegen sendiri.

Selepas dikaitkan perpindahan ke Barça, Ter Stegen kekal berada di Mönchengladbach untuk musim 2013-14. Pada 6 Januari 2014, beliau menolak tawaran kontrak baru daripada kelab. Pada perlawanan terakhirnya iaitu perlawanan kemenangan 3-1 ke atas Mainz 05 pada 5 Mei, ter Stegen mengucapkan selamat tinggal kepada Borussia Mönchengladbach.

Barcelona sunting

Pada 19 Mei 2014, ter Stegen diumumkan sebagai penjaga gol baru kelab FC Barcelona selepas permegian Víctor Valdés dan José Manuel Pinto. Pada 22 Mei 2014, beliau menandatangani kontrak lima tahun yang menetapkan beliau di kelab gergasi Sepanyol itu sehingga Jun 2019. Bayaran perpindahan itu sebanyak 12 juta euro dan klausa bayaran telah disetkan sehingga 80 juta euro.

Pengurus Barcelona, Luis Enrique menetapkan bahawa Claudio Bravo beraksi di perlawanan liga manakala ter Stegen menjadi pilihan pertama penjaga gol yang bermain untuk Barca di Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara Eropah. Beliau membuat debut pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang APOEL pada 17 September, Barca menang 1-0. Beliau juga membantu Barcelona menjuarai Piala Raja Sepanyol pada musim pertamanya selepas menewaskan Athletic Bilbao, 3-1. Seminggu kemudian, beliau bermain pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus, 3-1 di Berlin. Walau bagaimanapun, beliau tidak bermain pada kempen kejuaraan liga mereka.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Ter Stegen bersama Jerman pada 2012

Pada tahun 2009, beliau mengambil bahagian dalam skuad Jerman yang menjuarai Kejohanan Bawah-17 Eropah.

Ter Stegen telah termasuk dalam senarai utama skuad UEFA Euro 2012 oleh pengurus Joachim Löw. Beliau membuat debut pada 26 Mei 2012 pada perlawanan persahabatan menentang Switzerland dan malangnya pasukannya tewas memalukan 5-3. Pada 15 Ogos, beliau berjaya menyelamatkan tendangan penalti oleh Lionel Messi pada perlawanan menentang Argentina selepas Ron-Robert Zieler dibuang padang. Malangnya, Jerman tewas 1-3 kepada Argentina. Beliau termasuk dalam skuad Jerman pada satu jelajah ke Amerika Syarikat pada pertengahan 2013. Pada 2 Jun, beliau gagal mengawal bola selepas hantaran "backpass" oleh Benedikt Höwedes yang menyebabkan gol sendiri dan menyaksikan Jerman tewas 4-3 kepada Amerika Syarikat. Dalam tiga persembahannya untuk Jerman, beliau tidak pernah memenangi sebarang perlawanan. "Clean sheet" pertama beliau hadir pada 13 Mei 2014 pada perlawanan persahabatan menentang Poland dengan menggantikan Zieler pada waktu rehat. Keputusan terikat seri tanpa jaringan.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 16 Mei 2021 [8]
Penampilan dan jaringan mengikut kelab, musim dan pertandingan
Kelab Musim Liga Piala[a] Eropah Lain-lain Jumlah
Bahagian Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Borussia Mönchengladbach 2010–11 Bundesliga 6 0 0 0 2[b] 0 8 0
2011–12 Bundesliga 34 0 5 0 39 0
2012–13 Bundesliga 34 0 2 0 9[c] 0 45 0
2013–14 Bundesliga 34 0 1 0 35 0
Jumlah 108 0 8 0 9 0 2 0 127 0
Barcelona 2014–15 La Liga 0 0 8 0 13[d] 0 21 0
2015–16 La Liga 7 0 7 0 10[d] 0 2[e] 0 26 0
2016–17 La Liga 36 0 1 0 9[d] 0 0 0 46 0
2017–18 La Liga 37 0 0 0 9[d] 0 2[f] 0 48 0
2018–19 La Liga 35 0 2 0 11[d] 0 1[f] 0 49 0
2019–20 La Liga 36 0 2 0 8[d] 0 0 0 46 0
2020–21 La Liga 31 0 4 0 5[d] 0 2[f] 0 42 0
Jumlah 182 0 24 0 65 0 7 0 278 0
Jumlah kerjaya 290 0 32 0 74 0 9 0 405 0
  1. ^ Termasuk DFB-Pokal, Copa del Rey
  2. ^ Penampilan di play-off penyingkiran Bundesliga
  3. ^ Dua penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, tujuh penampilan di Liga Europa UEFA
  4. ^ a b c d e f g Penampilan di Liga Juara-Jaura UEFA
  5. ^ Satu penampilan di Piala Super Sepanyol, satu di Piala Super UEFA
  6. ^ a b c Penampilan di Piala Super Sepanyol

Antarabangsa sunting

Sehingga 31 Mac 2021 [9][10]
Penampilan dan jaringan mengikut pasukan kebangsaan dan tahun
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
Jerman
2012 2 0
2013 1 0
2014 1 0
2016 4 0
2017 10 0
2018 3 0
2019 3 0
2021 1 0
Jumlah 25 0

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Barcelona

Antarabangsa sunting

Germany B17

Catatan sunting

  1. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of Players: Germany" (PDF). FIFA. 15 Julai 2018. m/s. 12. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Jun 2019.
  2. ^ "Marc-André ter Stegen: Overview". ESPN. Dicapai pada 29 Jun 2020.
  3. ^ "Marc-André ter Stegen". FC Barcelona. Dicapai pada 29 Jun 2020.
  4. ^ "Ter Stegen kommt nach Hause" (dalam bahasa Jerman). 26 September 2016. Dicapai pada 16 Mac 2018 – melalui YouTube.
  5. ^ "Analyzing ter Stegen – The best of the German goalkeeper". grup14.com. 18 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2017. Dicapai pada 18 Jun 2015.
  6. ^ "Ter Stegen, following in Neuer's footsteps". Marca. Spain. 23 Januari 2014. Dicapai pada 23 Julai 2015.
  7. ^ "Barcelona celeberate [sic] ter Stegen as "the new Manuel Neuer"". Deutscher Fußball-Bund. 22 Januari 2015. Dicapai pada 23 Julai 2015.
  8. ^ "Marc-André ter Stegen". ESPN. Dicapai pada 29 April 2018.
  9. ^ "Marc-André ter Stegen". EU-Football.info. Dicapai pada 20 Februari 2018.
  10. ^ (Inggeris) Profil ter Stegen, Marc-André di National-Football-Teams.com

Pautan luar sunting