Mardi Gras [ˈmɑːrdi ˌɡrɑː, mar-di gra] difahamkan sebagai suatu perayaan besar-besaran bermula pada atau selepas perayaan Epifani (Epiphany atau Three Kings Day- "Hari Tiga Raja") lalu memuncak pada hari Selasa mengambang sebelum Rabu Abu (Shrove Tuesday). Nama perayaan itu sendiri daripada istilah bahasa Perancis bermaksud "Selasa Gemuk" yang merujuk kepada amalan memakan makanan berlemak sebelum berpantang dan berpuasa dalam tempoh khusus dpanggil Lent. Karnival merupakan acara yang penting di negara-negara bermazhab Anglikan dan Katolik.[1]

Keraian Mardi Gras di Marseille, Perancis tahun 2009.

Tempoh keraian perayaan ini berbeza di banyak tempat mengikut adat yang lazim dalam kalangan masyarakat setempat. New Orleans, negeri Louisiana, Amerika Syarikat misalnya merangkum Mardi Gras dalam seluruh tempoh dari Twelfth Night (malam terakhir Krismas memulakan Epifani) sampailah ke Rabu Abu,[2][3] manakala ada sesetengah tempat yang meraikan karival selama tiga hari sebelum hari Rabu tersebut.[4] Bahkan, ada juga sesetengah masyarakat yang mengadakan perarakan ini pada Tahun Baru.[3]

RujukanSunting

  1. ^ Melitta Weiss Adamson, Francine Segan (2008). Entertaining from Ancient Rome to the Super Bowl. ABC-CLIO. In Anglican countries, Mardis Gras is known as Shrove Tuesday-from shrive meaning "confess"-or Pancake Day — after the breakfast food that symbolizes one final hearty meal of eggs, butter, milk and sugar before the fast. On Ash Wednesday, the morning after Mardi Gras, repentant Christians return to church to receive upon the forehead the sign of the cross in ashes.
  2. ^ Wilds, John; Charles L. Dufour; Walter G. Cowan (1996). Louisiana, Yesterday and Today: A Historical Guide to the State. Baton Rouge: LSU Press. m/s. 157. ISBN 978-0807118931. Dicapai pada 11 December 2015.
  3. ^ a b "Mardi Gras Terminology". "Mobile Bay Convention & Visitors Bureau". Diarkib daripada yang asal pada 9 December 2007. Dicapai pada 18 November 2007.
  4. ^ Bratcher, Dennis (7 January 2010). "The Season of Lent". Christian Resource Institute. Dicapai pada 25 June 2016.

Pautan luarSunting