Dato Markiman Kobiran adalah bekas anggota Parlimen Hulu Langat, Selangor setelah menang pilihan raya umum Malaysia 2004. Namun beliau tewas dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008 di tangan calon PAS Dr Che Rosli Che Mat.

Kerjaya sunting

Beliau dilahirkan di Sekinchan, Selangor 'sekampung' dengan bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Kini beliau tinggal di Kampung Rinching Hulu, 43500 Semenyih,Selangor.

Markimah menjadi peguam di Kajang lebih 20 tahun.

Politik sunting

Markiman merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dan bekas Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Pada 31 Mei 2010, Markiman yang merupakan seorang peguam dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Majlis angkat sumpah hadapan Perdana Menteri MalaysiaDatuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Saksi ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.[1]

Pilihan raya sunting

Pada 2004, Markiman mengalahkan bekas diplomat Datuk Yeop Adlan Che Rose dari PAS dengan majoriti 22,777 undi

Pada 2008 pula, Markimah tewas kepada Dr Che Rosli Che Mat (PAS) -(36,124). Markiman mendapat 34,379 undi sahaja.

Rujukan sunting