Mareşal (Marsyal) merupakan pangkat tertinggi dalam Tentera Darat Turki, serta Angkatan Tentera Turki. Ia setaraf dengan pangkat Fil Marsyal di negara-negara lain.

Pangkat Mareşal/Büyükamiral bermula daripada Empayar Uthmaniyah[perlu rujukan] dan daripada tentera Parsi, yang mana pangkat tersebut dikurniakan kepada para panglima kanan diatas arahan Sultan yang memerintah.

Perkataan mariscalcus dalam bahasa Latin, mempunyai bahagian dari perkataan Jerman kuno yang bermaksud kuda dan hamba.

Pangkat Mareşal/Büyükamiral hanya boleh dianugerahkan melalui Perhimpunan Agung Kebangsaan, dan hanya diberikan kepada Jeneral/Laksamana yang memimpin tentera darat, tentera laut dan/atau tentera udara dengan kemenangan yang luar biasa didalam pertempuran keatas musuh.[1]

Pangkat sepadan didalam Tentera Laut Turki ialah Büyükamiral.

Marsyal Turki: Hanya dua orang yang telah dianugerahkan pangkat Mareşal setakat ini: Mustafa Kemal Atatürk (pada 21 September 1921) dan Ketua Turus Am Fevzi Çakmak (pada 31 Ogos 1922), kerana kejayaan mereka didalam Perang Kemerdekaan Turki.

Rujukan sunting