Mardiana binti Alwi (lahir 7 Mei 1988) ialah pelakon, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia.[2] Beliau merupakan seorang Lulusan Sarjana Muda Seni Persembahan Drama, Universiti Malaya.[3]
Kerjaya seni Mardiana bermula dalam bidang nyanyian semasa berumur 10 tahun. Seterusnya, beliau seringkali terlibat dalam persembahan bersama Yayasan Warisan Johor untuk Keroncong DiRaja Johor. Mardiana turut pernah menjadi Juara Pertandingan Ghazal Kebangsaan dan Remaja Johor, Juara Pertandingan Nona Anggun 2003 dan Naib Juara Pencarian Model I-Remaja. Mardiana juga pernah memenangi Bintang Klasik Nasional Negeri Sembilan 2009 dan mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan nyanyian Bintang Asli Remaja Kebangsaan pada 2009. Selain itu, beliau pernah menjadi salah seorang wajah baru Dewi Remaja 2005/2006.
Mardiana telah berkahwin dengan seorang jurutera, Abdul Aziz Rahamat pada 21 November 2015. Sebelum itu, mereka telah bertunang pada 21 Disember 2014.[4] Pada 22 Jun 2018, Mardiana telah selamat melahirkan bayi pertamanya seorang lelaki, Bilal Abdul Aziz.[5]