Mark Schwarzer OAM (lahir 6 Oktober 1972) merupakan pemain bola sepak Australia yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea. Beliau bermain di kedudukan penjaga gol. Beliau mewakili pasukan kebangsaan Australia ke kejohanan Piala Dunia FIFA 2006 dan 2010. Beliau bersama Australia sejak tahun 1993 dan mengumumkan persaraan pada tahun 2013.

Mark Schwarzer
Maklumat peribadi
Nama penuh Mark Schwarzer[1]
Tarikh lahir (1972-10-06) 6 Oktober 1972 (umur 51)[2]
Tempat lahir Sydney, Australia
Ketinggian 1.94 m (6 ka ​4 38 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Chelsea
Nombor 23
Kerjaya remaja
Colo Cougars
Penrith
Blacktown Association
Marconi Stallions
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1990–1994 Marconi Stallions 58 (0)
1994–1995 Dynamo Dresden 2 (0)
1995–1996 1. FC Kaiserslautern 4 (0)
1996–1997 Bradford City 13 (0)
1997–2008 Middlesbrough 367 (0)
2008–2013 Fulham 172 (0)
2013– Chelsea 4 (0)
Pasukan kebangsaan
1989 Australia B17 6 (0)
1990–1991 Australia B20 8 (0)
1993–2013 Australia 109 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:43, 11 Mei 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 September 2013

Kerjaya kelab sunting

Kelab pertama Schwarzer ialah Colo Cougars yang berlokasi di Richmond, New South Wales. Schwarzer telah memulakan kerjaya profesionalnya ketika berumur 19 tahun bersama Marconi Stallions dengan menyertai National Soccer League.[3] Beliau meninggalkan kelab Sydney itu dan bermain di kelab Jerman, iaitu Dynamo Dresden dan FC Kaiserslautern. Beliau kemudian ke England untuk bermain bersama Bradford City, di mana beliau kemudian menyertai Middlesbrough pada Februari 1997.[4]

Middlesbrough sunting

Schwarzer membuat debut bersama Middlesbrough ketika menentang Stockport County dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga Inggeris. Beliau bermain dalam perlawanan akhir menentang Leicester City, seri 1–1 draw tetapi beliau mengalami kecederaan dan terpaksa keluar dari perlawanan. Dalam perlawanan itu, Middlesbrough tewas.

Dalam perlawanan akhir musim 2004–05 menentang Manchester City, beliau berjaya menyelamat sepakan penalti dari Robbie Fowler pada masa tambahan ketika keputusan perlawanan seri 1-1. Keputusan itu meletakkan Middlesbrough pada kedudukan ketujuh dan layak ke Piala UEFA.

Schwarzer dikhabarkan akan meninggalkan Middlesbrough pada lewat 2005 dan akan menyertai kelab baru tetapi beliau membatalkan niatnya pada 20 Januari 2006 untuk menyertai kelab baru. Ketika beliau menentang West Ham United, beliau mengalami kecederaan dan terpaksa berehat sepanjang musim. Tetapi beliau kembali semula dalam perlawanan akhir Piala UEFA menentang Sevilla. Ketika kejayaan pasukan beliau membenam Portsmouth pada 29 Disember, beliau menjadi pemain terlama Liga Perdana dalam satu kelab mengalahkan rekod Dennis Bergkamp, 315 perlawanan.[5]

Fulham sunting

Kontrak Schwarzer bersama Middlesbrough akan tamat pada Jun 2008 dan beliau ditawarkan satu lagi kontrak baru,[6] pengurus Gareth Southgate merancang untuk memiliki seorang penjaga gol baru. Pada 21 Mei 2008, Schwarzer menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Fulham selepas 11 tahun bersama Middlesbrough.[7] Schwarzer telah memasuki temu ramah dalam program The World Game di mana beliau mengatakan pernah ditawarkan oleh kelab Bayern Munich dan Juventus tetapi menolak kerana mereka ingin beliau menjadi posisi nombor satu penjaga gol.[8]

Schwarzer membuat debut bersama Fulham ketika menentang Hull City, tewas 2-1, tetapi beliau mengekalkan rekod bersih dalam perlawanan berikutnya menang 1-0 ke atas Arsenal dan bermain setiap minit dalam musim 2008–09. Beliau juga mengekalkan rekod bersih dalam musim 2008–09 dan dalam semua kejohanan.

Schwarzer membuat aksi terbaik bersama Fulham walaupun Fulham tangga ke-17 liga sebelum ini. Kemenangan ke atas Arsenal, Manchester United dan seri ke atas Chelsea banyak aksi menyelamat bola oleh Schwarzer. Beliau telah menerima sebagai Pemain Terbaik Fulham 2008–09 dalam tahun pertamanya bersama kelab itu.[9] Beliau juga dinobatkan sebagai "Pemain Bulanan Liga Perdana" paad Februari 2010 di mana beliau hanya dibolosi satu gol, dua menang dan dua seri bersama pasukannya pada bulan tersebut, membuatkan beliau menjadi satu-satu pemain Australia yang lakukan sedemikian.

Beliau merupakan pemain penting Fulham ketika perlawanan akhir Liga Eropah pada 2010 tetapi pasukannya tewas kepada juara Eropah, Atlético Madrid dari Sepanyol.

Schwarzer menandatangani kontrak baru bersama Fulhan pada18 Januari 2012 di mana beliau kekal bersama Fulham sehingga musim panas 2013.[10]

Schwarzer menyelamatkan tendangan penalti yang dilakukan oleh Mikel Arteta ketika masa tambahan untuk membantu Fulham seri 3–3 menentang Arsenal.[11]

Pada 5 Jun 2013, Schwarzer mengumumkan beliau akan meninggalkan Fulham selepas ketibaan Maarten Stekelenburg. Beliau berkata, "Saya telah mendengar berita ini." "Ia bukan kejutan yang hebat dan saya dilihat akan mencari kelab lain."[12]

Schwarzer merupakan salah satu daripada 12 pemain Fulham ketika pengakhiran musim Liga Perdana Inggeris 2012–13.[13]

Chelsea sunting

 
Schwarzer berlatih untuk Chelsea pada 2014

Pada 9 Julai 2013, Schwarzer menandatangani kontrak selama tahun bersama musuh Fulham, Chelsea dalam perpindahan percuma. Beliau kemudian berkata,"Ia adalah salah satu kelab terbesar dan terhebat di dunia dan saya berasa gembira bersama Chelsea".[14][15]

Musim 2013-14 sunting

Beliau membuat debutnya bersama Chelsea ketika menentang Swindon Town dalam perlawanan Piala Liga Inggeris 2013–14.[16] Dalam perlawanan kedua Schwarzer bersama Chelsea, beliau bermain dengan baik dan tidak bolos ketika menyingkirkan Arsenal dari kejohanan itu, Chelsea menang 2-0 pada 29 Oktober.[17]

Pada 11 Disember, Schwarzer menjadi pemain tertua bermain di Liga Juara-Juara UEFA di mana beliau bermain dengan baik dan tidak dibolos ketika menentang Steaua București, 1-0 di mana keputusan itu Chelsea melangkah ke peringkat kalah mati.[18]

Schwarzer menjadi pemain tertua mewakili Chelsea di Liga Perdana ketika menentang Sunderland pada 19 April 2014 ketika beliau berusia 41 tahun dan 195 hari. Beliau menjadi pemain tertua dan memecah rekod yang dilakar oleh Graham Rix (37 tahun 203 hari).[19] Pada 22 April, beliau menggantikan Petr Čech selepas pemain itu tercedera pada separuh masa pertama dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Atlético Madrid, seri 0–0.[20]

Pada 27 April beliau memulakan perlawanan menentang Liverpool di Anfield. Beliau bermain dengan baik tanpa dibolosi di mana Chelsea menang 2-0 ke atas Liverpool. Ini merupakan permainan ke-150 Liga Perdana buat Schwarzer tanpa dibolos.

Musim 2014-15 sunting

Schwarzer termasuk dalam skuad Chelsea ketika musim 2014-15[21] tetapi beliau hanya menandatangani kontrak selama satu tahun bersama kelab London itu pada 30 Jun 2014.[22]

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Schwarzer barmain untuk Australia pada 2010

Schwarzer membuat debut antarabangsa bersama pasukan kebangsaan Australia ketika menentang Kanada di Edmonton dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 1994. Beliau menjadi pemain gantian untuk Milan Blagojevic selepas pilihan pertama, Robert Zabica dikeluarkan pada minit ke-17.[23] Dalam perlawanan kedua di Sydney, beliau menjadi menjadi penyelamat Australia apabila menyelamat dua penalti dan berjaya menghantar Australia ke peringkat terakhir menentang Argentina. Beliau tidak bermain dalam perlawanan itu dan Australia tewas 2-1 berdasarkan agregat.

Dalam perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 menentang Uruguay, Schwarzer tidak bermain dalam perlawanan pertama di Montevideo apabila Australia tewas 1-0 dan apabila perlawanan kedua di Sydney, Australia menang 1-0 dan agregat menjadi 1-1. Schwarzer menjadi penyelamat Australia apabila menyelamat dua tendangan penalti dan kemenangan memihak kepada Australia, 4-2.

Dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman, beliau bermain dua perlawanan peringkat kumpulan Australia menentang Jepun dan menentang Brazil. Dalam perlawanan ketiga, beliau digantikan oleh Željko Kalac, tetapi selepas Kala membuat aksi hambar, beliau menjadi penjaga gol utama ketika pusingan 16 menentang Itali. Walau bagaimanapun, beliau tidak berjaya menampan bola yang disudahkan oleh Francesco Totti dalam masa kecederaan dan sejurus selepas itu, Australia tersingkir dari Piala Dunia.

Selepas Piala Dunia 2006, beliau bermain dalam setiap perlawanan Australia di Piala Asia 2007. Walaupun beliau bermain kurang memuaskan ketika seri 1-1 menentang Oman, beliau melakukan aksi yang hambar sekali lagi ketika pasukan Australia tewas memalukan 3-1 kepada Iraq. Beliau juga tidak berjaya menepis beberapa tendangan penalti yang dilakukan oleh pemain Jepun ketika seri 1-1 menentang Jepun. Pasukan Socceroos tersingkir apabila Schwarzer tidak berjaya menyelamat beberapa tendangan pemain Jepun. Selepas perlawanan, beliau berkata ini adalah kali pertama tendangan penalti dalam kerjayanya yang pernah tewas.[24]

Schwarzer menyelamat tendangan penalti yang dilakukan oleh Shao Jiayi pada minit ke-89 ketika menentang China, seri 0-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 pada Mac 2008.[25] Beliau menerima kad kuning kedua dalam kejohanan yang sama ketika menentang Qatar di Doha di mana Australia menang selesa 3-1. Beliau terlepas perlawanan kedua Australia menentang China di Sydney. Beliau bermain setiap perlawanan dalam perlawanan kedua kelayakan.

Beliau menjadi pilihan pertama penjaga gol dalam kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan dalam Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Australia bersama pasukan Jerman, Ghana dan Serbia. Pada perlawanan pertama, Australia kalah besar kepada pasukan besar Jerman, 4-0 tetapi pasukan Socceroos seri 1-1 bersama Ghana dalam perlawanan seterusnya. Dalam perlawanan terakhir, Australia menumpaskan Serbia 2-1 dan Australia mengutip empat mata tetapi ia tidak cukup untuk ke pusingan 16 apabila perbezaan gol bersama Ghana.

Selepas kejohanan, Schwarzer merasakan beliau mungkin beraksi di Piala Dunia FIFA 2014 di mana usia beliau pada ketika itu 41 tahun.[26][27] Walau bagaimanapun, pada 5 November 2013, beliau mengumumkan persaraan bola sepak dari pasukan kebangsaan.[28]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 11 Mei 2014.[29]
Kelab Liga Piala Piala Liga Benua Jumlah
Kelab Musim Liga Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Marconi Fairfield 1990–91 National Soccer League 1 0 1 0
1991–92 9 0 9 0
1992–93 23 0 23 0
1993–94 25 0 25 0
Jumlah 58 0 58 0
Dynamo Dresden 1994–95 Bundesliga 2 0 0 0 0 0 0 0 2 0
Jumlah 2 0 0 0 0 0 0 0 2 0
Kaiserslautern 1995–96 Bundesliga 4 0 0 0 0 0 0 0 4 0
1996–97 2. Bundesliga 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 4 0 0 0 0 0 0 0 4 0
Bradford City 1996–97 Divisiyen 1 13 0 3 0 0 0 0 0 16 0
Jumlah 13 0 3 0 0 0 0 0 16 0
Middlesbrough 1996–97 Liga Perdana Inggeris 7 0 0 0 3 0 0 0 10 0
1997–98 Division 1 34 0 3 0 7 0 0 0 44 0
1998–99 Liga Perdana Inggeris 34 0 1 0 0 0 0 0 35 0
1999–00 37 0 1 0 5 0 0 0 43 0
2000–01 31 0 3 0 0 0 0 0 34 0
2001–02 21 0 3 0 1 0 0 0 25 0
2002–03 38 0 1 0 0 0 0 0 39 0
2003–04 36 0 1 0 7 0 0 0 44 0
2004–05 31 0 2 0 0 0 10 0 43 0
2005–06 27 0 6 0 3 0 11 0 47 0
2006–07 36 0 6 0 0 0 0 0 42 0
2007–08 34 0 5 0 0 0 0 0 39 0
Jumlah 366 0 32 0 26 0 21 0 445 0
Fulham 2008–09 Liga Perdana Inggeris 38 0 5 0 1 0 0 0 44 0
2009–10 37 0 5 0 0 0 18 0 60 0
2010–11 31 0 0 0 1 0 0 0 32 0
2011–12 30 0 0 0 1 0 12 0 43 0
2012–13 36 0 2 0 1 0 0 0 39 0
Jumlah 172 0 12 0 4 0 30 0 218 0
Chelsea 2013–14 Liga Perdana Inggeris 4 0 2 0 3 0 3 0 12 0
Jumlah 4 0 2 0 3 0 3 0 12 0
Jumlah kerjaya 619 0 48 0 32 0 54 0 754 0

Antrabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Australia
Tahun Pmncln Gol
1993 2 0
1994 2 0
1995 0 0
1996 1 0
1997 0 0
1998 0 0
1999 0 0
2000 4 0
2001 10 0
2002 0 0
2003 3 0
2004 6 0
2005 8 0
2006 8 0
2007 8 0
2008 11 0
2009 10 0
2010 9 0
2011 12 0
2012 9 0
2013 6 0
Jumlah 109 0

Penghargaan sunting

Kelab sunting

[30] Middlesbrough

Fulham

Antarabangsa sunting

Australia

Individu sunting

Kehidupan sunting

Schwarzer telah dilahirkan di North Richmond, Sydney dan belajar di Sekolah Tinggi Colo. Beliau bermain bola sepak bersama kelab Colo Cougars. Ibu bapa beliau, Hans-Joachim dan Doris merupakan imigran ke Australia dari Jerman pada 1968.[38] Beliau merupakan penutur bahasa Jerman.[39]

Pada 2009, Schwarzer telah dianugerahkan pingat Order of Australia.[40]

Rujukan sunting

  1. ^ name="Hugman2010-11">Hugman, Barry J., penyunting (2010). The PFA Footballers' Who's Who 2010–11. Mainstream Publishing. m/s. 372. ISBN 978-1-84596-601-0.
  2. ^ name="Hugman2010-11"
  3. ^ Mangnall, Valkerie (31 January 2009). "Goalkeeper Mark Schwarzer pads stand test of time". Herald Sun. Australia.
  4. ^ "The World Cup Dream – Mark Schwarzer's family". Migration Heritage. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-29. Dicapai pada 2014-11-17.
  5. ^ "Mark Schwarzer nabs Premier League record". Herald Sun. Australia. 1 January 2008. Dicapai pada 1 April 2008.
  6. ^ "Schwarzer offered new Boro deal". BBC Sport. 16 May 2008. Dicapai pada 21 May 2008.
  7. ^ "Fulham complete Schwarzer signing". BBC Sport. 22 May 2008. Dicapai pada 22 May 2008.
  8. ^ "Mark Schwarzer Exclusive". The World Game. 25 May 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-27. Dicapai pada 26 May 2008.
  9. ^ "Player of the season". Fulham Official Website. 19 June 2009. Dicapai pada 13 April 2014.
  10. ^ "Schwarzer Contract Extension". Fulham FC. Dicapai pada 18 January 2012.
  11. ^ "Arsenal 3–3 Fulham". BBC. Dicapai pada 31 January 2013.
  12. ^ "Mark Schwarzer to leave Fulham following arrival of Maarten Stekelenburg". Sky Sports. Dicapai pada 6 June 2013.
  13. ^ "Summer transfer window: Ins and Outs". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-30. Dicapai pada 7 June 2013.
  14. ^ "CHELSEA SIGN MARK SCHWARZER". Chelsea. 9 July 2013. Dicapai pada 9 July 2013.
  15. ^ "Chelsea confirm signing of goalkeeper Mark Schwarzer". Sky Sports. 9 July 2013. Dicapai pada 9 July 2013.
  16. ^ "Swindon 0-2 Chelsea: Mata and Luiz back as Blues progress". Goal.com. 24 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-04. Dicapai pada 11 December 2013.
  17. ^ "Arsenal 0 Chelsea 2: Azpilicueta and Mata continue Mourinho's hoodoo over Wenger". Daily Mail. 29 October 2013. Dicapai pada 11 December 2013.
  18. ^ "Mark Schwarzer makes successful Chelsea CL debut". Sydndey Morning Harold. 12 December 2013. Dicapai pada 12 December 2013.
  19. ^ http://news.smh.com.au/breaking-news-sport/schwarzer-makes-history-in-chelsea-loss-20140420-36y9j.html
  20. ^ http://metro.co.uk/2014/04/22/petr-cech-injury-chelsea-forced-to-use-mark-schwarzer-against-atletico-madrid-liverpool-lick-their-lips-4705879/
  21. ^ "Clubs submit retained and released lists". Premier League. 23 May 2014. Dicapai pada 23 May 2014.
  22. ^ "New deal for Schwarzer". Chelseafc.com. 30 June 2014. Dicapai pada 19 July 2014.
  23. ^ "Australia vs. Canada Match Report". ozfootball.net. Dicapai pada 26 February 2007.
  24. ^ "Schwarzer on wrong foot for first time", 25 July 2007. Retrieved 25 July 2007
  25. ^ Smithies, Tom (27 March 2008). "Schwarzer: Ball just stuck in my legs". Herald Sun. Australia. Dicapai pada 28 March 2008.
  26. ^ "Schwarzer: Qualification drives me". FIFA.com. 9 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 12 November 2012.
  27. ^ "Fulham keeper Mark Schwarzer wants to play for Australia in the 2014 World Cup". Goal.com. 12 February 2012. Dicapai pada 15 January 2013.
  28. ^ "Schwarzer retires from Socceroos". SBS. Dicapai pada 2013-11-06.
  29. ^ "Mark Schwarzer Career Stats". Soccerbase. 1 January 2010. Dicapai pada 1 January 2010.
  30. ^ name=honours>"M. Schwarzer". Soccerway. Dicapai pada 31 July 2014.
  31. ^ "Socceroo Internationals for 2004". ozfootball.net. Dicapai pada 31 July 2014.
  32. ^ name=honours
  33. ^ "Player of the season". Fulham Official Website. 19 June 2009. Dicapai pada 13 April 2014.
  34. ^ name="Football awards">"Schwarzer grabs the gongs". Sydney Morning Herald. 8 October 2010. Dicapai pada 8 October 2010.
  35. ^ The Age (2009). Australia Day honours. Retrieved 26 January 2009.
  36. ^ name="Football awards"
  37. ^ "Fulham pair Roy Hodgson and Mark Schwarzer win awards". BBC Sport. BBC Sport. 5 March 2010. Dicapai pada 5 March 2010.
  38. ^ "The World Cup dream – Mark Schwarzer's Family". migrationheritage.nsw.gov.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-29. Dicapai pada 15 April 2008.
  39. ^ „Australiens Keeper Mark Schwarzer: Immer Pech mit Deutschland“ (SPIEGEL Online)
  40. ^ The Age (2009). Australia Day honours. Retrieved 26 January 2009.