Marina Island Pangkor

Marina Island Pangkor adalah pulau buatan manusia dan apa yang menariknya adalah ianya juga adalah yang pertama di Malaysia seumpama dengannya. Lokasinya yang strategik dibina bertentangan dengan Pulau Pangkor dan Pangkor Laut Resort. Projek penambakan untuk membentuk pulau yang diberi nama sebagai Marina Island Pangkor ini bermula sebelum 2012 lagi. Projek yang merangkumi penambakan sebesar 3216.9 ekar kawasan persisiran pantai Teluk Muroh ini telah dibangunkan oleh Marina Sanctuary Resort Sdn. Bhd. Mereka yang terlibat dalam projek penambakan untuk membentuk pulau buatan manusia yang pertama di Malaysia ini mengambil masa selama lima tahun perancangan dan kajian lengkap bagi untuk memastikan apabila pembuatan pulau tersebut dilaksanakan, ia tidak akan mengganggu alam sekitar dan ekosistem.

Marina Island Pangkor Yatch Berthing
Pantai Marina Island
Perkahwinan pantai di Marina Island Pangkor
Pemandangan dari Marina Island Pangkor Hotel dan Resort

Marina Island Pangkor terletak di pantai Teluk Muruh berdekatan Teluk Batik. Pulau ini amat luas dan mampu untuk menampung pelbagai bangunan diatasnya secara keseluruhan dengan keluasan sebesar 316.9 ekar. Jambatan sepanjang 400 meter adalah satu-satunya jalan yang menghubungkan Marina Island dengan tanah besar di Teluk Muruh. Untuk makluman di Marina Island Pangkor juga terdapat kemudahan jeti kedua selain jeti awam Lumut yang ada menawarkan servis untuk membawa orang ramai ke Pulau Pangkor.

Kemudahan sunting

  • Kompleks Jeti Marina Island - Perjalanan feri ke Pulau Pangkor kini lebih cepat kerana terdapat satu lagi jeti kompleks di Marina Island Pangkor dengan hanya 10 minit waktu perjalanan feri.
  • Kemudahan tempat letak kereta berbayar - Terletak bersebelahan kompleks jeti, kemudahan ini mampu memuatkan hampir 1000 kenderaan dan pengunjung tak perlu berjalan jauh untuk ke kompleks jeti.
  • Dok kapal layar - kemudahan bagi pemilik - pemilik kapal layar berlabuh dan menyelenggara kapal layar

Penginapan sunting

  • Marina Island Pangkor Hotel and Resort
  • Rockbund Fishing Chalet
  • LHT Hotel
  • Marina Island Homestay

Lain - lain sunting

Frenzy Waterpark

  • Picnic Pass: RM 25
  • All Pay Pass: Rm 55
  • Combo Pass: RM 75

waktu operasi:

  • Jumaat sehingga Ahad : 8am - 12pm & 3pm - 7pm

Marina Fishing Pond

Kolam memancing bagi kaki - kaki pancing yang mahukan aksi dan cabran memancing.

Unit Kediaman sunting

Tiara Bay Property

Makan sunting

  • iPinang Kopitiam
  • High Time Bistro Cafe
  • Kaki Lepak Cafe
  • Tok Janggut
  • DIMSUMas
  • Medan Selera (Jeti Marina)

Penginapan sunting

  • Marina Island Pangkor Resort And Hotel
  • Rockbund Fishing Chalet
  • LHT Hotel
  • Marina Island Homestay