Mardi ibn Ali al-Tarsusi

Mardi ibn Ali al-Tarsusi ialah seorang penulis dan pakar dalam hal-ehwal ketenteraan pada zaman Dinasti Kerajaan Ayyubiyyah dalam kurun ke-12.[1] Beliau menulis sejumlah penulisan termasuklah sebuah manual ketenteraan untuk Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 1187. Tulisan beliau terbukti amat berharga bagi sejarawan ketenteraan zaman pertengahan.

Karya yang terkenal itu berjudul Tabsirat arbab al-albab fi kayfiyat al-najah fi al-hurub min al-anwa' wa-nashr a'lam al-a'lam fi al-'udad wa-al-alat al-mu'inah 'ala liqa' al-a'da' yang bermaksud "Pencerahan bagi cerdik pandai mengenai cara menyelamatkan diri daripada kecederaan dalam pertempuran; dan kibaran panji-panji pengetahuan mengenai peralatan dan jentera untuk menghadapi musuh."[2]

Manjanik pengimbang sunting

Catatan bertulis jelas yang pertama mengenai manjanik pengimbang datang daripada Tarsusi yang menulis sebuah manual ketenteraan untuk Salahuddin al-Ayyubi sekitar tahun 1187. Beliau menggambarkan manjanik hibrid yang dikatakan beliau mempunyai kuasa pelepasan yang sama dengan jentera tarikan yang ditarik oleh 50 orang disebabkan "daya tetap, manakala manusia berbeza dalam kuasa tarikan mereka."(Tarsusi merekacipta manjaniknya supaya ketika ia dilancarkan ia memiringkan busur silang tambahan, kemungkinan untuk melindungi para jurutera daripada serangan, memperlihatkan kemahiran mekanikal beliau.)[3]

Dalam bukunya, Medieval Siege, Jim Bradbury[4] memetik secara meluas Tarsusi berkenaan mangonel dalam pelbagai jenis, termasuklah Arab, Parsi dan Turki, yang menggambarkan apa yang mungkin adalah manjanik, tetapi tidak memetik seperti di atas. Dalam On the Social Origins of Medieval Institutions,[5] terdapat kutipan lebih mendalam oleh Tarsusi dapat ditemui tentang pelbagai jenis manjanik.

Catatan sunting

  1. ^ Nicolle & McBride 1986:17
  2. ^ Needham 1986:42
  3. ^ Scott Farrell, Weaponry: The Trebuchet Diarkibkan 2012-06-04 di archive.today
  4. ^ Jim Bradbury, Medieval Siege
  5. ^ Philip Daileader, On the Social Origins of Medieval Institutions

Rujukan sunting