Buka menu utama

Marcha Real (Mac Diraja) adalah lagu kebangsaan Sepanyol. Ia merupakan satu daripada beberapa lagu kebangsaan yang tidak mempunyai lirik rasmi.

Marcha Real adalah lagu yang agak tua di Eropah. Asal-usulnya tidak diketahui. Ia telah disebut di dalam dokumen "Libro de Ordenanza de los toques militares de la Infantería Española", sebuah buku panduan meniup trompet untuk membunyikan isyarat-isyarat (bugle calls) karangan Manuel de Espinosa. Dalam buku ini, lagu Marcha Real diberi nama 'Marcha Granadera' (Muzik Perbarisan Granadiers) tetapi tidak pula diberitahu siapa yang menggubahnya.

Pada tahun 1770, Raja Carlos II menitahkan bahawa lagu 'Marcha Granadera' didendangkan di upacara-upacara awam dan istiadat. Lama-kelamaan rakyat Sepanyol menganggap lagu tersebut sebagai lagu kebangsaan mereka dan menggelarnya Marcha Real atau Muzik Diraja kerana ia sering diperdengarkan apabila Raja atau ahli keluarganya hadir.

Pada pemerintahan Republik Sepanyol Kedua (1931-1939), lagu Himno de Riego telah menggantikan lagu Marcha Real yang dianggap mengagungkan sistem diraja. Namun Franciso Franco mengembalikan Marcha Real setelah berakhirnya Perang Saudara Sepanyol (1936-1939).

Pautan luarSunting