Marissa Mayer

Marissa Ann Mayer (lahir 30 Mei 1975) ialah seorang eksekutif perniagaan Amerika Syarikat yang memegang jawatan presiden dan CEO Yahoo!. Beliau pernah berkhidmat sebagai eksekutif dan jurucakap utama Google.[6][7][8] Beliau ialah CEO termuda yang menerajui sebuah syarikat Fortune 500.[9]

Marissa Mayer
Marissa Mayer, 2011 Interview (crop).jpg
Mayer pada 2011.
Kelahiran
Marissa Ann Mayer

(1975-05-30) 30 Mei 1975 (umur 46)
WarganegaraAmerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti Stanford
PekerjaanPresiden & CEO, Yahoo![1]
Instruktor pengaturcaraan komputer, Universiti Stanford
MajikanYahoo!
Nilai bersih$300 juta USD[2]
Ahli lembagaCooper–Hewitt, National Design Museum
New York City Ballet
San Francisco Ballet
San Francisco Museum of Modern Art
Walmart[3]
PasanganZachary Bogue (2009–kini)[4]

Kehidupan awal dan pendidikanSunting

Mayer dilahirkan di Wausau, Wisconsin. Anak kepada Margaret Mayer, seorang guru seni Finland,[10] dan Michael Mayer, seorang jurutera.[11][12] Selepas menamatkan pengajian di Wausau West High School pada 1993,[13] Mayer dilantik oleh gabenor Wisconsin Tommy Thompson sebagai salah seorang daripada dua delegasi negara bahagian itu untuk National Youth Science Camp di Virginia Barat.[14]

Mayer menamatkan pengajian dengan kepujian dari Universiti Stanford menyandang B.S. dalam sistem simbolik dan M.S. dalam sains komputer. Kedua-dua ijazah itu diperolehnya dengan mengambil kepakaran dalam kecerdasan buatan. Pada tahun 2009, Institut Teknologi Illinois mengurniakan Mayer ijazah kehormat honoris causa atas sumbangannya dalam dunia pencarian.[15]

KerjayaSunting

 
Mayer pada 2014.

Mayer menyertai Google pada 1999 sebagai pekerja ke-20 dan menjadi jurutera wanita pertama di syarikat itu.[16][17] Sepanjang 13 tahun bekerja di sana, beliau berkhidmat sebagai jurutera, pereka, pengurus produk, dan eksekutif. Mayer memainkan peranan penting dalam pembangunan Google Search, Google Images, Google News, Google Maps, Google Books, Google Product Search, Google Toolbar, iGoogle dan Gmail. Beliau juga mereka paparan laman utama carian Google yang sederhana.[18][19] Pada tahun-tahun terakhirnya di Google, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Perkhidmatan Tempatan, Peta, dan Lokasi dan sebelumnya sebagai Naib Presiden Produk Pencarian dan Pengalaman Pengguna.[20]

Video wawancara Mayer dengan Lady Gaga pada 2011, sebagai sebahagian dari siri Musicians@Google, telah menarik perhatian dua juta penonton di YouTube.[21]

Sebelum menyertai Google, Mayer bekerja di makmal penyelidikan UBS (Ubilab) di Zurich, Switzerland, dan SRI International di Menlo Park, California.[22]

Pada 16 Julai 2012, Mayer dilantik sebagai Presiden dan CEO Yahoo!, berkuatkuasa pada hari berikut. Beliau juga menjadi ahli lembaga pengarah syarikat itu.[23][24]

Majlis dan penghargaanSunting

Mayer ialah ahli lembaga pengarah Walmart dan badan bukan untung Cooper–Hewitt, National Design Museum, New York City Ballet, San Francisco Ballet dan San Francisco Museum of Modern Art.[25][26]

Mayer disenaraikan dalam senarai tahunan 50 Ahli Perniagaan Wanita Paling Berkuasa versi majalah Fortune bagi tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011.[27] Beliau mendapat tempat ke-50, 44, 42, dan 38, secara berturut-turut. Pada tahun 2008, pada usia 33 tahun, beliau menjadi wanita termuda yang masuk dalam senarai itu. Mayer ialah "Wanita Terbaik Tahun Ini" versi Glamour Magazine pada 2009.[28]

Kehidupan peribadiSunting

Mayer berkahwin dengan peguam dan pelabur Zachary Bogue pada 12 Disember 2009.[29][30] Pada hari yang sama ketika Yahoo! mengumumkan pelantikannya, Mayer mengatakan bahawa beliau dan suaminya akan menimang cahaya mata lelaki pada 7 Oktober 2012.[31][32][33]

RujukanSunting

  1. ^ Womack, Brian (October 12, 2010). "Google Executive Marissa Mayer Takes New Role in Location, Local Services". bloomberg.com. Dicapai pada April 21, 2012.
  2. ^ "The real reason Marissa Mayer left Google: She had to". VentureBeat. Dicapai pada 2012-08-08.
  3. ^ "Walmart Board of Directors Nominates New Candidate Marissa Mayer to stand for election at Walmart's 2012 Annual Shareholders' Meeting". Wal-Mart Stores, Inc. April 16, 2012. Dicapai pada April 21, 2012.
  4. ^ Vogue: The Bride Wore Snowflakes
  5. ^ Davidoff, Steven M. (2012-07-27). "Adding Up Marissa Mayer's Pay at Yahoo - NYTimes.com". Dealbook.nytimes.com. Dicapai pada 2012-08-08.
  6. ^ doi:10.1145/1352322.1352205
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  7. ^ Holson, Laura (March 1, 2009). "Putting a Bolder Face on Google". The New York Times. m/s. BU-1.
  8. ^ Stone, Brad (July 16, 2012). "Marissa Mayer Is Yahoo's New CEO". Bloomberg Businessweek.
  9. ^ "The Marissa Mayer timeline - Postcards". Postcards.blogs.fortune.cnn.com. 2012-07-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-08. Dicapai pada 2012-08-08.
  10. ^ "Google-johtaja vieraili Suomessa sukujuurillaan". Kauppalehti. November 9, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-29. Dicapai pada July 16, 2012. English title: "Google vice president visits the land of her ancestors".
  11. ^ "Marissa Mayer: The Talent Scout". Businessweek. 2006-06-18. Dicapai pada 2012-08-08.
  12. ^ "Que Pasa". Quepasa.cl. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-11. Dicapai pada 2012-08-08.
  13. ^ "Did You Know?" WSD Dialogue, Spring 2010, p. 11.
  14. ^ Nalley, Steven (June 28, 2012). "Wang attends National Youth Science Camp". Starkville Daily News. Dicapai pada July 16, 2012.
  15. ^ IIT (2009-03-25). "50. Marissa Mayer". Illinois Institute of Technology, IIT Media Room. Dicapai pada 2009-05-16.
  16. ^ Sloan, Paul (July 16, 2012). "Google's Marissa Mayer becomes Yahoo CEO". CNET.
  17. ^ Guglielmo, Connie (July 16, 2012). "Google's Page Says Mayer Will Be Missed; HP's Whitman Welcomes Yahoo's New CEO". Forbes.
  18. ^ Sorkin, Andrew Ross (July 16, 2012). "Google's Marissa Mayer Becomes Yahoo's Chief". The New York Times.
  19. ^ Levy, Steven (2011). "PART FOUR. GOOGLE'S CLOUD. 1.". In the Plex: How Google Thinks, Works, and Shapes Our Lives. Simon & Schuster. ISBN 978-1-4165-9658-5. |access-date= requires |url= (bantuan)
  20. ^ "At Google, Mayer Takes a New Job". The New York Times. October 12, 2010.
  21. ^ Musicians@Google Presents: Google Goes Gaga
  22. ^ Drescher, Io (2010-06-15). "Meet Marissa Mayer". Silicon Valley Curious. Dicapai pada 2010-06-18.
  23. ^ Chang, Andrea (July 16, 2012). "Google executive Marissa Mayer named Yahoo's new chief executive". Los Angeles Times.
  24. ^ Peter Lauria, Alexei Oreskovic (July 16, 2012). "Yahoo snags Google's Mayer as CEO in surprise hire". MSNBC. Reuters. Dicapai pada 2012-07-18. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  25. ^ Savitz, Eric (April 16, 2012). "Wal-Mart Names Google's Marissa Mayer To Its Board". Forbes. Dicapai pada July 19, 2012.
  26. ^ "Yahoo's new boss Marissa Mayer could see pay top $70m". BBC. July 19, 2012.
  27. ^ "50 Most Powerful Women in Business". CNNMOney. Dicapai pada July 17, 2012.
  28. ^ Rao, Leena (November 6, 2009). "Marissa Mayer Chosen As A Glamour Magazine Woman Of The Year". TechCrunch.com. Dicapai pada April 21, 2012.
  29. ^ Bigelow, Catherine (December 23, 2009). "Google Employee No. 20 gets hitched". San Francisco Chronicle. Dicapai pada July 19, 2012.
  30. ^ "Salinan arsip". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-26. Dicapai pada 2012-08-13.
  31. ^ Sellers, Patricia (July 16, 2012). "New Yahoo CEO Mayer is pregnant". Fortune (CNNMoney). Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-26. Dicapai pada 2012-08-13.
  32. ^ Cain Miller, Claire (July 17, 2012). "Marissa Mayer, New Yahoo Chief, Is Pregnant". The New York Times.
  33. ^ "Google's Marissa Mayer is Yahoo CEO, says she's pregnant". 18 July 2012.

Pautan luarSunting

Jawatan perniagaan
Didahului oleh
Ross Levinsohn
Pemangku
Ketua Pegawai Eksekutif Yahoo!
2012–kini
Pemegang jawatan kini