Maria Chin Abdullah

YB Maria Chin binti Abdullah (lahir Mary Chin Chee Lian; 1956) merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. Beliau memegang ijazah dalam BSc Applied Economics dan sarjana dalam MSc Urban Planning, Universiti London.

YB Puan

Maria Chin Abdullah

AP
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Petaling Jaya, Selangor
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehHee Loy Sian
Digantikan olehLee Chean Chung
Butiran peribadi
LahirMary Chin Cheen Lian
1956 (umur 67–68)
 United Kingdom
KerakyatanMalaysia
Parti politik PKR
KediamanKuala Lumpur
PendidikanBSc Applied Economics dan sarjana dalam MSc Urban Planning
Alma materUniversiti London
PekerjaanAhli politik, Pejuang pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

NGO sunting

Beliau aktif dalam NGO sebagai Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM) sehingga 1990-an dan terus bekerja sebagai Pengarah Eksekutif Kolektif Pembangunan Wanita (Women'sterus Development Collective) sehingga 2005. Beliau mengetengahkan isu kesaksamaan gender, keganasaan wanita ternasuk online dan offline dan juga hak wanita Islam.

Pada tahun 2005, Maria menjadi Pengasas dan Pengarah Eksekutif kepada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) - yang memperjuangkan kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat, utamanya wanita dan remaja.[1] EMPOWER, sebagai ahli, bekerjasama dengan Joint Action Group for Gender Equality (JAG Diarkibkan 2013-11-02 di Wayback Machine) untuk mempertahankan hak-hak wanita. Pada 24 Oktober 2013, JAG memenangi Anugerah Bangsa-bangsa Bersatu Matlamat Pembangunan Millenium (United Nations Millenium Development Goals) Ketiga untuk Kesaksamaan Gender (Gender Equality). EMPOWER juga bekerjasama dan Sekretariat Bersama dengan SUARAM kepada COMANGO (Gabungan Persatuan-persatuan Malaysia), sebuah gabungan yang menyediakan laporan status hak asasi manusia Malaysia untuk proses Unitied Nations Universal Periodic Review.

 
Maria Chin di Perhimpunan Bersih 2015

Beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu [BERSIH 2.0] pada tahun 2009 dan EMPOWER ialah Sekretariat kepada BERSIH 2.0. Beliau juga Lembaga Pengarah kepada Pusat Asia Pasifik Sumber dan Penyelidekan Wanita (Asia Pacific Resource and Research for Women - ARROW) sejak 2010.

Pilihan Raya Umum ke 14 (2018) sunting

Maria Chin Abdullah menyatakan keinginan diri dia untuk bertanding pada PRU14 yang akan datang. Beberapa lama selepas beliau menyatakan bahawa beliau ingin bertanding, Maria Chin Abdullah telahpun memilih kawasan pilihan raya parlimen Petaling Jaya Utara dan akan bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat. Selepas persempadanan semula yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) nama bagi Petaling Jaya Utara telah ditukar kepada Petaling Jaya manakala petaling jaya selatan ditukar kepada Damansara. Selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke 14, beliau telah berjaya menewaskan calon daripada Barisan Nasional dan beliau mendapat gelaran Yang Berhormat.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "100 memorable Malaysian women - Part 1". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-08. Dicapai pada 2011-09-20.
  2. ^ "Maklumat calon Parlimen Petaling Jaya". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-17. Dicapai pada 2018-09-17.