Super Mario Maker

(Dilencongkan dari Mario Maker)

Super Mario Maker adalah nama bekerja untuk sebuah aplikasi penciptaan permainan pelantaran berskrol sisi dalam pembangunan dan penerbitan oleh Nintendo untuk konsol permainan video Wii U, dijadual untuk keluaran dalam tahun 2015. Perisian ini adalah sebuah sampingan siri Mario, di mana pemain-pemainboleh mencipta tahap-tahap Mario mereka sendiri.

Super Mario Maker
Imej poster E3 2014
PembangunNintendo EAD
PenerbitNintendo
PengarahYosuke Oshino
PengeluarTakashi Tezuka
SiriMario
PlatformWii U
Pelepasan
    GenrePenyunting tahap, pelantaran
    ModSatu pemain

    Pada pengumumannya di E3 2014, telah ditunjukkan bahawa pemain-pemain dapat beralih antara dua gaya visual berbeza dengan senang: grafik NES 8-bit Super Mario Bros. yang asli, dan gaya grafik HD New Super Mario Bros. U yang baru.[2][3] Meskipun, Nintendo merancang untuk memasukkan lebih lagi jenis gaya visual, juga dari permainan bukan "Mario".[4]

    Pembangunan sunting

    Permainan ini telah difikirkan sebagai sebuah peralatan oleh kumpulan pembangunan dalam Nintendo's, untuk digunakan dalam lingkungan syarikat. Walau bagaimanapun, kumpulan tersebut cepat untuk menyedari potensi peralatan tersebut sebagai sebuah permainan dan kemudian memberitahu idea itu kepada pereka permainan kanan Takashi Tezuka.[5]

    Sementara itu, Tezuka telahpun hendak membuat sebuah lanjutan Mario Paint untuk Wii U yang menggunakan GamePad Wii U.[5] Namun, apabila beliau terlihat atas peralatan Mario Maker, Tazuka tersedar bahawa alat penciptaan tahap adalah lebih mampu dipasarkan berbanding dengan hanya sebuah perisian melukis. Dia menotakan kepada Polygon bahawa membina tahap "bukan susah atau luar bidang seperti melukis" tetapi dia "telah diilhamkan untuk membawakan kegembiraan Mario Paint ke dalam penyunting tahap ini".[5]Permainan ini sedang diarahkan oleh Yosuke Oshino, yang telah bekerja sebagai pengatur cara pada Pikmin, Pikmin 2, dan New Super Mario Bros. Wii.[6]

    Rujukan sunting

    1. ^ "Mario Maker for Wii U - Nintendo @ E3". Nintendo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-14. Dicapai pada 22 Julai 2014.
    2. ^ "New Zelda, Star Fox, Splatoon trailers – Nintendo @ E3 2014". Metro.co.uk. 10 Jun 2014. Dicapai pada 10 Jun 2014.
    3. ^ Slvia, Marty (10 Jun 2014). "E3 2014: Nintendo Unveils Mario Maker for Wii U". IGN. Dicapai pada 10 Jun 2014.
    4. ^ Parish, Jeremy (12 Jun 2014). "E3 2014: I'm Unreasonably Excited About Mario Maker [Updated]". US Gamer. Dicapai pada 14 Jun 2014.
    5. ^ a b c Lien, Tracey (13 Jun 2014). "Mario Maker started out as a tool for Nintendo's developers". Polygon. Dicapai pada 15 Jun 2014.
    6. ^ Bivens, Danny (16 Jun 2014). "Team Behind Mario Maker Consists of Individuals from Multiple Nintendo Teams". Nintendo World Report.