Markas Angkatan Bersama Malaysia

Markas Angkatan Bersama (Singkatan: MK AB, Jawi: مركس اڠكتن برسام) adalah sebuah pemerintahan tentera bersama yang secara khusus ditubuhkan untuk memerintah semua tugas-tugas operasi bersama Angkatan Tentera Malaysia. Operasi Bersama adalah operasi lain yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga perkhidmatan seperti Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Markas Angkatan Bersama
مركس اڠكتن برسام
Ditubuhkan pada6 September 2004; 19 tahun yang lalu (2004-09-06)[1][2]
Negara Malaysia
CawanganBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Bendera tentera laut Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia
Bendera Tentera Udara Diraja Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia
JenisPemerintahan Peringkat Operasi Angkatan Bersama
PerananMerancang dan melaksana semua operasi bersama melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa
Saiz972 (Julai 2012)
Sebahagian daripadaKementerian Pertahanan
Angkatan Tentera Malaysia
PangkalanKem Al-Sultan Abdullah, 25150 Kuantan, Pahang
Nama samaran"MAB", "PAB", "MK AB", "JFHQ", "Pasukan Ungu"
MotoBerjuang Bersama (Fight Together)
Warna     Ungu[1]
Pertempuran
Laman webjointforces.mil.my
Komander
Komander
terkini
Leftenan Jeneral Dato’ Yazid Arshad TUDM

MK AB kini dipimpin oleh Leftenan Jeneral Dato’ Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM selaku Panglima Angkatan Bersama atau singkatan PAB (bahasa Inggeris: Joint Force Commander) yang bertanggungjawab bagi perancangan dan pelaksanaan semua operasi gabungan, operasi bersama, eksesais bersama dan Operasi Pelbagai Negara, seperti misi-misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). MK AB seperti mana-mana angkatan bersama lain mengamalkan konsep yang diberikan.

Sejarah sunting

MK AB telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 16 Julai 2007. Maka dengan kelulusan tersebut, MK AB telah ditubuhkan dengan secara rasminya. MK AB diwujudkan untuk mengendalikan semua operasi yang berbentuk 'bersama' yakni yang melibatkan dua Perkhidmatan atau lebih dalam ATM. Konsep Assigned Forces memberi penekanan kepada sokongan oleh setiap Perkhidmatan terhadap semua operasi  dan latihan Angkatan Bersama dengan meletakkan komponen-komponen Tempur dan Bantuan Perkhidmatan di bawah pemerintahan serta kawalan operasi Panglima Angkatan Bersama. Manakala tugas “raise, train and maintain” kekal di bawah tanggungjawab setiap Perkhidmatan. Secara amnya, trup dan aset Perkhidmatan akan diassigned mengikut sistem pusingan yang termaktub di dalam Perkhidmatan masing-masing. Bagi operasi dalam negara, setakat ini, MK AB hanya bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Op PASIR & Op Daratan sahaja. Operasi ini melibatkan gabungan trup dan aset daripada ketiga-tiga cabang Perkhidmatan. Selain itu, MK AB juga bertanggungjawab untuk merancang, mengkoordinasi dan mengendalikan semua operasi dan eksesais bersama, bersepadu dan gabungan yang melibatkan dua atau lebih dalam Perkhidmatan. Ia juga berperanan untuk menyelaraskan keperluan penglibatan ATM dalam operasi dan misi PBB.

Peranan sunting

Sebagai Pemerintahan Peringkat Operasi (Operational Level Command) yang bertanggungjawab terhadap Merancang dan Melaksanakan semua Operasi Bersama (Joint Operations), Operasi yang Berkemungkinan Menjadi Bersama (Potentially Joint), Operasi Gabungan (Combined), Operasi Bersepadu (Integrated) dan Pelbagai Negara (Multi National) seperti operasi di bawah Piagam PBB.[1]

Fungsi sunting

  1. Sebagai Markas Operasi yang bertanggungjawab terhadap perintah, kawal dan mengurus Assigned Forces untuk menjalankan operasi Bersama/Gabungan.
  2. Merancang dan melaksanakan eksesais pasukan integrasi untuk assigned forces bagi operasi Bersama/Gabungan.
  3. Menubuhkan Kesedaran Situasi untuk operasi Bersama/Gabungan.
  4. Merumuskan dan mengemas kini doktrin dan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Peperangan Bersama.
  5. Merancang dan melaksanakan semua peringkat bilateral (dua hala) dan multilateral (pelbagai hala) bersama.
  6. Mengatur gerak dan mentadbir semua anggota tentera yang menjalankan tugas dibawah piagam PBB.

Struktur organisasi sunting

MK AB dipimpin oleh Panglima Angkatan Bersama dan dibantu oleh Ketua Staf Angkatan Bersama. Dibawah mereka, terdapat lapan bahagian utama dan beberapa bahagian sokongan.[1][3][4][5][6][7][8][9][10]

Panglima Angkatan Bersama (PAB) sunting

Juga dikenali sebagai Chief of Joint Forces dalam bahasa Inggeris, PAB bertanggungjawab terhadap seluruh angkatan dan melapor terus kepada menteri pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera. PAB adalah pangkat tiga bintang yang dipilih dari kalangan ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Staf Angkatan Bersama (KS MK AB) sunting

Dikenali sebagai Joint Forces Chief of Staff dalam bahasa Inggeris, KS MK AB adalah pangkat dua bintang yang dipilih dari kalangan ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

1. Bahagian Sumber Manusia - J1.  Berperanan di dalam operasi bersama bagi menguruskan kekuatan, pengagihan anggota dan pentadbiran dari segi aspek individu termasuk disiplin, kursus dalam dan luar negara, moral, kebajikan, keagamaan dan perundangan semasa aman dan perang bagi assigned forces di bawah naungan Pemerintahan Angkatan Bersama.

2. Bahagian Risik - J2.  Berperanan untuk merancang, mengumpul, memproses dan menyebarkan perisikan peringkat operasional dan perang saraf untuk keperluan dan kegunaan operasi bersama.  Ia juga berperanan menasihati Panglima Angkatan Bersama di dalam semua aspek perisikan operasi bersama.

3. Bahagian Operasi - J3. Berperanan untuk merancang, mengkoordinasi dan mengendalikan semua operasi dan eksesais bersama, bersepadu dan gabungan.  Ia juga berperanan untuk menyelaraskan keperluan penglibatan ATM dalam misi PBB.

4. Bahagian Operasi Logistik - J4.  Berperanan untuk menyedia dan mengkoordinasikan semua aspek bantuan logistik  untuk mendukung operasi dan eksesais bersama, bersepadu dan gabungan yang dilaksanakan dalam ATM, dengan agensi penguatkuasa kerajaan yang lain dan dengan angkatan tentera negara sahabat.  Bahagian ini juga perlu berhubung rapat dengan Markas Logistik Perkhidmatan dalam mengkoordinasi dan menyediakan keperluan logistik kepada assigned forces yang terlibat dalam operasi dan eksesais bersama dan gabungan.

5. Pengurusan Kewangan.  Bertanggungjawab menguruskan perbelanjaan kewangan di MK AB secara berhemah dan jimat cermat di samping mematuhi prosedur-prosedur kewangan yang sedia ada serta mempertingkatkan penggunaan sistem kewangan online yang telah berkuatkuasa.

6. Bahagian Rancangan Kontinjensi - J5.  Bertanggungjawab kepada Panglima Angkatan Bersama dalam menggubal pelan-pelan kontinjensi pertahanan dan operasi tentera masa hadapan dalam dan luar negara serta menilai keupayaan sebenar operasi ATM semasa.  Bahagian ini bertanggungjawab untuk mencadangkan peningkatan keupayaan ATM dan Pemerintahan Angkatan Bersama berdasarkan kepada pelan-pelan kontinjensi dan operasi sebenar melalui MK ATM - Bahagian Perancangan Pertahanan.  Dalam masa yang sama, Bahagian ini juga akan merumuskan segala dasar dan strategi perancangan pertahanan negara dan membangunkan satu Angkatan Bersama yang seimbang, bersepadu dan kredibel untuk mempertahankan negara. Ia juga berperanan untuk mendoktrinasikan serta mengimplimentasikan segala Rancangan Kontinjensi (RANKON) ATM.

7. Sel CIMIC (Civil Military Cooperation).  Bertanggungjawab sebagai liason di antara pihak tentera dan awam, membantu pihak tentera  mengkoodinasi keperluan bantuan daripada pihak awam dan membantu pihak awam mengkoordinasi keperluan bantuan kepada pihak tentera atau dengan lebih ringkas sebagai ‘focal point’ di MK AB bagi perkara berkaitan awam dengan tentera.

8. Bahagian Sistem Informasi dan Komunikasi - J6.  Berperanan menyediakan semua keperluan kemudahan komunikasi dan elektronik pertahanan untuk pemerintahan dan penugasan operasi dan pentadbiran MK AB.  Ini meliputi merancang, menyelaras dan menyediakan semua keperluan komunikasi pemerintahan dari peringkat MK AB hingga ke formasi assigned forces. Ia mesti berupaya untuk memenuhi pelaksanaan semua operasi bersama, operasi gabungan dan multinational.  Bahagian ini juga berperanan untuk membangunkan keupayaan komunikasi pemerintahan yang diperlukan oleh ATM di masa hadapan termasuk keupayaan Peperangan Elektronik (PE). Penugasan ini meliputi tanggungjawab merancang, membangun, mengurus serta menyelenggarakan semua keperluan pengkomputeran dan pengurusan maklumat di MK AB.

9. Bahagian Eksesais - J7.  Berperanan untuk merancang dan mengendalikan semua aspek eksesais Bersama dan Gabungan yang melibatkan ATM agar dapat meningkatkan tahap kesiagaan dan keupayaan angkatan ke tahap yang tertinggi bagi mendukung Dasar Pertahanan Negara (DPN).

10. Bahagian Kesihatan Ketenteraan - J9.  Berperanan menyediakan perkhidmatan dalam hal-hal perubatan dan kesihatan dari segi keselamatan anggota, pengurusan penempatan, operasi, merancang latihan, perhubungan, interoperability, latihan bersama, pemodenan angkatan, struktur dan pengagihan sumber. Bahagian ini juga bertanggungjawab mengeluarkan arahan dan garis panduan dalam segala hal berkaitan dengan perubatan operasi dan menumpu kepada penyatuan tugas operasi harian bagi staf operasi, doktrin, latihan, perkembangan kombat, bantuan operasi pangkalan dan sumber-sumber.

11. Kem MK AB. Bertanggungjawab di dalam membantu pengurusan aspek pentadbiran dan logistik MK AB di samping menampung dan menyokong Operational Level Command yang dikendalikan oleh semua Bahagian, Cawangan dan Sel (BCS) dalam organisasi MK AB.

12. Sekretariat. Berperanan sebagai mengkoordinasi dan menyelaraskan segala aspek pentadbiran antara Bahagian KEMENTAH, MK ATM, MK Perkhidmatan dan Agensi luar yang berhubungan dengan MK AB di samping sebagai Coordinator dan perantara untuk mengkoordinasi keperluan antara Bahagian MK AB.

13. Bahagian Hal Ehwal Awam.  Bertanggungjawab untuk menentukan keselamatan dan ketetapan maklumat yang disalurkan kepada pihak media, memberi nasihat, membantu dan mengkoordinasi keperluan pihak media terutamanya dalam memberi publikasi terhadap perkara-perkara eksesais dan operasi yang perlu diketahui oleh umum.

14. Sel Pengurusan Strategik.   Bertanggungjawab dalam aspek yang merangkumi pengurusan strategik, pengurusan inovasi dan kualiti, ‘Key Performance Index’ (KPI), penilaian prestasi melalui pengurusan audit SSR MK AB dan penyediaan Mesyuarat Jawatankuasa Kecemerlangan dan Inovasi ATM (JKKI) serta Jawatankuasa Kerja Kecemerlangan dan Inovasi (JKKKI).

15. Markas Angkatan Tugas Bersama 2.  Berperanan khusus dalam mengawal dan memerintah semua aset Op PASIR di Kawasan Tanggung Jawab (KTJ) yang juga melibatkan aturgerak aset dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diletakkan di Bawah Kawalan Operasi (OPCON). MK ATB 2 juga merupakan sebuah ketumbukan yang bersepadu yang menggabungkan semua anggota dan aset - aset dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam semua usaha bersama bagi membanteras dan menghalang segala bentuk ancaman sama ada dari luar mahupun ancaman dalam negeri yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan di pantai Timur Sabah.

Senarai panglima sunting

Panglima sementara

No. Panglima sementara Ambil jawatan Lepas jawatan Tempoh masa Cabang tentera Ruj.
1 Laksamana Madya Dato' Ramlan Mohamed Ali
6 September 2004 Ogos 2005 329 hari TLDM [1]
2 Leftenan Jeneral Dato' Shahron Ibrahim
1 Disember 2006 September 2007 274 hari TUDM [1]

Panglima

No. Panglima Ambil jawatan Lepas jawatan Tempoh masa Cabang tentera Ruj.
1 Leftenan Jeneral Dato' Wira Allatif Mohd Noor
1 Oktober 2007 Mei 2010 2 tahun, 232 hari TDM [11]
2 Laksamana Madya Dato' Wira Jamil Osman
21 Mei 2010 13 April 2011 327 hari TLDM [11]
3 Laksamana Madya Dato' Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin
13 April 2011 18 Jun 2013 2 tahun, 66 hari TLDM [11]
4 Leftenan Jeneral Dato' Abu Bakar Md Said
19 September 2013 27 Jun 2014 281 hari TUDM [11]
5 Leftenan Jeneral Dato' Sri Affendi Buang
1 Julai 2014 14 November 2014 136 hari TUDM [11]
6 Leftenan Jeneral Dato' Sri Ackbal Abdul Samad
17 November 2014 3 September 2015 290 hari TUDM [11]
7 Leftenan Jeneral Datuk Baharom Hamzah
4 September 2015 23 Mac 2016 201 hari TDM [11]
8 Leftenan Jeneral Dato' Shahrani Mohd Sany
24 Mac 2016 29 September 2016 189 hari TDM [11]
9 Leftenan Jeneral Dato' Fadzil Mokhtar
30 September 2016 29 November 2017 1 tahun, 60 hari TDM [11]
10 Laksamana Madya Datuk Mohd Reza Mohd Sany
30 November 2017 9 Julai 2018 221 hari TLDM [11]
11 Laksamana Madya Dato' Syed Zaharuddin Putra Syed Osman
10 Julai 2018 8 Januari 2019 182 hari TLDM [11][12]
12 Leftenan Jeneral Dato' Suhaimi Mohd Zuki
9 Januari 2019 Penjawat kini 287 hari TDM [12]

Pusat operasi sunting

Pada awal penubuhannya, markas pemerintahan ini beroperasi di Kem KEMENTAH, Kuala Lumpur[13]. Pengoperasi di Kuala Lumpur secara rasmi tamat pada 24 Jun 2019 dan MK AB mula beroperasi secara rasmi di sebuah markas baharu bertempat di Sungai Panching, Kuantan, Pahang. Kompleks markas di Pahang mula diberi nama Kem Al-Sultan Abdullah Markas Angkatan Bersama, bersempena nama Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 26 Julai 2022[14].

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan PurpleForceMag1 tidak disediakan
  2. ^ "Markas Angkatan Bersama dapat pengiktirafan PBB". Utusan Malaysia. 20 July 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-13.
  3. ^ "Kenali MK AB: Bahagian Bantuan Anggota – J1". Purple Force (Magazine) (2): 3. 2010.
  4. ^ "Bahagian Risik – J2". Purple Force (Magazine) (2): 4. 2010.
  5. ^ "Kenali MK AB – Bahagian Operasi Latihan Bersama – J3". Purple Force (Magazine) (3): 4–5. 2011.
  6. ^ "Bahagian Operasi Logistik – J4". Purple Force (Magazine) (4): 59–60. 2011.
  7. ^ "Bahagian Rancang Kontinjensi J5". Purple Force (Magazine) (5): 4–5. 2012.
  8. ^ Lt Kdr Siti Norhajar Megat Ahmad Roslan (2013). "Kenali J6". Purple Force (Magazine) (6): 4–5.
  9. ^ Mej Mahzer Moidin TUDM (2013). "Kenali MK AB J7 – Bahagian Eksesais Bersama Dan Gabungan". Purple Force (Magazine) (7): 4–8.
  10. ^ Mej Sahhidan Arshad TUDM (2013). "Kenali J9 – Bahagian Kesihatan Ketenteraan". Purple Force (Magazine) (8): 4–8.
  11. ^ a b c d e f g h i j k Mohd Zarki Jaafar (21 December 2018). "Senarai Panglima Angkatan Bersama (PAB) Markas Angkatan Bersama, Kementerian Pertahanan Malaysia". Portal Data Terbuka Malaysia. Ministry of Defence. Dicapai pada 4 August 2019.
  12. ^ a b M. Daim (9 January 2019). "Panglima Angkatan Bersama Yang Baharu Dilantik". Air Times. Dicapai pada 4 August 2019.
  13. ^ M.Faizie (25 Jun 2019). "Markas Angkatan Bersama berpindah ke Kem Sungai Panching". AirTimes. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  14. ^ Ain Nadhirah Basha (26 Julai 2022). "KDYMM Yang Di-Pertuan Agong Berkenan Rasmi Kem Al-Sultan Abdullah Markas Angkatan Bersama". Portal Pahang. Dicapai pada 2 Ogos 2022.

Pautan luar sunting