Markas Bangsa-Bangsa Bersatu

Markas Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations Command (UNC) adalah struktur markas bersepadu bagi angkatan tentera multinasional yang membantu Korea Selatan (Republic of Korea atau ROK) semasa dan selepas Perang Korea. Selepas tentera Korea Utara menceroboh Korea Selatan pada 25 Jun 1950, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima pakai Resolusi 82 menyeru Korea Utara sepaya menghentikan permusuhan dan berundur ke garisan 38 darjah.[1]

Markas Pemerintahan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Markas Pemerintahan Angkatan Gabungan ROK-AS pada tahun 2009.

Pada 27 Jun 1950, ia menerima pakai Resolusi 83, mencadangkan bahawa ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyediakan bantuan kepada Republik Korea "untuk menangkis serangan bersenjata dan memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa bagi kawasan tersebut".[2]

Unit pertama bukan Korea dan bukan AS yang menyaksikan pertempuran ialah No. 77 Skuadron, Tentera Udara Diraja Australia, ia bermula dengan tugas mengiring, meronda serta membuat serangan udara dan darat dari Iwakuni, Jepun pada 2 Julai 1950.

Resolusi 84, menerima pakai pada 7 Julai 1950, mencadangkan bahawa ahli-ahli menyediakan pasukan tentera dan bantuan lain ke Korea Selatan "mewujudkan angkatan tentera tersebut dan bantuan lain yang ada bagi sebuah markas pemerintahan bersepadu dibawah kawalan Amerika Syarikat".[3]

Presiden Syngman Rhee dari Republik Korea menugaskan markas operasi tentera darat, laut, dan udara ROK kepada Jeneral Besar Douglas MacArthur selaku Panglima Tertinggi Markas Tentera PBB (Commander-in-Chief UN Command atau singkatan CINCUNC) di dalam sepucuk surat (iaitu "Pusan Letter") bertarikh Julai 1950:

Memandangkan usaha bersama tentera Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pihak Republik Korea, di mana semua angkatan tentera, darat, laut dan udara, semuanya Bangsa-Bangsa Bersatu berjuang di dalam atau berhampiran Korea telah diletakkan di bawah perintah operasi anda, dan yang mana anda telah dilantik Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera PBB, saya dengan gembira memberikan kepada anda kuasa memerintah ke atas seluruh tentera darat, laut dan udara Republik Korea dalam tempoh sepanjang permusuhan, arahan itu yang akan dijalankan sama ada oleh anda sendiri atau oleh komander atau komander tentera yang padanya anda boleh mewakilkan pelaksanaan kuasa ini didalam Korea atau di laut bersebelahan.

Pada 29 Ogos 1950, Briged Ke-27 Infantri Komanwel British tiba di Busan untuk menyertai angkatan darat UNC, yang ketika itu hanya diwakili ROK dan tentera A.S. Briged Ke-27 bergerak masuk ke garisan Sungai Naktong di barat Daegu.

Unit-unit daripada negara lain PBB diikuti dalam masa yang singkat: Markas Bangsa-Bangsa Bersatu Belgium, Kanada, Colombia,[4] Ethiopia, Perancis, Greece, Luxembourg, Negara Belanda, New Zealand, Filipina (Angkatan Ekspedisi Filipina ke Korea), Afrika Selatan (No. 2 Skuadron SAAF), Thailand dan Briged Turki. Denmark, India, Norway dan Sweden menyediakan unit perubatan. Itali menyediakan sebuah hospital, walaupun ia bukan ahli PBB. Iran menyediakan bantuan perubatan daripada pasukan perubatan tentera Iran.

Pada 1 September 1950 Markas Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai kekuatan 180,000 anggota di Korea: 92,000 adalah askar Korea Selatan, selebihnya adalah askar Amerika dan 1,600-askar British dari Briged Ke-27 Infantri.

Markas Bangsa-Bangsa Bersatu dan Markas China-Korea Utara menandatangani Perjanjian Gencatan Senjata Korea pada 27 Julai 1953, mengakhiri pertempuran sengit. Perjanjian gencatan senjata ini menubuhkan Suruhanjaya Gencatan Senjata Tentera (MAC), yang terdiri daripada dua wakil penandatangan, untuk menyelia pelaksanaan syarat-syarat gencatan senjata, dan Suruhanjaya Penyeliaan Negara Berkecuali (NNSC) bagi memantau larangan-larangan gencatan senjata ke atas pihak-pihak yang mengukuhkan atau melengkapkan diri sendiri. MAC Korea Utara-China telah digantikan oleh perwakilan Panmunjom dibawah pengurusan eksklusif Korea Utara.[5]

Mesyuarat-mesyuarat tetap telah dihentikan, walaupun pegawai bertugas Kawasan Keselamatan Bersama (dikenali sebagai Truce Village Panmunjom) daripada kedua-dua belah pihak kerap bertemu.[6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "United Nations Security Council Resolution 82" (pdf). 25 June 1950. Dicapai pada 2016-03-04.
  2. ^ "United Nations Security Council Resolution 83" (pdf). 27 June 1950. Dicapai pada 2016-03-04.
  3. ^ "United Nations Security Council Resolution 84" (pdf). 7 July 1950. m/s. 1–2. Dicapai pada 2016-03-04.
  4. ^ Coleman, Bradley Lynn (October 2005). "The Colombian Army in Korea, 1950–1954" (PDF). The Journal of Military History. Project Muse (Society for Military History). 69 (4): 1137–1177. doi:10.1353/jmh.2005.0215. ISSN 0899-3718.
  5. ^ State Department message to DPRK Diarkibkan 2016-04-17 di Wayback Machine URL retrieved November 29, 2006
  6. ^ Joint Security Area / Panmunjom URL retrieved April 9, 2006

Bacaan lanjut sunting

  • Grey, Jeffrey. The Commonwealth Armies and the Korean War: An Alliance Study. Manchester University Press, 1990.