Markas Pemerintahan Medan Timur

Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat atau lebih dikenali sebagai Pemerintahan Medan Timur (PMT) adalah salah sebuah organisasi pemerintahan utama Tentera Darat Malaysia yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak. Ia pada awalnya dikenali sebagai Pemerintahan Wilayah Timur (PWT) Tentera Darat namun ditukarkan kepada Pemerintahan Medan Timur dan pemerintahnya dikenali sebagai Panglima Medan Timur (berpangkat jeneral tiga bintang).

Pemerintahan Medan Timur
Aktif1 April 2014–kini
Negara Malaysia
CawanganFlag of the Malaysian Army.svg Tentera Darat Malaysia
JenisPemerintahan markas
LokasiKem Muara Tuang, Kota Samarahan
Komander
Komander
terkini
Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad
(Panglima Medan Timur)

Sejarah awalSunting

Penubuhan markas Pemerintahan Wilayah Timur bertujuan memperkasakan kesiapsiagaan Tentera Darat di negeri Sarawak dan Sabah.

Markas ini menaungi dua ketumbukan utama iaitu Divisyen Pertama Infantri (1 Div) di Kuching dan sebuah divisyen baharu, iaitu Divisyen Ke-5 Infantri (5 Div) di Kota Kinabalu, Sabah.

Bagi tujuan itu juga, dua pasukan baharu telah diwujudkan di wilayah ini termasuk Briged Sempadan bagi mengawasi sempadan daratan kedua-dua negeri yang panjangnya kira-kira 2,000 kilometer.

Ketika ini Tentera Darat Malaysia (TDM) mempunyai empat buah divisyen infantri mengikut sektor tanggungjawab iaitu 1 Div, 2 Div (wilayah utara dan pantai timur Semenanjung), 3 Div (wilayah selatan Semenanjung) dan 4 Div (wilayah tengah Semenanjung).

Penubuhan Pemerintahan Wilayah Timur telah disaksikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohammed Affandi Raja Mohammed Nor di padang kawad Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak pada 31 Mac 2014.

Panglima Medan Tentera Darat (PMTD), Leftenan Jeneral Dato' Zulkiple Bin Hj.Kassim menyerahkan kawasan tanggungjawab Sabah dan Sarawak kepada Panglima Pemerintahan Wilayah Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Bin Hj.Mokhtar.

Ia disusuli upacara menurunkan bendera PMTD, penyerahan bendera Pemerintahan Wilayah Timur, tongkat kuasa dan direktif tugas.

Pemerintahan Wilayah Timur telah ditubuhkan pada 1 Mac 2014 bersama sebuah pasukan bertindak iaitu Task Force 450 (TF 450).

Pasukan bertindak ini adalah nukleus penubuhan Divisyen Ke-5 Infantri di Kota Kinabalu Sabah yang diumumkan pada Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-81. Penubuhan formasi ini adalah pendekatan jangka pendek Tentera Darat ke arah memperkukuhkan pertahanan dan keselamatan di Wilayah Timur meliputi Sarawak dan Sabah.

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting