Marco Benassi

pemain bola sepak Itali

Marco Benassi (lahir 8 September 1994) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Fiorentina.

Marco Benassi
Benassi bersama Torino pada 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Marco Benassi
Tarikh lahir (1994-09-08) 8 September 1994 (umur 29)
Tempat lahir Modena, Itali
Ketinggian 1.84 m (6 ka ​ 38 in)
Posisi permainan Midfielder
Maklumat kelab
Kelab terkini
Fiorentina
Nombor 24
Kerjaya remaja
2007–2011 Modena
2011–2012 Internazionale
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2014 Internazionale 6 (0)
2013–2014Livorno (pinjam) 20 (2)
2014–2017 Torino 85 (11)
2017– Fiorentina 83 (13)
Pasukan kebangsaan
2011–2012 Itali B18 8 (1)
2012–2013 Itali B19 13 (1)
2013–2017 Itali B21 27 (6)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Februari 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Jun 2017

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Benassi memulakan kariernya bersama kelab di kampung halamannya, Modena. Pada Januari 2011, Benassi telah menyertai Internazionale melalui rundingan sementara. Selepas menghabiskan masa selama setengah musim bersama pasukan bawah-17 Inter, beliau telah dibawa masuk secara tetap ke Inter melalui pemilikan bersama dengan jumlah 180,000 euro.[1] Benassi merupakan anggota pasukan bawah-18 dan bawah-19 Inter bagi musim 2011-12 yang menjuarai liga Primavera dan gelaran Eropah, NextGen Series. Beliau juga beraksi untuk pasukan bawah-18 pada pusingan play-off liga dengan memenangi liga Berretti.

Benassi telah terpilih untuk menyertai kem latihan musim panas oleh bekas jurulatihnya ketika bersama pasukan bawah-19, Andrea Stramaccioni yang memenangi kejohanan Trofi TIM pada pra-musim. Beliau juga dimasukkan ke dalam skuad utama Inter yang menghadapi kejohanan Liga Europa UEFA 2012–13 kerana UEFA menetapkan empat orang pemain kelab perlu berasal dari akademi kelab sendiri.[2] Pada Oktober 2012, beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun.[3]

Benassi melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior pada 22 November 2012 pada aksi menentang kelab Rusia, Rubin Kazan dengan beraksi sebagai barisan kesebelasan utama pasukan. Pada 12 Januari 2013, beliau melakukan penampilan pertamanya di Serie A ketika pasukannya meraih kemenangan 2-0 ke atas Pescara. Pada 21 Februari 2013, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Inter semasa menentang CFR Cluj.

Dipinjam ke Livorno sunting

Pada 9 Julai 2013, beliau telah berpindah ke Livorno secara pinjaman dan melakukan penampilan sulungnya pada 17 Ogos ketika menewaskan Siena 1-0 pada kejohanan Coppa Italia. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Livorno di Serie A pada 26 Januari 2014 ketika menentang Sassuolo sebelum menghasilkan jaringan gol keduanya pada musim ini pada 16 Mac semasa menentang Bologna.

Torino sunting

Pada 1 Julai 2014, Benassi secara rasminya diumumkan berpindah ke Torino di bawah rundingan pemilikan bersama yang sebahagian daripada rundingan perpindahan Danilo D'Ambrosio ke Inter pada Januari.[4][5][6][7] Benassi melakukan penampilan sulungnya untuk Granata dengan beraksi sebagai pemain gantian pada pusingan ketiga kejohanan Liga Europa menundukkan kelab Sweden, Brommapojkarna 3-0.[8] Pada 18 Januari 2015, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Torino semasa menentang Cesena. Beliau menjaringkan gol sekali lagi pada 8 Mac selepas beliau beraksi sebagai pemain gantian menggantikan Alessandro Gazzi ketika menentang Udinese. Beliau kembali menjaringkan gol semula pada hari terakhir musim menewaskan Cesena 5–0.

Pada 25 Jun 2015, apabila tempoh pemilikan bersama telah berakhir, Torino memperoleh sebahagian lain daripada kontrak Benassi yang berjumlah tambahan sebanyak 3.3 juta euro[9] selepas memenangi lelongan yang mengalahkan tawaran 2.9 juta yang dibuat oleh Nerazzurri.[10][11] Pada permulaan musim keduanya di Torino, Benassi menukarkan nombor jersinya dari 94 kepada 15. Ketika pasukannya mengatasi Palermo pada 27 September 2015, Benassi menghasilkan jaringan gol voli cantik yang mengingatkan jaringan klasik Marco van Basten pada perlawanan akhir Euro 1988.[12][13][14] Pada 7 Februari 2016, beliau membuka akaun jaringannya pada aksi menentang Chievo Verona.[15] Beliau menamatkan musim itu dengan beraksi dalam 32 perlawanan dan menjaringkan tiga gol.

Beliau menjaringkan gol sulungnya pada musim 2016–17 semasa Torino menundukkan Fiorentina 2-1 pada 2 Oktober 2016. Pada perlawanan itu juga, beliau memakai lilitan kapten pasukan buat pertama kali dalam kariernya.[16]

Fiorentina sunting

Pada 9 Ogos 2017, Fiorentina telah mengumumkan bahawa Benassi dibawa masuk ke kelab itu dengan menandatangani kontrak selama lima tahun.[17]

Kerjaya antarabangsa sunting

Benassi beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-19 2013.[18] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 pada 14 Ogos 2013 ketika di bawah kendalian Luigi Di Biagio untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Slovakia. Dari 10 hingga 12 Mac 2014, beliau telah dipanggil untuk menyertai pasukan senior oleh ketua jurulatih Cesare Prandelli sebagai usaha untuk menilai pemain-pemain muda bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia 2014.[19]

Beliau telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 yang berlangsung di Republik Czech. Beliau telah menjaringkan dua gol pada aksi terakhir peringkat kumpulan menentang England.[20] Benassi seterusnya mula memakai lilitan kapten pasukan bawah-21 Itali.

Pada Mei 2016, beliau telah dipanggil untuk menyertai pasukan senior oleh jurulatih Antonio Conte sebagai persediaan menghadapi kejohanan UEFA Euro 2016. Beliau telah dimasukkan ke dalam senarai sementara 30 orang pemain yang bakal layak mengambil bahagian dalam kejohanan itu.[21] Pada 31 Mei, beliau telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada tiga orang pemain simpanan untuk skuad senior yang bertanding ke Euro 2016.[22] Pada 7 Oktober, beliau telah dipanggil sekali lagi tetapi kali ini oleh jurulatih Gian Piero Ventura untuk menggantikan Riccardo Montolivo yang tercedera bagi menghadapi kejohanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Macedonia.[23]

Pada Jun 2017, beliau telah terpilih ke dalam pasukan bawah-21 yang layak ke Kejohanan Eropah 2017 oleh pengurus Di Biagio.[24] Itali telah disingkirkan oleh Sepanyol pada peringkat separuh akhir pada 27 Jun berikutan kekalahan 3-1.[25]

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 8 Februari 2020[26]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Internazionale 2012–13 6 0 3 0 4[a] 1 13 1
  Livorno 2013–14 20 2 1 0 21 2
  Torino 2014–15 25 3 0 0 11[a] 0 36 3
2015–16 32 3 1 1 33 4
2016–17 28 5 1 0 29 5
Jumlah 85 11 2 1 11 0 98 12
  Fiorentina 2017–18 35 5 2 0 37 5
2018–19 32 7 4 2 36 9
2019–20 16 1 4 2 20 3
Jumlah 83 13 10 4 93 17
Jumlah kerjaya 194 26 16 5 15 1 225 32
  1. ^ a b Penampilan di Liga Europa UEFA

Pencapaian sunting

Internazionale

Catatan sunting

  1. ^ FC Internazionale Milano SpA Report and Accounts on 30 June 2012 (dalam bahasa Itali)
  2. ^ "Europa League, group stage: Inter's squad list". www.inter.it. FC Internazionale Milano. 3 September 2012. Dicapai pada 24 November 2012.
  3. ^ "Marco Benassi re-signs with Inter until 2017". www.inter.it. FC Internazionale Milano. 23 October 2012. Dicapai pada 24 November 2012.
  4. ^ "D'Ambrosio-Inter ok, al Toro soldi e Benassi". Tuttosport (dalam bahasa Italian). 28 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2015. Dicapai pada 3 November 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "UFFICIALE – Benassi è un nuovo giocatore del Torino". torinogranata.it (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 1 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Official: Benassi to Torino". football-italia.net. Dicapai pada 1 July 2014.
  7. ^ "Benassi al Toro". torinofc.it (dalam bahasa Italian). Torino Football Club. 1 July 2014. Dicapai pada 1 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "BROMMAPOJKARNA VS. TORINO 0 – 3". soccerway.com. Dicapai pada 2 August 2014.
  9. ^ Torino F.C. S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2015, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  10. ^ "Torino, Inter superata alle buste: Benassi ora è tutto granata".
  11. ^ "CO-OWNERSHIP SETTLEMENTS". Inter.it. Dicapai pada 25 June 2015.
  12. ^ Webb, Tom. "Marco Benassi Scores Stunning Van Basten-Esque Volley for Torino".
  13. ^ "Benassi si inventa un gol alla Van Basten e fa impazzire il popolo granata – IL BUZZ". 27 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-20. Dicapai pada 2020-06-23.
  14. ^ "Benassi: "Il gol alla Van Basten? Non ho capito ancora cosa ho fatto..."".
  15. ^ FIORE, STEFANO. "Serie A, Birsa rilancia il Chievo: crisi Torino – Sportmediaset". Sportmediaset.it.
  16. ^ "Torino vs. Fiorentina – 2 October 2016 – Soccerway". int.soccerway.com.
  17. ^ "Fiorentina announced Benassi acquisition". it.violachannel.tv.
  18. ^ http://www.uefa.com/under19/season=2013/teams/player=250053173/index.html Diarkibkan 2012-12-17 di Wayback Machine
  19. ^ "STAGE A ROMA DAL 10 AL 12 MARZO: SONO 31 I CONVOCATI DI PRANDELLI". figc.it (dalam bahasa Italian). Federazione Italiana Giuoco Calcio. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-26. Dicapai pada 12 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ "Under-21 2015 - England-Italy – UEFA.com". uefa.com. Dicapai pada 25 June 2015.
  21. ^ "Benassi e Zappacosta, coro pro-Ventura: "Sarebbe ottimo ct" – Sportmediaset". Sportmediaset.it.
  22. ^ "Rugani in Azzurri reserves". Football Italia. 31 May 2016. Dicapai pada 31 May 2016.
  23. ^ "Montolivo lascia il ritiro, arriva Benassi – Calcio – RaiSport".
  24. ^ "U21: Italy squad for Euros named". Football Italia. 6 June 2017. Dicapai pada 16 June 2017.
  25. ^ James Horncastle (28 June 2017). "Italy fall to familiar foe Spain at U21 Euros but there is hope for the future". ESPN FC. Dicapai pada 24 October 2017.
  26. ^ Biodata Marco Benassi di Soccerway

Pautan luar sunting

  • FIGC (dalam bahasa Itali)