Marco Melandri (lahir 7 Ogos 1982 di Ravenna Itali) ialah pelumba MotoGP yang kini berlumba untuk pasukan kilang Ducati Marlboro. Melandri juga merupakan bekas Johan Dunia 250cc pada tahun 2002. Beliau kini tinggal dua batu dari Donington Park, balapan yang termasyhur di Derbyshire, England.

Marco Melandri

Melandri (left)
Nama samaran Macio
Kewarganegaraan Itali Itali
Tarikh lahir (1982-08-07) 7 Ogos 1982 (umur 41)
Tempat lahir    Ravenna, Itali
Rekod MotoGP
Kejuaraan Dunia 250cc - 2002
Perlumbaan 215
Kemenangan 22
Podium 62
Petak pertama 9
Pusingan terpantas 16
Mata kejuaraan 2096
Kedudukan 2015 NC (0 mata)

Kerjaya sunting

Masa awal sunting

Dilahirkan di Ravenna, Marco Melandri diperkenalkan kepada sukan perlumbaan oleh bekas pelumba, Loris Reggiani, ketika hanya berumur enam tahun. Beliau bermula dengan minimotor, motocross (MX) dan kemudiannya kejohanan 125cc Eropah.

Pada tahun1997, Melandri memenangi kejohanan 125cc Itali, dan juga tempat ke-4 dalam kejohanan 125cc Eropah. Di samping itu, beliau juga muncul buat pertama kali dalam kejohanan dunia 125cc di Brno, Republik Czech sebagai pelumba yang tidak melayakkan diri melalui peraturan biasa.

125cc (1998-1999) sunting

Selepas menarik perhatian dalam kejohanan Itali dan Eropah pada tahun 1997, Melandri akhirnya diberi peluang untuk bersaing dalam kejohanan dunia 125cc sebagai pelumba tetap. Beliau menunggang motosikal 125cc Honda bersama-sama Pasukan Benetton Honda.

Melandri kemudian menarik perhatian banyak orang apabila beliau memperoleh podiumnya yang pertama dalam perlumbaan keempat untuk musim tersebut, dengan kemenangan tempat kedua dalam Grand Prix di tempat asalnya, Mugello, Itali. Musim kemunculan buat pertama kalinya itu yang cemerlang berterusan apabila beliau memenangi grand prixnya yang pertama di Assen TT, Belanda. Ketika itu, Melandri hanya berumur 15 tahun dan 324 hari dan oleh itu, menyebabkannya menjadi pemenang Grand Prix yang paling muda. Pada keseluruhannya, beliau memenangi dua Grand Prix pada musim kemunculan buat pertama kalinya dan dengan pencapaian itu, memenangi tempat ketiga pada keseluruhannya selepas johan Kazuto Sakata dan naib johan Tomomi Manako dalam musim tersebut.

Melandir menggunakan motosikal yang sama dan masih berkekalan dalam pasukannya pada tahun 1999 apabila beliau mencuba memenangi kejohanan dunia 125cc. Walaupun beliau memenangi lima Grand Prix, beliau gagal menjadi johan dan mendapat tempat kedua selepas Emilio Alzamora dengan perbezaan hanya satu mata antara mereka. Sungguhpun demikian, kegagalan tersebut tidak menghalang kebangkitannya dalam kejohanan dunia 250cc pada tahun 2000.

MotoGP (2003-kini) sunting

Selepas memenangi gelaran dunia 250cc pada tahun 2002, Melandri beralih ke kelas MotoGP pada tahun 2003 untuk memimpin pasukan kilang Yamaha bersama-sama dengan Carlos Checa. Malangya, beliau patah kaki selepas suatu kemalangan yang teruk dalam perlumbaan pertama, dan dengan susah payah berusaha untuk mencapai kejayaan bagi tempoh musim yang tinggal. Beliau mencapai kedudukan ke-15 tanpa mendapatkan sebarang podium.

Pada tahun 2004, Melandri menyertai pasukan satelit Yamaha dan dengan itu, sekali lagi bersama-sama dengan Carlos Checa. Pada musim ini, beliau juga berusaha dengan susah payah untuk mendapat keputusan yang baik. Beliau dapat mengumpulkan dua podium berturut-turut, akan tetapi satu siri perlanggaran dan penarikan diri menghalangnya daripada mendapatkan 10 tempat teratas pada keseluruhannya. Melandri mendapat tempat ke-12 pada musim itu.

Dilepaskan daripada kontrak Yamaha selepas musim 2004, Melandri menjadi pilihan yang tidak disangka kepada Fausto Gresini untuk menyertai Sete Gibernau dalam pasukan Movistar Honda bagi kempen MotoGP 2005. Bagi kempen tersebut, Melandri mencapai kejayaan yang luar biasa dengan pasukan Movistar Honda, dengan pencapaian penghabisan podium yang tekal pada awal musim. Akhirnya, beliau mendapatkan dua kemenangannya yang pertama pada dua perlumbaan terakhir untuk mendapatkan tempat kedua dalam kejohanan 2005. Dengan berbuat demikian, Melandri menjadi pelumba Honda yang pertama untuk memenangi dua perlumbaan berturut-berturut, iaitu pusing ke-16 dalam Kejohanan MotoGP di Istanbul, Turki, dan perlumbaan terakhir (pusingan ke-17) di Valencia, sejak hampir dua tahun. Walaupun beliau tidak dapat berlawan dengan Valentino Rossi, kawan karibnya, untuk gelaran tersebut, beliau menghabiskan musim itu dengan dua kemenangan dan lima podium tambahan untuk menjadi naib johan.

Melandri berlumba untuk Fortuna Honda, pasukan Gresini, bersama-sama dengan Toni Elías pada musim 2006. Dengan Rossi bersusah payah untuk mencapai ketekalan, Melandri merupakan pencabar utama, bersama-sama dengan Loris Capirossi daripada pasukan Ducati dan pelumba-pelumba Honda, Nicky Hayden dan Dani Pedrosa. Melandri menang sekali lagi di Istanbul, walaupun beliau bermula dari tempat ke-14 di dalam grid. Beliau mencapai kemenangan lagi di Le Mans, Perancis, dan Pulau Phillip, Australia, lalu menamatkan musim itu dalam kedudukan keempat, hanya satu mata kurang daripada Capirossi.

Pada tahun 2007, Melandri dan Elias berkekalan dalam pasukan Honda Gresini yang kini ditaja oleh Hannspree. Malangnya, mesin 800cc Honda tidak berupaya bersaing. Melandri mencapai kedudukan ketiga dalam perlumbaan di Laguna Seca, dan kedudukan keenam pada keseluruhannya, dengan pemerolehan satu podium tambahan di Le Mans. Selepas sepuluh perlumbaan itu, pelumba Dani Pedrosa menjadi satu-satunya pelumba Honda yang mendahuluinya dari segi kedudukan. Kedua-dua mereka itu merupakan satu-satunya pelumba Honda yang mencapai berbilang podium.

Sebaik sahaja selepas Melandri memenangi tempat ketiga dalam pusingan MotoGP Amerika Syarikat 2007, Ducati mengumumkan bahawa Melandri akan menyertai pasukan kilang bersama-sama Casey Stoner untuk perlumbaan tahun 2008 dan 2009.[1]

Ringkasan kerjaya sunting

  • 1996: Ke-13 dalam Piala Honda 125cc dengan Honda
  • 1997: Ke-1 dalam Kejohanan Itali dengan Honda, Ke-1 dalam Piala Honda 125cc dengan Honda, Ke-4 dalam Kejohanan 125cc Eropah dengan Honda
  • 1998: Ke-3 dalam Kejohanan Dunia 125cc dengan Benetton Matteoni (Honda)
  • 1999: Ke-2 dalam Kejohanan Dunia 125cc dengan Benetton Playlife (Honda)
  • 2000: Ke-5 dalam Kejohanan Dunia 250cc dengan Pasukan Blu Aprilia (Aprilia)
  • 2001: Ke-3 dalam Kejohanan Dunia 250cc dengan Pasukan Perlumbaan MS Aprilia (Aprilia)
  • 2002: Ke-1 dalam Kejohanan Dunia 250cc dengan Pasukan Perlumbaan MS Aprilia (Aprilia)
  • 2003: Ke-15 dalam Kejohanan Dunia MotoGP dengan Pasukan Fortuna Yamaha (Yamaha)
  • 2004: Ke-12 dalam MotoGP Kejohanan Dunia MotoGP dengan Fortuna Gauloises Tech 3 (Yamaha)
  • 2005: Ke-2 dalam MotoGP Kejohanan Dunia MotoGP dengan MoviStar Honda MotoGP (Honda)
  • 2006: Ke-4 dalam MotoGP Kejohanan Dunia MotoGP dengan Fortuna Honda (Honda)
  • 2007: Ke-5 dalam MotoGP Kejohanan Dunia MotoGP dengan Honda Gresini (Honda)
Tahun Kelas Pasukan Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 WRC Mata
1997 125 cc Honda Honda MAL JPN SPA ITA AUT FRA NED SMR GER BRA GBR CZE
17
CAT IND AUS - 0
1998 125 cc Honda JPN
10
MAL
Ret
SPA
10
ITA
2
FRA
2
MAD
2
NED
1
GBR
4
GER
13
CZE
1
SMR
2
CAT
8
AUS
3
ARG
2
3rd 202
1999 125 cc Honda MAL
Inj
JPN
Inj
SPA
Ret
FRA
6
ITA
2
CAT
3
NED
8
GBR
5
GER
1
CZE
1
SMR
1
VAL
Ret
AUS
1
SAF
3
BRA
2
ARG
1
2nd 226
2000 250 cc Aprilia SAF
13
MAL
5
JPN
5
SPA
6
FRA
4
ITA
4
CAT
6
NED
Ret
GBR
Ret
GER
Ret
CZE
4
POR
3
VAL
3
BRA
3
PAC
3
AUS
5
5th 159
2001 250 cc Aprilia JPN
6
SAF
2
SPA
3
FRA
3
ITA
3
CAT
Ret
NED
6
GBR
3
GER
1
CZE
2
POR
2
VAL
Ret
PAC
Ret
AUS
Inj
MAL
11
BRA
2
3rd 194
2002 250 cc Aprilia JPN
Ret
SAF
1
SPA
Ret
FRA
2
ITA
1
CAT
1
NED
1
GBR
1
GER
1
CZE
1
POR
2
BRA
4
PAC
2
MAL
Ret
AUS
1
VAL
1
1st 298
2003 MotoGP Yamaha JPN
Inj
SAF
Inj
SPA
17
FRA
15
ITA
11
CAT
13
NED
Ret
GBR
Ret
GER
Ret
CZE
10
POR
7
BRA
11
PAC
5
MAL
9
AUS
Ret
VAL
Inj
    15th 45
2004 MotoGP Yamaha SAF
11
SPA
Ret
FRA
6
ITA
9
CAT
3
NED
3
BRA
13
GER
Ret
GBR
Inj
CZE
9
POR
Ret
JPN
5
QAT
Ret
MAL
Ret
AUS
Ret
VAL
Ret
    12th 75
2005 MotoGP Honda SPA
3
POR
4
CHN
3
FRA
4
ITA
4
CAT
3
NED
2
USA
Ret
GBR
Ret
GER
7
CZE
6
JPN
Ret
MAL
5
QAT
2
AUS
4
TUR
1
VAL
1
  2nd 220
2006 MotoGP Honda SPA
5
QAT
7
TUR
1
CHN
7
FRA
1
ITA
6
CAT
Ret
NED
7
GBR
3
GER
2
USA
3
CZE
5
MAL
9
AUS
1
JPN
3
POR
8
VAL
5
  4th 228
2007 MotoGP Honda Honda RC212V QAT
5
SPA
8
CHN
5
TUR
5
FRA
2
ITA
9
CAT
9
GBR
10
NED
10
GER
6
USA
3
CZE
Inj
SMR
4
POR
5
JPN
5
AUS
10
MAL
2
VAL
4
5th 187
2008 MotoGP Ducati Marlboro Ducati Desmosedici GP 8 QAT
-
SPA
-
POR
-
CHN
-
FRA
-
ITA
-
CAT
-
GBR
-
NED
-
GER
-
USA
-
CZE
-
SMR
-
IND
-
JPN
-
AUS
-
MAL
-
VAL
-
- -

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Didahului oleh
Daijiro Kato
Johan Dunia Motosikal 250cc
2002
Diikuti oleh:
Manuel Poggiali