Marco Reus (lahir 31 Mei 1989) merupakan pemain bola sepak profesional Jerman yang kini beraksi untuk Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan Jerman. Reus boleh bermain di posisi pemain tengah menyerang, sayap dan juga penyerang.[3]

Marco Reus
Maklumat peribadi
Nama penuh Marco Reus[1]
Tarikh lahir (1989-05-31) 31 Mei 1989 (umur 34)
Tempat lahir Dortmund, Jerman Barat
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah menyerang / Pemain sayap / Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Dortmund
Nombor 11
Kerjaya remaja
1994–1996 Post SV Dortmund
1996–2006 Borussia Dortmund
2006–2008 Rot Weiss Ahlen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2007 Rot Weiss Ahlen II 6 (3)
2007–2009 Rot Weiss Ahlen 44 (5)
2009–2012 Borussia Mönchengladbach 99 (37)
2012– Borussia Dortmund 268 (114)
Pasukan kebangsaan
2009 Jerman B21 2 (0)
2011– Jerman 48 (15)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 Mei 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 November 2021 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Borussia Mönchengladbach sunting

Pada 25 Mei 2009, Reus menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Bundesliga, Borussia Mönchengladbach. Pada 28 Ogos 2009, Reus menjaringkan gol liga pertamanya pada perlawanan menentang Mainz 05 selepas berlari secara solo sejauh 50 meter dan sejak itu, beliau menjadi penjaring gol berprofilik di bawah pengurus Lucien Favre. Pada permulaan musim 2011–12, Reus memulakan musim dengan langkah kanan dan menjaringkan tujuh gol dalam 12 perlawanan. Reus melanjutkan kontraknya bersama Gladbach sehingga tahun 2015 dan dilaporkan mencecah €18 juta.

Borussia Dortmund sunting

Musim 2012–13 sunting

Pada 4 Januari 2012, Reus menandatangani kontrak ke bekas kelab, Borussia Dortmund dengan bayaran perpindahan sebanyak €17.1 juta. Beliau menandatangani kontrak lima tahun sehingga Julai 2017. Reus secara rasminya kembali semula ke Dortmund pada 1 Julai 2012. Reus bermain perlawanan debutnya pada 24 Ogos, mana beliau sempat menjaringkan gol ketika melengkapkan kemenangan 2-1 ke atas Werder Bremen.

Pada 29 September, Reus menjaringkan dua gol untuk Dortmund semasa menang besar 5-0 ke atas bekas kelab beliau, [Borussia Mönchengladbach]]. Dengan perlawanan itu, Dortmund diletakkan di tangga teratas liga menerusi lima perlawanan.

Pada 3 Oktober, Reus menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya di Liga Juara-Juara menentang Manchester City, seri 1-1. Beliau juga menjaringkan gol pembukaan untuk juara Jerman ketika seri 2-2 menentang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada 6 November, beliau menjaringkan gol dengan menyepak voli ke arah gawang Real.

Pada 16 Februari 2013, Reus menjaringkan gol hatrik ketika menentang Eintracht Frankfurt. Pada 11 Mei, Reus menjaringkan gol lewat perlawanan menentang Wolfsburg dan berjaya membantu Dortmund seri pada perlawanan itu selepas ketinggalan dua gol.

Musim 2013–14 sunting

 
Reus beraksi untuk Borussia Dortmund pada 2013

Pada 27 Julai 2013, beliau menjaringkan gol pada perlawanan akhir DFL-Supercup menentang pesaing Bayern Munich, Dortmund menang 4-2 dan merangkul trofi kejuaraan.

Pada 25 Februari 2014, Reus menjaringkan gol untuk memberi kelebihan kepada Dortmund menang 4-2 ke atas Zenit pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara. Pada 29 Mac 2014, Reus menjaringkan hatrik ketika menang 3-2 ke atas Stuttgart di Bundesliga. Pada 8 April 2014, Reus menjaringkan dua gol pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, tetapi Dortmund tersingkir daripada kejohanan selepas kalah menerusi agregat 3-2.

Musim 2014–15 sunting

Pada September 2014, beliau dilanda kecederaan buku lali. Pada 22 Oktober 2014, Reus kembali daripada kecederaan dan menjaringkan sebuah gol dan satu hantaran ketika menang selesa 4-0 ke atas Galatasaray pada aksi Liga Juara-Juara.

Pada 10 Februari 2015, Reus menandatangani lanjutan kontrak bersama Dortmund sehingga tahun 2019.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Marco Reus sebelum aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Austria.

Pada 6 Mei 2010, beliau dipanggil oleh pasukan kebangsaan Jerman untuk perlawanan persahabatan menentang Malta pada 14 Mei 2010. Pada 11 Mei 2010, beliau terpaksa dikeluarkan daripada skuad akibat kecederaan kaki pada perlawanan terakhir musim menentang Bayer Leverkusen. Pada 7 Oktober 2011, beliau membuat debut menentang Turki. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk skuad senior Jerman pada 26 Mei 2012 pada perlawanan menentang Switzerland, Jerman tewas mengejut 5-3.

Pada 22 Jun 2012, beliau menjaringkan gol di perlawanan suku akhir UEFA Euro 2012 menentang Greece. Kejohanan itu merupakan kejohanan pertama untuk Reus dalam skuad Jerman.

Reus termasuk dalam skuad Joachim Löw menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2014. Beliau menjaringkan lima gol dan membuat tiga hantaran dalam enam perlawanan. Beliau termasuk dalam senarai akhir 23 pemain ke Piala Dunia Brazil, tetapi terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan buku lali pada perlawanan pemanasan badan Piala Dunia menentang Armenia pada 6 Jun, Jerman menang 6-1.

Statistik sunting

Sehingga 7 September 2014
Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
2011 3 0
2012 10 5
2013 6 2
2014 4 0
Jumlah 23 7

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
27 Mei 2012 Basel, Switzerland   Switzerland
3–5
3–5
Persahabatan
2
22 Jun 2012 Gdańsk, Poland   Yunani
3–1
4-2
UEFA Euro 2012
3
11 September 2012 Vienna, Austria   Austria
1–0
2–1
Kelayakan Piala Dunia 2014
4
12 Oktober 2012 Dublin, Ireland   Ireland
1–0
6–1
Kelayakan Piala Dunia 2014
5
2–0
6
26 Mac 2013 Nuremberg, Jerman   Kazakhstan
1–0
4–1
Kelayakan Piala Dunia 2014
7
4–1

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 4 Mac 2015
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Rot Weiss Ahlen 2007–08 17 1 0 0 - 17 1
2008–09 27 4 1 0 - 28 4
Jumlah 44 5 1 0 45 5
  Borussia Mönchengladbach 2009–10 33 8 2 0 - 35 8
2010–11 34 11 3 1 - 37 12
2011–12 32 18 5 3 - 37 21
Jumlah 99 37 10 4 109 41
  Borussia Dortmund 2012–13 32 14 3 1 12 4 0 0 47 19
2013–14 30 16 3 0 9 5 1 2 43 23
2014–15 13 7 3 1 4 4 0 0 20 12
Jumlah 75 37 9 2 25 13 1 2 110 54
Jumlah kerjaya 218 79 20 6 25 13 1 2 263 100
  1. ^ Termasuk DFL-Supercup

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Rot Weiss Ahlen
Borussia Dortmund

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "M. Reus". Soccerway. Dicapai pada 7 December 2013.
  2. ^ [1]. bvb.de.
  3. ^ Uersfeld, Stephan (23 August 2012). "Bundesliga Season Preview". ESPN Soccernet. Dicapai pada 24 August 2012.

Pautan luar sunting