Markas Utara Amerika Syarikat

Markas Pemerintahan Utara Amerika Syarikat (USNORTHCOM)[5] adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Markas ini ditugaskan dengan memberi bantuan ketenteraan kepada pihak berkuasa bukan tentera di negara AS, dan melindungi wilayah dan kepentingan nasional Amerika Syarikat didalam Tanah Besar Amerika Syarikat, Puerto Rico, Kanada, Mexico, Bahamas, dan jalan masuk udara, darat dan laut ke kawasan ini. Ia adalah markas tentera A.S. yang, jika berkenaan, akan menjadi pembela utama dari pencerobohan benua A.S..

Markas Pemerintahan Utara Amerika Syarikat
Lambang Markas Pemerintahan Utara
Ditubuhkan pada1 Oktober 2002
(17 tahun) [1]
Negara Amerika Syarikat
JenisMarkas medan bersepadu
Peranan"Unit-unit USNORTHCOM menjalankan operasi Pertahanan Tanah Air dan Bantuan Awam didalam kawasan tanggungjawab yang ditugaskan untuk mempertahan, melindungi, dan memelihara negara Amerika Syarikat dan kepentingannya." [2]
Sebahagian daripada Jabatan Pertahanan
IbupejabatPeterson AFB, Colorado Springs, Colorado, A.S.
Moto"We have the watch"[3]
Penobatan
Joint Meritorious Unit Award
Komander
PanglimaJeneral Glen D. VanHerck, USAF[4]
Timbalan PanglimaLeftenan Jeneral A. C. Roper, USA
Penyelia Kanan Lain-Lain PangkatSjnMej James K. Porterfield, USMC
Kawasan Tanggungjawab NORTHCOM dalam warna biru.

USNORTHCOM telah ditubuhkan pada 25 April 2002 apabila Presiden George W. Bush meluluskan Pelan Markas Bersepadu yang baru, selepas peristiwa serangan 11 September 2001. USNORTHCOM mula beroperasi pada 1 Oktober 2002.

Sokongan USNORTHCOM yang diberikan kepada pihak berkuasa bukan tentera di A.S. secara sah dibatasi oleh Akta Posse Comitatus 1878, yang menghadkan peranan tentera A.S. dalam penguatkuasaan undang-undang domestik. Namun, dalam kes kecemasan nasional, alam semula jadi atau buatan manusia, Direktorat Kesiagaan Kecemasan Keselamatan Nasional Utara Tentera Udaranya akan mengurus keadaan atau peristiwa tersebut.[6]

Senarai Panglima sunting

Nota: Akta Pengesahkuasan Pertahanan Negara 2008 menetapkan bahawa sekurang-kurangnya seorang timbalan panglima USNORTHCOM menjadi pegawai jeneral Pengawal Kebangsaan melainkan jika panglima itu sememangnya pegawai tersebut.[7][8]

Nama Foto Mula Akhir Cabang
1 Jeneral Ralph E. Eberhart   22 Oktober 2002 5 November 2004 USAF
2 Laksamana Timothy J. Keating   5 November 2004 23 Mac 2007 USN
3 Jeneral Victor E. Renuart Jr.   23 Mac 2007 19 Mei 2010 USAF
4 Laksamana James A. Winnefeld Jr.   19 Mei 2010 3 Ogos 2011 USN
5 Jeneral Charles H. Jacoby Jr.   3 Ogos 2011 5 Disember 2014 USA
6 Laksamana William E. Gortney   5 Disember 2014 13 Mei 2016 USN
7 Jeneral Lori J. Robinson   13 Mei 2016 24 Mei 2018 USAF
8 Jeneral Terrence J. O'Shaughnessy   24 Mei 2018 Penjawat kini USAF

Para Panglima Markas Utara A.S. mengikut cabang tentera sunting

  • Tentera Udara: 4
  • Tentera Laut: 3
  • Tentera Darat: 1
  • Kor Marin: tiada
  • Pengawal Pantai: tiada

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Colonel Cronen; R. Barry (December 2009). "U.S. Northern Command & Defense Support of Civil Authorities". Center for Army Lessons Learned (CALL) Newsletter. 9 (10).

Pautan luar sunting