Maria Mariana The Series

Maria Mariana The Series merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2000 yang diadaptasi daripada filem arahan dan terbitan Dato' Yusof Haslam, iaitu Maria Mariana pada tahun 1996. Drama ini ditayangkan di TV3 menerusi slot Identiti dari 4 September 2000 hingga 24 Oktober 2000, dibintangi oleh Abby Abadi dan Azza Elite sebagai teraju utama dimana drama ini masih mengekalkan plot sama daripada filem asalnya.

Maria Mariana The Series
GenreKeluarga
Konflik
Aksi
Berdasarkan daripada
Maria Mariana oleh Dato' Yusof Haslam
PenciptaDato' Yusof Haslam
Ditulis olehNorhan Mahmood
Dato' Yusof Haslam
PengarahDato' Yusof Haslam
Afandi Mahmood
Dibintangi oleh
Abby Abadi
Azza Elite
Noraini Hashim
A. Galak
Norman Hakim
Khairil Anwar
Zulkifli Ismail
Rashdan Baba
Roy Azman
Ebby Saiful
Amyza Aznan
Lagu pembukaan"Maria Mariana" nyanyian Slam
Lagu penutup"Maria Mariana" nyanyian Slam
PenggubahJohari Teh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
PenerbitHaji Ismail Mustapha
Mohd Noor Taj
Dato' Yusof Haslam
Tempoh siaran20-23 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar576i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal4 September 2000 – 24 Oktober 2000

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]

Sinopsis sunting

Drama ini mengisahkan tentang Maria (Abby Abadi) dan Mariana (Azza Elite), dua beradik namun berbeza perwatakan. Mariana seorang gadis liar manakala Maria seorang gadis yang baik dan cemerlang dalam pelajaran. Apabila menginjak dewasa, Maria berjaya menjadi seorang anggota polis, manakala Mariana masih bersikap liar. Bagaimanapun, kehadiran Jeffry (Rashdan Baba) mengubah kehidupan Mariana menjadi lebih baik. Namun, Mariana kembali menjadi liar setelah mengetahui Jeffry sebenarnya lebih menyukai Maria berbanding dirinya. Tatkala hubungan mereka dua beradik sedang bergolak, seorang ketua penjenayah iaitu Tony (Kenji Sawahi) yang berdendam dengan Maria selepas Maria berjaya menangkap adiknya, Robert (T. S. Jeffrey) dan berjaya menumpaskan kegiatan haram mereka kemudian bertindak menculik Mariana sebagai tebusan dan sebagai syarat pertukaran untuk membebaskan adiknya dari penjara.

Maria segera menyelamatkan adiknya namun dia terpaksa bertarung nyawa apabila dia ditembak ketika cuba menyelamatkan Mariana. Maria dikejarkan ke hospital dan diselamatkan oleh Dr. Farid (Zulkifli Ismail) yang berjaya mengeluarkan peluru dari tubuhnya. Kemudian dia ditugaskan ke Unit Khas PDRM. Cintanya dengan Dr. Farid mula berputik. Unitnya telah diarahkan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan pil khayal di kotaraya. Mariana didatangi Remy (Ebby Saiful), rakan sekerja yang menyukai Mariana. Ray (Roy Azman), bekas teman lelakinya muncul semula dan menyebabkan jiwa Mariana memberontak dan kehidupannya liar kembali. Mariana bertekad untuk membalas dendam terhadap Ray, namun Ray yang menyedari rancangan Mariana itu bertindak memperdaya dan mencuba untuk menodai Mariana buat kali kedua namun berjaya diselamatkan oleh Sazali (Norman Hakim). Sejak itu Mariana mulai rapat dan jatuh cinta kepada Sazali.

Sazali kemudian menawarkan Mariana untuk menjadi penyanyi utama di kelab malam yang diusahakannya. Mariana menerima tawaran itu namun ditentang oleh ibunya, akan tetapi Maria berjaya memujuk ibu mereka agar membenarkan Mariana menyanyi di kelab malam itu. Maria kemudiannya dikejutkan bahawa kelab malam yang dimana tempat Mariana menyanyi itu merupakan sarang kegiatan pil Estasy dan dadah. Lebih memeranjatkan bahawa dalang disebalik kegiatan haram itu adalah Sazali. Maria segera memberitahu Mariana agar memutuskan hubungannya dengan Sazali. Mariana yang keliru dengan permintaan kakaknya itu bertindak melarikan diri dari rumah dan ingin menemui Sazali, namun segalanya terbongkar apabila Mariana terdengar perbualan diantara Sazali dan Rozie (Amyza Aznan) dan mengetahui bahawa Sazali hanya memperalatkan dirinya untuk menutup segala kegiatan haramnya itu. Manakala Maria berjaya menumpaskan Sazali. Mariana akhirnya mengahwini Remy, lelaki yang sanggup menerima dirinya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Lagu-lagu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Maria Mariana The Series (2000): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 25 September 2019.